CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Tuah Dari 4 Madu, 4 Anak Cemerlang SPM

4-3-2015 12:23 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 13578| Komen: 110

Description: Mereka sebaya dan mempunyai bapa sama. Latar belakang itu menyebabkan ramai menyangka empat pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putri Saadong, di sini yang mendapat keputusan...


ZULKEPLI MOHAMAD (kiri) bersama empat anaknya (duduk dari kiri,) Juliana Aziera, Ayu Syaheera, Zul Azril dan Zul Azrul berbual bersama Pengetua SMK Putri Saadong, Ramli Dolah (tengah) sambil disaksikan keempat-empat isteri Zulkepli di Kota Bharu, Kelantan, semalam. – UTUSAN/JAZALY AMRY JAAFAR -


KOTA BHARU 3 Mac - Mereka sebaya dan mempunyai bapa sama. Latar belakang itu menyebabkan ramai menyangka empat pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putri Saadong, di sini yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014 adalah kembar.


Tambahan pula, usia mereka sekadar dibezakan oleh bulan kelahiran selain dilihat amat akrab um-pama belangkas termasuk menjadi rakan sekelas. Malah, empat remaja tersebut turut berkongsi impian sama iaitu mahu berjaya dalam bidang perakaunan.


Hakikatnya, Juliana Aziera Zulkepli, 18, serta adik-adiknya, Ayu Shaheera, 18; Zul Azril, 18, dan Zul Azrul, 18, adalah adik beradik berlainan ibu hasil perkongsian seorang ahli perniagaan, Datuk Zulkepli Mohamad, 51, bersama empat isteri.

Juliana Aziera, anak Zulkepli bersama isteri pertama mendapat 8A 2B. Keputusan sama turut diperoleh Ayu Shaheera, anaknya bersama isteri kedua serta Zul Azril, anaknya bersama isteri ketiga.

Sementara itu, Zul Azrul, anak beliau bersama isteri keempat pula mendapat 10A dan dinobatkan sebagai pelajar terbaik SMK Putri Saadong.
Zulkepli yang pernah menjadi tukang karut dikir barat dan tersohor dengan panggilan Zul Wisma berkata, selain hasil didikan guru di sekolah, kecemerlangan anak-anaknya turut didorong oleh kebahagiaan yang berjaya dicipta dalam rumah tangga beliau.

Menurut Pengerusi Eksekutif Zulkepli & Co. itu, empat isterinya, Datin Hasnah Mat Ya, 56; Rafizah Senawi, 48; Nurida Razali, 48, serta Norreha Abdul Rahman, 45, amat rapat dan memahami antara satu sama lain.

Katanya, keakraban isteri-isterinya itu membolehkan kesemua 11 anak mereka turut membesar sebagai satu keluarga dalam suasana harmoni.
Bercerita lanjut mengenai rahsia kecemerlangan anak-anaknya, Zulkepli memberitahu, mereka berempat tidak menghadiri sebarang tuisyen, sebaliknya sekadar mengikuti sesi pembelajaran khas bersama beliau sendiri.

“Empat bulan sebelum SPM, kami buat kelas intensif. Mereka berempat dikehendaki hadir ke pejabat saya selepas jam 4 petang setiap hari kecuali Jumaat untuk belajar bersama-sama. Kami turut mengerjakan solat Asar, Maghrib dan Isyak berjemaah,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.
Tambah Zulkepli, beliau sanggup mengupah guru untuk mengajar dirinya sendiri dalam semua mata pelajaran semata-mata mahu memastikan beliau mampu menjadi seorang ‘guru’ yang bagus kepada anak-anaknya.

Sementara itu, anak-anak Zulkepli mengakui berasa seronok dapat belajar bersama beliau kerana tidak perlu malu untuk bertanya soalan selain berpeluang bermesra dengan bapa sendiri.

3

Bagus
7

Marah
4

Terkejut
9

Sedih
6

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (43 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cupu 4-3-2015 12:01 PM
dalam banyak2 citer jantan yg tak semengah dlm ci,yg ni blh jd contoh.hehe
Quote fcl29 4-3-2015 12:05 PM
gila ahh sharp shooter
Quote spiderman80 4-3-2015 12:08 PM
Spidey cemburu.
Quote perang_sivil 4-3-2015 12:09 PM
berita yang sangat jarang-jarang didengari. kebarangkalian yang sangat tipis berlaku.
Quote cupu 4-3-2015 12:11 PM

masih belum terlewat.spidey hot dude kat cari.
Quote VirginLady 4-3-2015 12:13 PM
wow...skang Dato ni umur 51, anak 18
jadinya masa umur 33 dia dapat anak2 ni..

kalaulah depa ni semua anak2 sulung, by 32 dia dah ada 4 bini!! hebatnya

anyway aku adore cara dia didik anak2..dtg ofc ajar sendiri, solat jemaah sama2..terer betol. dok skali ke ni?
Quote spiderman80 4-3-2015 12:14 PM
cupu replied at 4-3-2015 12:11 PM
masih belum terlewat.spidey hot dude kat cari.

Sekarang dah ada Puan Botakchinpeng, nak tambah 3 lagi untuk isi kuota.
Tapi samada boleh hasilkan zuriat berkualiti macam Datuk ni, tu lain cerita.
Quote VirginLady 4-3-2015 12:14 PM
eh apersal time aku reply ni rasa cam dejavu plak??
Quote perang_sivil 4-3-2015 12:15 PM
spiderman80 replied at 4-3-2015 12:14 PM
Sekarang dah ada Puan Botakchinpeng, nak tambah 3 lagi untuk isi kuota.
Tapi samada boleh hasilk ...

btw spidey mmg botakchinpeng tu seorang perempuan kah?
Quote cupu 4-3-2015 12:15 PM
perang_sivil replied at 4-3-2015 12:09 PM
berita yang sangat jarang-jarang didengari. kebarangkalian yang sangat tipis berlaku.

memang ayah yg gigih.
Tambah Zulkepli, beliau sanggup mengupah guru untuk mengajar dirinya sendiri dalam semua mata pelajaran semata-mata mahu memastikan beliau mampu menjadi seorang ‘guru’ yang bagus kepada anak-anaknya.

kosernya nk kena bljr blk




Quote spiderman80 4-3-2015 12:16 PM
perang_sivil replied at 4-3-2015 12:15 PM
btw spidey mmg botakchinpeng tu seorang perempuan kah?

Rasanya kut......
Quote cupu 4-3-2015 12:18 PM
spiderman80 replied at 4-3-2015 12:14 PM
Sekarang dah ada Puan Botakchinpeng, nak tambah 3 lagi untuk isi kuota.
Tapi samada boleh hasilk ...

ya spidey...zuriat berkualiti tu agak blh dipersoalkan.kerana dr pemerhatian,gaya bhs puan botak sgt kasar...anak mungkin jd perengus dan xdgr kata.
Quote SANKURIANG 4-3-2015 12:19 PM
Saleh I. follow mcm mana lak?
Quote rosmahisham 4-3-2015 12:19 PM
fullamak..setahun 4-4 bini ngandung ..caya la datok.bertuah badan..semoga kluarga ini bhgia hingga ke jannah.
tahniah best adik beradik jd rakan sebaya..
Quote xoxopac08 4-3-2015 12:19 PM
Macam x caye je berita ni. Ada jugak ye kisah gini. Untung ayah nyer
Quote prettyuglybabe 4-3-2015 12:19 PM
huyohhhh
Quote spiderman80 4-3-2015 12:19 PM
cupu replied at 4-3-2015 12:18 PM
ya spidey...zuriat berkualiti tu agak blh dipersoalkan.kerana dr pemerhatian,gaya bhs puan botak s ...

Hahahaha
Quote cupu 4-3-2015 12:21 PM
SANKURIANG replied at 4-3-2015 12:19 PM
Saleh I. follow mcm mana lak?

salleh yg tu bini no 4 pun mcm bdk br lps spm.
Quote intriQue 4-3-2015 12:23 PM
Baguslah.  Anak2 cemerlang.  

Lihat semua komen(110)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 11:15 AM GMT+8 , Processed in 0.107558 second(s), 64 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top