CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jumlah Gelandangan Di Kl Semakin Bertambah

2-3-2015 10:11 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9404| Komen: 45

Description: "Tak Boleh La Sebab Ini Masalah Sosial Yang Perlu Ditangani Oleh Kerajaan... Dulu Kita Buat Ikut Tindakan Penguatkuasaan, Tetapi Kita Sedar Ada Kategori-Kategori Yang Perlu Kita Lihat Supaya Dapat K ...

Gambar hiasan



KUALA LUMPUR: Jumlah gelandangan di bandar raya Kuala Lumpur dilihat semakin meningkat sejak kerajaan mengumumkan pembinaan pusat perlindungan golongan itu, kata ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng.

Menurut beliau, perkara itu dimaklumkan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib semasa perjumpaan ahli-ahli Parlimen di Kuala Lumpur petang tadi, berdasarkan kajian Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

"Datuk Bandar membuat kajian pada tahun lalu, apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan DBKL akan bina pusat perlindungan gelandangan, semasa itu ada kira-kira 600 gelandangan di sekitar Kuala Lumpur.

"Tetapi selepas berita itu, ia telah menarik perhatian lebih ramai gelandangan. DBKL kini telah banci kira-kira 1,500 hingga 2,000 gelandangan di Kuala Lumpur setiap hari," katanya kepada pemberita di pejabat DBKL hari ini.

Dakwa beliau, semasa beliau bertanya kepada Ahmad Phesal tentang jalan penyelesaian yang terbaik, Ahmad Phesal menjawab, "tangkap semua".

Bagaimanapun Ahmad Phesal ketika ditemui wartawan selepas mesyuarat tersebut, nafi akan mengambil tindakan sedemikian.

"Tak boleh la sebab ini masalah sosial yang perlu ditangani oleh kerajaan... dulu kita buat ikut tindakan penguatkuasaan, tetapi kita sedar ada kategori-kategori yang perlu kita lihat supaya dapat kita selesaikan," jelasnya.

Namun beliau mengakui bertambahan jumlah gelandangan di ibu kota itu.

"Nampaknya gelandangan sudah bertambah sampaikan orang yang berkeupayaan pun tunggu hendak makan sebab selalu dapat makan percuma, jadi sekarang makin bertambah," kata Ahmad Phesal.

Mengulas tentang pelan penyelasaian, katanya terdapat tiga pusat perlindungan yang kini sedang dibangunkan DBKL termasuk satu projek kendalian Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) di bawah tanggungjawab korporat sosial (CSR) kepada kerajaan.

Katanya pusat perlindungan yang dibangunkan MRCB itu melibatkan kompleks di atas tapak berukuran 12,000 kaki persegi di hadapan Hospital Kuala Lumpur (HKL).

"Keduanya kami bercadang hendak mengambil bekas hotel di Jalan Chow Kit dan sekarang dalam proses untuk memiliki premis itu," katanya.

Maklum beliau, DBKL juga akan membina kabin sementara di Jalan Medan Tuanku sebagai satu lagi pusat perlindungan gelandangan.

Mengulas lanjut tentang projek MRCB itu, katanya projek tersebut telah dimulakan sebulan lalu dan dijangka siap dalam masa setahun hingga satu setengah tahun dan dikhususkan untuk gelandangan lelaki dan wanita.

Najib pada Julai lalu telah mengumumkan pembinaan pusat perlindungan gelandangan selepas melakukan tinjauan aktiviti dapur jalanan yang memberi makanan percuma kepada golongan tersebut di Jalan Tun Perak.

17

Bagus
20

Marah
18

Terkejut
22

Sedih
23

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (115 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote primemova 28-2-2015 09:04 AM
kuala lumpur syurga kelandangan... Makan free
Quote cmf_premierleag 28-2-2015 09:06 AM
Kalo tak mampu hidup di KL sbb serba serbi mahal esp tempat tinggal, pi la balik kampung
Nak sgt jadi warga urban
Quote R2D2 28-2-2015 09:14 AM
kalau gelandangan pernah belajar dan dpt CGPA below 2.00
tentu kehidupan mereka berbeza
Quote jazaa 28-2-2015 09:21 AM
cmf_premierleag replied at 28-2-2015 09:06 AM
Kalo tak mampu hidup di KL sbb serba serbi mahal esp tempat tinggal, pi la balik kampung
Nak sgt ja ...

klu kat kg pun tak de harta, dah memang dilahirkn kat KL atau dari kg dulu susah, berhijrah ke KL, nak balik kg ke mana?.....


klu dorang nk kerja, byk je kerja kosong jadi tukang cuci pinggan, cleaner, dsb....



Quote ajinomotonosuga 28-2-2015 09:23 AM
cmf_premierleag replied at 28-2-2015 09:06 AM
Kalo tak mampu hidup di KL sbb serba serbi mahal esp tempat tinggal, pi la balik kampung
Nak sgt ja ...

isu nya lebih besor dari itu..bukan setel ngan buat rumah gelandangan or balik kampung

urban skang da jadi tumpuan manusia malaysia..segalanya ada di kola lompor..so nak blame depa camna?

kalo satu masa dulu 75 percent manusia di luar bandar, selebih di bandar tapi hari ini dah terbalik..ntah2 di luar bandar cuma tinggal 20 percent and less kut

semua bertumpu di bandar..pendatang yaang hampir 10 juta di mesia tu bertumpu di mana?

so demand untuk segalanya esp pekerjaan, tempat tinggal, makan minum , air bersih, letrik dan mende2 ASASI bertambah

mende ni patut dah jadi dalam future plan semua jabatan gomen

termasuk jabatan kebajikan malah FINANCE MINISTRY

misal bab apa nak di sediakan bila manusia cecah umoq pencen..misal dah cecah 60 taun? ko dah perah tenaga dia berpoloh taun kendian dia dah tuaaa, dah tak larat ko bio dia terombang ambing gitu or harap koge dia bela?

berapa ramai anak muda yang buang orang tua sendiri? ko takmo cite?

ni baru di sebut WHOLISTIC APPROACH..ko perbaiki seluruh aspek, ko tenguk semua segi..ajaq budak2 muda tu hormat oang tua dan bela depa macam mana depa bela anak depa tu sampai dewasa

takat buat DRAMA FILEM TELENOBELA esp dekat hari raya..main air mata..KUCING KURAP pun ketawa

mesia tu cam tok menteri kata 75 percent adalah ORANG MUDA.. berbanding negara barat di mana yang tua lebih ramai so yang tua sapot yang muda tapi di mesia yang tua sedikit dan sapot anak ramai cengitu perumpamaan nya

sama ke koge yang sapot 1 anak cam ungku aziz dan koge yang sapot 10 anak?

sosial sistem mesia terlalu hampes dan cara korang fix macam obat sakit kanser or jantung dengan makan panadol or bubuh band aid plaster tuh..mustahil

yang tau mende2 cam ni cuma segolongan kecik..oang2 elit atasan tu..depa tau seme ni , korang mana nak tahu..di busykan dengan oppa dan raja lawak mentor kilau2 emas gegar vanza apa ntah seme tuh..korang kurap pariah bawahan di khayalkan seme tu masa korang muda kendian dah tuaaa, anak sendiri buang korang, pencen tadak, duit tabungan tadakkkkkk, apa pun tadak so nak makan camna? ko pi korek tong sampah ler ..btui dak?

oang bunting buat sekolah bunting

oang buang bayi buat baby latch buat itu ini

oang gelandangan buat rumah gelandangan

oang isap dadah buat pusat serenti

ce korang tanya diri korang..macam tu ke solusi sepatutnya? ke sebenonya kat situ ler cara cara elit or atasan tu songlap duit.. lawful way but morally korup

contoh ni haa..

Katanya, kerajaan akan meneruskan usaha menerangkan GST dengan program melibatkan dana RM250 juta.





  penerangan jek perabis 250 juta rm..ko rang agak masuk poket sendiri tu berapa?  maklomlaa nak bayaq allowance cik melah kita yang nak terangkan nate gapo tu gst maaaaaaaaaaahai kutttt
Quote True-X 28-2-2015 09:39 AM
Construction site pon byk nak pakai org..
Quote atekome 28-2-2015 09:51 AM
Bkn gelandangan nie byk yg pnagih dadah?? Yg pi manjakn diowang bt ape..
Quote oni313 28-2-2015 10:22 AM
KUALA LUMPUR: Jumlah gelandangan di bandar raya Kuala Lumpur dilihat semakin meningkat sejak kerajaan mengumumkan pembinaan pusat perlindungan golongan itu, kata ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng.


itu lah pasalnya, time gomen halang dapur jalanan tu, puak2 DAP antara yg lantang bantah, katanya kena bantu gak gelandangan ni... now, see... what happen??? makin ramai lagi gelandangan yg bertandangan ke KL...

kalau gelandangan yg betul2 susah, handicapped, tak pe gak, ni ada yg sempurna fizikal pun mimilih profession sbg gelandangan
Quote taikpekatt 1-3-2015 03:33 AM
jazaa replied at 28-2-2015 09:21 AM
klu kat kg pun tak de harta, dah memang dilahirkn kat KL atau dari kg dulu susah, berhijrah ke KL, ...

betul tu. cuma nak n taknak je.

pernah sekali aku tegur perempuan mnta sedekah. aku ignore, dia boleh tarik tangan aku. wtf aku mrah la. kau boleh bergaya dengan jubah bling2, bwak handbag, pkai kasut elok lg tp mnta sedekah ? kaki tangan smua lengkap. aku suruh la dia kerja n cari duit mcm orang lain.

terkejut aku bila dia jeling sambil blah bising2 dlam bahasa india. (aku syak dia india mslim)
Quote taikpekatt 1-3-2015 03:37 AM
oni313 replied at 28-2-2015 10:22 AM
KUALA LUMPUR: Jumlah gelandangan di bandar raya Kuala Lumpur dilihat semakin meningkat sejak kerajaa ...

lecturer aku memang aktif buat kerja amal bagi makan kt gelandangan ni. selalu dia update kt fb gmbar dorg. baik je fizikal. takde yg cacat aku tgok. mostly kuat je tubuh badan.

bg aku, program dapur jalanan ni mcm menggalakkan lg dorg ni jd pemalas. kesian aku tgok budak2 even baby yg terpaksa ikut mak dorg pergi mengemis. dah boleh cari kerja kot. jadi tukang sapu, cuci pinggan pun boleh. at least klau kerja kdai mkan dah tentu dpt mkan tiap hari.
Quote melinda_kerr 1-3-2015 03:41 AM
Byk jer kerja sbnrnya. Cuba2 lah cr kerja dr hidup merempat mcm tu.
Quote jazaa 1-3-2015 06:40 AM
taikpekatt replied at 1-3-2015 03:33 AM
betul tu. cuma nak n taknak je.

pernah sekali aku tegur perempuan mnta sedekah. aku ignore, dia ...

bkn org tempatan kot taikkkk......

ada sorang kat bank dulu masa kat bank tu bkn main daif, nak gerak pun tak blh...mengesot je......kita tgok pun sadis...

satu hari tu aku gi bank...dah tak ramai org sbb dah mlm, dia pun dah nk balik....dia tak perasan aku perhatikn dia....laju je dia tahan bas...aku call JKM cerita &;suruh dorang ambik tindakan....JKM kata tu mgkin org mynmar.....


Quote jazaa 1-3-2015 06:40 AM
taikpekatt replied at 1-3-2015 03:33 AM
betul tu. cuma nak n taknak je.

pernah sekali aku tegur perempuan mnta sedekah. aku ignore, dia ...

bkn org tempatan kot taikkkk......

ada sorang kat bank dulu masa kat bank tu bkn main daif, nak gerak pun tak blh...mengesot je......kita tgok pun sadis...

satu hari tu aku gi bank...dah tak ramai org sbb dah mlm, dia pun dah nk balik....dia tak perasan aku perhatikn dia....laju je dia tahan bas...aku call JKM cerita &;suruh dorang ambik tindakan....JKM kata tu mgkin org mynmar.....



Quote kak_sue 1-3-2015 07:51 AM
taikpekatt replied at 1-3-2015 03:37 AM
lecturer aku memang aktif buat kerja amal bagi makan kt gelandangan ni. selalu dia update kt fb gm ...

your lecturer actif bagi makan?? Lecturer university??? akak always wonder ape tujuan mereka bila buat cam nie?? solving short term problem or long term problem??


thoery cina....if you kept on giving them fish, the moment you stop they have no food...teach them how to catch a fish, once they know how to... you can stop feeding them...by chance they might come to you & give you a bigger fish.



akak suka theory ini....and i apply it to my children.


Quote EJALTI 1-3-2015 07:53 AM
Adakah sejajar dgn pertambahan pendatang tanpa izin?
Quote kak_sue 1-3-2015 07:55 AM
ajinomotonosuga replied at 28-2-2015 09:23 AM
isu nya lebih besor dari itu..bukan setel ngan buat rumah gelandangan or balik kampung

urban sk ...

bang aji....boleh tak akak kata cam nie. mungkin ramai yg suka membuat amal.  kalau tak ada gelangdangan macam mana kita nak buat amal...???
baru akak baca kat atas lecturer suka bual amal beri makan org gelangdangan....





Quote taikpekatt 1-3-2015 08:48 AM
jazaa replied at 1-3-2015 06:40 AM
bkn org tempatan kot taikkkk......

ada sorang kat bank dulu masa kat bank tu bkn main daif, nak ...

ish. boleh pulak menyamar jd cacat kan. jadi betul2 baru tau.
Quote taikpekatt 1-3-2015 08:52 AM
kak_sue replied at 1-3-2015 07:51 AM
your lecturer actif bagi makan?? Lecturer university??? akak always wonder ape tujuan mereka bila  ...

yup sis. kadang2 yes memang akan rasa kesian kt dorang ni. but sedih la kaki tangan cukup. lengkap anggota badan. boleh cakap, boleh mendengar. kenapa tak cari kerja ? kerja cuci kereta pun boleh. duit dah tentu dpat hari2. dpat isi perut. ni mostly rmai yg nak mengharap orang lain. TP mostly klau nk sedekah pun pada yg kurang upaya,org tua yg kita tgok mmg takde kudrat nk bekerja, n ibu yg bwak anak.
Quote Ferr_Remy 1-3-2015 08:55 AM
Aku da ckp KL ni penuh org kampung yg brangan nak jadi urban.. balik la negeri masing2 klu da x mampu nak adopt cost of living kat KL tu... rezeki kat mane2 pun ade... ni ade kwn aku keje GIANT kat KL je pun x nak balik ke Ipoh smata2 hadap sgt nk jadik urban ..

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:14 PM GMT+8 , Processed in 0.068364 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top