CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Ladylista Tips Cantik Lihat artikel

Mengapa Anak Anda Sering Kencing Malam?

6-3-2015 12:08 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 2106| Komen: 1

Description: Kajian di Malaysia menunjukkan masih terdapat lebih kurang 6.2% daripada kanak-kanak yang berumur 7 hingga12 tahun masih lagi kencing malam.

LadyLista - Kencing malam atau terma perubatannya Enuresis adalah satu keadaan di mana kanak-kanak kencing tanpa sedar semasa tidur. Kebanyakan kanak-kanak berhenti kencing malam selepas umur 5 atau 6 tahun. Menurut kajian, 10%-15% daripada kanak-kanak yang berumur 5 hingga 12 tahun masih terus kencing malam walaupun mereka tiada masalah dalam sistem buah pinggang.Kajian di Malaysia menunjukkan masih terdapat lebih kurang 6.2% daripada kanak-kanak yang berumur 7 hingga12 tahun masih lagi kencing malam.

Sebenarnya, apakah punca anak anda boleh kencing malam? Berikut merupakan antara faktor penyebab anak anda kencing malam:
  1. Ruang pundi kencing yang kecil.
  2. Gangguan tidur.
  3. Kebanyakkan pesakit yang kencing malam dikatakan tidur terlalu nyenyak. Walau bagaimapun tiada bukti yang kukuh untuk menyokong pernyataan ini.
  4. Kurang penghasilan hormon yang dipanggil vasopressin semasa tidur. Vassopressin adalah penting untuk mengurangkan penghasilan kencing di waktu malam.
  5. Komplikasi Akibat Kencing Malam

Rawatan & Cara Atasi
Ubat membantu anak anda kekal kering semasa tidur, dapatkan bantuan doktor mengenai perkara ini. Jangan salahkan anak anda. Bercakap tentang perkara ini secara terbuka dengan anak anda.
Kawal pengambilan minuman di waktu petang dan malam. Bangunkan anak anda di tengah malam untuk kencing, ini boleh mengelak kencing malam tetapi tidak boleh menyembuhkan enuresis.
Gunakan lapik tilam yang kalis air.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote bellaa 6-3-2015 05:02 PM
bella yg dah besar ni pon masih terbangun malam p kencing.

Lihat semua komen(1)

Sub-category


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:49 PM GMT+8 , Processed in 0.036848 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top