CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Jep Sepahtu & Ac Mizal Bermasam Muka Kerana Peminat?

3-3-2015 11:09 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 26427| Komen: 80

Description: Macam Tak Masuk Akal Bukan? Namun Itulah Asam Garam Dunia Hiburan. Desas-Desus Pergaduhan Itu Pula Diperkuatkan Apabila Datuk Ac Mizal Mengumumkan Perancangannya Untuk Mempunyai Saluran Televisyen Sen ...

Jep Sepahtu & Ac Mizal Bermasam Muka Kerana Peminat?



Entah mengapa semenjak dua kebelakangan ini kontroversi yang melanda industri hiburan tanah air lebih menjurus kepada pelawak-pelawak tempatan. Selain Zizan, nama Jep Sepahtu juga semenjak dua ini hangat dengan desas-desus yang tidak masuk akal. Contohnya Jep Sepahtu mengamuk kerana dapat nombor dua di MLM2014. Tidak cukup dengan itu, yang terbaru, hubungan Jep Sepahtu dan Datuk AC Mizal dikatakan berantakan kerana cemburu dengan jumlah peminat. Fuh!!!


Beberapa minggu yang lalu, Datuk AC Mizal pernah menafikan pergaduhan antaranya dengan seorang pelawak namun nama pelawak tersebut tidak diumumkan. Malah Datuk AC Mizal mengakui menganggap pelawak tersebut sebagai seorang adik dan tak ada sebab untuk bermasam muka. Namun menerusi Pancaindera semalam, Jep Sepahtu dikatakan makan hati dengan AC Mizal kerana peminat AC yang dikatakan bilangannya lebih ramai berbanding kelab peminat pelawak itu sendiri setiap kali membuat persembahan di Maharaja Lawak Mega 2014.


Macam tak masuk akal bukan? Namun itulah asam garam dunia hiburan. Desas-desus pergaduhan itu pula diperkuatkan apabila Datuk AC Mizal mengumumkan perancangannya untuk mempunyai saluran televisyen sendiri. Secara logiknya, takkanlah kerana jumlah peminat pun nak bergaduh? AC Mizal dan Jep Sepahtu kedua-duanya adalah nama besar dalam industri lawak tanah air. Hubungan pun dah nampak macam adik beradik. Mungkin peminat yang lebih sudu daripada kuah?


Rugi sekiranya memang benar Datuk AC Mizal dan Jep Sepahtu bermasam muka kerana perkara sekecil ini. Dunia hiburan kita bukannya besar mana pun. Pergi sana pergi sini, jumpa orang yang sama juga. Lagi sedih kalau punca pergaduhan semata-mata kerana jumlah bilangan peminat. Kecil sangat puncannya itu. Semoga hubungan mereka berdua akan pulih atau lebih bagus, sebenarnya mereka tidak bergaduh pun. Sama-samalah kita doakan. 


3

Bagus
3

Marah
4

Terkejut
3

Sedih
3

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (30 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cik_tonggek 2-3-2015 12:12 PM
ya awoh ade ke orang minat ackiok gelang tungsten nih
Quote enchikfitz 2-3-2015 12:15 PM
Makcik2 pprt jah minat datuk gelang penipu ni.


Jep pun aku x minat. Tak de aura bagi aku. Baik Johan or Nabil lagi.
Quote CrowneGlory 2-3-2015 12:16 PM
Ac kiok pun ada peminat??    mesti sama2 otak penipoo tu yg boleh ngam
Quote Lorra2411 2-3-2015 12:21 PM
dia kan ada fan club Acpeaceyoolovers benda ntah tu. hahahaha
Quote whadda 2-3-2015 12:24 PM
nyampah aku time maharaja lawak... nak jugekks ac mizal bawak fans siap pakai cam rambut afro.. pastu suruh sorak kat die... konon nak setanding peserta jugak la ade fan club bagai...
Quote sepitsiput 2-3-2015 12:24 PM
bagi meols, si Jep Sepahtu tu mmg jenis2 kuat sentap dan sensitif chuols...  dulu2 dia cemburu bila kumpulan shiro gantikan diorg dlm betul ke bohong ... lama juga dia xde job kt TV sbb satu persatu di take over oleh pelawak lain... pastu dia mcm x minat nk berlakon drama, klu tunggu filem pun...filem dia cukup2 makan jah, xde yg betul2 box office. sudahnya dia makan hati sorg2... lama jua dia menyentap x tentu pasal setahun dua lepas... nasib baik la dia masuk MLM dan menang.
Quote DayangKirana 2-3-2015 12:27 PM
nak berantakan pasal kelab mana paling banyak member? wth wehhh... ??

dapat ape kalau jadi member?
discount beli barang2 runcit? free travel every year? henpon percuma?

setakat join makan2 bersama retis, hadap le sangat..
Quote srihannah 2-3-2015 12:27 PM
mcm tak logik je nak gaduh gara2 bilangan peminat..haha
Quote sepitsiput 2-3-2015 12:30 PM
CrowneGlory replied at 2-3-2015 12:16 PM
Ac kiok pun ada peminat??    mesti sama2 otak penipoo tu yg boleh ngam

walaupun ac mizal tu kononnya penipu...tp karatz heols x dinafikan ramai, sbb dia dah lama dlm bidang seni..

ac mizal satu2nya retis yg bertanding dlm semua bidang di ABPBH tau x? malah, heols juga menang abp di 3 dekad yg berbeda2 gituh dlm 3 bidang utama.

bidang nyanyian - menang Artis Berkumpulan Popular 1992 (4u2c)
bidang lakonan TV - menang pelakon TV lelaki popular 2000-2001
bidang pengacaraan - menang pengacara tv lelaki popular 2013

bidang komedi - calon artis komedi 2006-2009
bidang radio - calon penyampai radio lelaki popular 2007
bidang filem - calon pelakon filem lelaki popular 2000-2002


Quote enchikfitz 2-3-2015 12:31 PM
sepitsiput replied at 2-3-2015 12:24 PM
bagi meols, si Jep Sepahtu tu mmg jenis2 kuat sentap dan sensitif chuols...  dulu2 dia cemburu bila  ...

Kan kak sepit? Jep kena sedar sekarang ni pelawak2 makin ramai. Persainagn makin sengit. So, kalau nak still relevan, kena la amik job jugak. Jgn nak menyentap bagai la walaupun dipuja karatz kat IG. Karats kat IG bukan bagi makan pun.


Quote sepitsiput 2-3-2015 12:37 PM
enchikfitz replied at 2-3-2015 12:31 PM
Kan kak sepit? Jep kena sedar sekarang ni pelawak2 makin ramai. Persainagn makin sengit. So, kalau ...

meols speku si jepp ni dgn fans okay, tp dgn produksi dia x berapa okay...mcm bak yus tu jugek...jenis x reti PR kot... ataupun jenis cepat melenting, x leh tolak ansur, xleh terima kritikan, xleh join the crew... kene ubah sikap le.. pelawak2 sendu mcm eppy kodiang tu boleh je menten byk job sbb dia jenis bersungguh2 buat kerja, jenis x menyentap x tentu pasal... klu nk kuat sentap boleh, buat produksi sendiri mcm aunty shila rusly ke... saiful apek ke...tu pun apek dan shila dolu2 x pernah la menyentap  x tentu pasal.
Quote enchikfitz 2-3-2015 12:43 PM
sepitsiput replied at 2-3-2015 12:37 PM
meols speku si jepp ni dgn fans okay, tp dgn produksi dia x berapa okay...mcm bak yus tu jugek...j ...

Produksi Apek tu hidup lagi ke kakak? Ntah2 dah berkubur. Mana dah produksi heols produce any kinds of program pun.
Quote CrowneGlory 2-3-2015 12:45 PM
sepitsiput replied at 2-3-2015 12:30 PM
walaupun ac mizal tu kononnya penipu...tp karatz heols x dinafikan ramai, sbb dia dah lama dlm bid ...

Eloklah bolehla luaskn kuasa penipuan dia...
Quote doubleA 2-3-2015 12:47 PM
jep lagi. memang kuat sentap ke jep ni?
Quote sepitsiput 2-3-2015 12:50 PM
enchikfitz replied at 2-3-2015 12:43 PM
Produksi Apek tu hidup lagi ke kakak? Ntah2 dah berkubur. Mana dah produksi heols produce any kind ...

maksud meols..dulu2 ler.. apek tengah top...dia jd producer...untung juta2...xdelah kene tipu buta2 dgn david teoh... (erra pun sama, jd producer jua)  so smpai skrg, duit dia ade je... menten pose je.

lg satu...xde produk pun, entah2 si apek tu untung atas angin tolong sewakan props kt produksi2 baru...sbb manjang dlm tv kalau ruangan terima kasih tu ada je nama heols.
Quote miabebe 2-3-2015 01:19 PM
Tu LA miabebe pun kompius SBB dulu member miabebe assistant production manager gemok gedempol Ade ckp perangai jek ni cm hampeh eksen soap katok org dgn guitar sumesume tup tup BC kt online ckp jek ni humble LA baik LA..mane betul ntah konpius je tp mmg nmpk dia humble buat2 je cm poyo
Quote sepitsiput 2-3-2015 01:22 PM
miabebe replied at 2-3-2015 01:19 PM
Tu LA miabebe pun kompius SBB dulu member miabebe assistant production manager gemok gedempol Ade ck ...

biasanya retis2 yg peeling sok suci kt laman sosial agak hazab di set... jep ni meols speku camtu ler... sbb kalau dia jenis redha, xde nye dia whining psl org x ambik dia keje or dia xde job... so kawan chuols mmg ada personal experience dgn heols la?
Quote fcl29 2-3-2015 01:29 PM
sepitsiput replied at 2-3-2015 12:24 PM
bagi meols, si Jep Sepahtu tu mmg jenis2 kuat sentap dan sensitif chuols...  dulu2 dia cemburu bila  ...

so kesimpulannya jep ni sendu sesendu2nya...
Quote kakasotong 2-3-2015 01:45 PM
Cehhhhh pasal peminat pn nak sentappp ke???? Hadoiiii dulu kemain baik lg jep dgn ac ni. Skrg dah bermusuh plak

Anywayy meols dah lama syak ac gaduh dgn jepp masa memula artikel pasal gaduh2 ni keluar. Sbb ac ada cakap dia anggap pelawak tu mcm adik dia. Terang2 tu jep.

Jepp plak udah2 la sesentap dgn org. Bajet bagus sebenarnya jep nih. Dia pikir dia je yg betul.

Ac tu plak jangan pandang sebelah mata. Kemain ada fanclub sendiri skrg. Siap menang host tv meletop lg haritu. Penipu2 pn ada peminat wehhhh gigih mengundi heols

Lihat semua komen(80)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:44 PM GMT+8 , Processed in 0.185377 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top