CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Ladylista Hiburan Lihat artikel

Zamarul sah bercerai dengan Diana

2-3-2015 12:26 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 3901| Komen: 3

Description: Zamarul tidak melihat rumah tangga mereka ditahap kegagalan namun melihat ia sebagai satu frasa untuk mereka belajar mengenai kesilapan masing-masing.
LadyLista- Setelah hampir 8 tahun melayari bahtera sebagai suami isteri, akhirnya Zamarul Hisham membuat pengakuan yang mengejutkan apabila memberitahu  media bahawa dia telah bercerai dengan Diana Rafar pada tanggal 15 Januari lalu.


Memandang penceraian itu merupakan kekilafan dirinya dan juga isterinya, Zamarul mengibaratkan penceraian ini sebagai satu cara memuhasabah diri. Dia juga mengaku dia masih menyayangi bekas isterinya dan terpancar jelas sinar untuk bersatu kembali dengan bekas isterinya.

Zamarul tidak melihat rumah tangga mereka ditahap kegagalan namun melihat ia sebagai satu frasa untuk mereka belajar mengenai kesilapan masing-masing.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama kashfi Haiqal.

Kenyataan dari Diana (Bekas isteri Zamarul)

Percaya bahawa andai jodohnya panjang dengan Zamarul Hisham pasti tak kemana. Ramai peminat mendoakan pasangan ini kembali seperti dahulu.


Kini,Diana menjalani kehidupannya seperti biasa. Rutin menjaga anak, perniagaan dan kerjaya sebagai anak seni sama seperti dahulu..

"Saya dan Zamarul tak pernah bermusuh apatah lagi berdendam antara kami. Sebenar tak perlu untuk saya jelaskan sebab bagi saya masalah antara kami terlalu peribadi dan rahsia saya dan Zamarul," kata ibu kepada Kashfi Haiqal itu.

Menurut Diana lagi, ruang perpisahan itu sebaiknya menjadi peluang mereka bermuhasabah diri ke arah yang lebih baik selepas ini.

"Saya bangga dengan kenyataan Zamarul yang matang dalam mengatasi situasi dan keadaan.

"Apa pun dia tetap bapa kepada anak saya. Saya tidak sekali pun membenci atau gembira dengan apa yang terjadi," katanya.

Ditanya apakah beliau masih menyayangi bekas suaminya itu seperti mana Zamarul menyayangi sehingga kini, Diana hanya membiarkan persoalan itu berlalu sepi.

"Doakan kebahagiaan dan kesihatan kami baik, dengan izin Allah. Insya-Allah," katanya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote capiloton 8-3-2015 01:13 PM
elok la cerai..
dayus simpan bini jenis birah skandal dgn jantan lain..
Quote ajunara 3-3-2015 04:12 PM
sweetnye...masih menyayangi each other
Quote iznanaziz 3-3-2015 11:26 AM
pulak dahhhh

Lihat semua komen(3)

Sub-category


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:26 AM GMT+8 , Processed in 0.092969 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top