CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Taylor Swift Rela Sendiri

5-3-2015 03:39 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 7383| Komen: 18

Description: BINTANG cantik ini pernah dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan beberapa selebriti kacak Hollywood termasuk Joe Jonas, Taylor Lautner, Jake Gyllenhaal, Conor Kennedy dan Harry Styles. ...

BINTANG cantik ini pernah dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan beberapa selebriti kacak Hollywood termasuk Joe Jonas, Taylor Lautner, Jake Gyllenhaal, Conor Kennedy dan Harry Styles.
       
Namun, kesemua hubungan yang dibina hanyalah seketika sahaja apabila tiada satu pun yang kekal bersama pelantun lagu, Blank Space ini.
       
Walaupun hubungan itu kecundang di tengah jalan, namun setiap kisah cinta yang terjalin akan dimuatkan dalam karya lagu-lagunya untuk dijadikan kenangan.
       
Setiap kisah, lain cerita cintanya, Taylor Swift menganggap dirinya bukanlah wanita yang bertuah dalam soal cinta dan perhubungan asmara.
       
Menerusi temu bual bersama rancangan antarabangsa, Swift atau nama sebenarnya, Taylor Alison Swift, 26, memberitahu bahawa kemungkinan besar dia akan bersendiri hingga ke usia 30 tahun.
       
"Melihat kepada perjalanan cinta yang terdahulu, saya merasakan bahawa saya akan terus keseorangan buat jangka masa yang panjang.
       
"Sejujurnya, tidak ada manusia yang sengaja merelakan diri untuk tidak mempunyai teman ataupun terus hidup sendiri kerana kehidupan kita akan lebih gembira sekiranya ada seseorang yang bersama setiap masa.
       
"Namun, buat masa ini, biarlah saya dengan kehidupan sendiri kerana itu yang lebih baik daripada mempunyai hubungan yang tidak mampu kekal lama," katanya lagi.
       
Swift memberitahu, walaupun tiada teman di sisi, namun itu tidak bermakna dia tidak mampu menghasilkan karya-karya luar biasa menerusi pemerhatiannya terhadap kehidupan sekeliling.
       
Malah, kejayaannya di Brit Awards baru-baru ini, membuktikan bahawa karya nukilannya mampu menjadi yang terbaik walaupun terpaksa melayari kehidupan yang sunyi.
       
Berjaya meraih trofi untuk kategori, International Female Solo Artist menerusi lagu, Shake It Off, Swift menewaskan calon-calon lain termasuk St. Vincent, Sia, Lana Del Rey dan Beyonce.
       
Ia merupakan kemenangan pertama Swift di Brit Awards 2015, penyanyi ini mendedikasikan kemenangannya kepada beberapa teman yang bernama Ed Sheeran, Cara, Ellie dan Sam.
       
"Saya sangat beruntung memiliki anda semua dalam hidup saya. Tahun ini adalah tahun paling istimewa buat saya dengan terhasilnya album, 1989. Ia memberi kejayaan luar biasa buat saya," katanya ketika berada di pentas majlis anugerah berkenaan.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ajunara 5-3-2015 11:36 AM
lagu2 dia best..
Quote bazinga 5-3-2015 02:44 PM
Walau tak bapa minat taylor ni,, tp tak dinafikan dia pandai buat lagu yg catchy..
Cuma kalu dgr lama2, kalu ai, akan jd cepat boring..
Quote ninjago 5-3-2015 05:41 PM
Dia nie cam senang2 je nak tukar boyfriend. Aku rasa dia yg cepat boring kot. pastu dump the bf. hehehe.. Blank Space tu dah macam cite dia sendiri je. nape aku rasa dia nie virgin lagi ek. hahahhaa!
Quote teky 6-3-2015 11:54 AM
lagu dri album ni sedap.. dewasa sket... xder la kekanak ribena sangat...
Quote duri_durians 8-3-2015 12:09 AM
ninjago replied at 5-3-2015 05:41 PM
Dia nie cam senang2 je nak tukar boyfriend. Aku rasa dia yg cepat boring kot. pastu dump the bf. heh ...

weird. aku pun rasa cam tu gak. hahha!
Quote ogata 8-3-2015 11:39 AM
ninjago replied at 5-3-2015 05:41 PM
Dia nie cam senang2 je nak tukar boyfriend. Aku rasa dia yg cepat boring kot. pastu dump the bf. heh ...

kan..TS ni macam traditional sikit.......

Quote ogata 8-3-2015 11:40 AM
single is romentik kata nya...


love you TS
Quote alesandra 9-3-2015 01:57 PM
got a long list of ex lovers.................
Quote arira_arora 9-3-2015 05:40 PM
i pn suke lagu blank space..
best2..
Quote izariliskandar 11-3-2015 10:07 AM
best2 lagu dia ni.. tak rugi jadi kipas susah mati dia. haha
Quote slipar_jepon 22-3-2015 08:34 PM
ex sume hot2 belaka. ape lagi yg mu nak taylor
Quote Lolzer 21-9-2015 03:15 PM
Taylor makim hot demand makin tinggi gittuu
Quote elamor 21-9-2015 10:53 PM
Lolzer replied at 21-9-2015 03:15 PM
Taylor makim hot demand makin tinggi gittuu

sheols mmg makin ngetop lepas released album 1989
Quote razfira0707 22-9-2015 05:28 PM
aku pernah baca kt mana ntah.. dia x virgin sejak dgn john mayer.. tp.. itu semua rumors je.. diorang main teka2 dari lirik..
Quote beatgirlX 25-9-2015 02:37 PM
macamana pun aku rasa Love Story still the best
lalalala....
ala..org tgh bz..tgh ada peminat..tengah org nak dlm industry..rembat je le dulu..
tu pasal la kot relationship kejap2 sb jarang bersama nak dating bagai...
Quote putriTS 25-9-2015 06:53 PM
Currently dating Calvin Harris, TS dah boleh gugat Beyonce and Jayz as a power couple.
Quote Labeaute 30-9-2015 05:41 PM
aku rasa dia asyik tuko2 BF sebb  TS asyik tolak  berasmara kot..
Quote Ellebannaluxy 21-1-2016 12:06 AM
2008 start minat. konon jdi idol nyanyi2 la. pastu gosip bf bf ni mcm disappointed plak. makin lame makin nampak jahat nye tuu.

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:13 AM GMT+8 , Processed in 0.160685 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top