CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Perhimpunan Kemuncak 'Kita Lawan' Berlangsung Petang Ini

7-3-2015 03:59 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 8414| Komen: 22

Description: Menara Maybank, Pasar Seni, Masjid Jamek dan Ibu Pejabat Pos Besar menjadi empat hentian untuk peserta demonstrasi 'Kita Lawan' berkumpul dan berarak sebelum kemuncak perhimpunan di pusat membeli bela ...
Menara Maybank, Pasar Seni, Masjid Jamek dan Ibu Pejabat Pos Besar menjadi empat hentian untuk peserta demonstrasi 'Kita Lawan' berkumpul dan berarak sebelum kemuncak perhimpunan di pusat membeli belah Sogo yang dijadualkan berlangsung pada petang Sabtu.















Menara Maybank, Pasar Seni, Masjid Jamek dan Ibu Pejabat Pos Besar menjadi empat hentian untuk peserta demonstrasi 'Kita Lawan' berkumpul dan berarak sebelum kemuncak perhimpunan di pusat membeli belah Sogo yang dijadualkan berlangsung pada petang Sabtu.

Menurut laman Facebook rasmi 'Kita Lawan', beberapa pemimpin Pakatan Rakyat (PR) akan berada di setiap lokasi bermula pukul 3 petang ini sebelum memulakan perarakan ke pusat membeli belah berkenaan.

"Tema adalah warna hitam. Petugas keselamatan Unit Amal dan Skuad AMK, kecemasan (medic team) dan peguam (urgent arrest) akan diaktifkan," kata laman itu.

Perhimpunan itu adalah sebagai reaksi terhadap keputusan pemenjaraan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 10 Februari lepas.

Dalam pada itu, laman Facebook berkenaan turut menyatakan beberapa panduan kepada peserta perhimpunan termasuk barangan yang perlu dibawa semasa perhimpunan berkenaan.

"Peserta perlu membawa kad pengenalan, lesen memandu, satu kad ATM dan duit maksimum RM100 sahaja," jelas laman berkenaan.

Selain itu kata laman berkenaan, maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa melalui Facebook  https://www.facebook.com/KitaLawanOfficial atau Twitter @KitaLawan_my

Sebelum ini, KetuaPolis Daerah Dang WangiACP Zainol Samah meminta orang ramai supaya tidak menyertai perhimpunan itu di ibu negara hari ini.

Kata Zainol, perhimpunan tersebut melanggar undang-undang dan mereka yang terlibat boleh dikenakan tindakan kerana ia bercanggah dengan Akta Perhimpunan Aman 2012.

Tegas Zainol, penganjur gagal menghantar notis untuk mengadakan perhimpunan seperti yang termaktub dalam Akta Perhimpunan Aman 2012 dan polis boleh mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat kerana mengganggu ketenteraman awam.

sumber: AstroAwani

4

Bagus

Marah
2

Terkejut
3

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote miabebe 7-3-2015 04:40 PM
Edited by miabebe at 7-3-2015 04:41 PM

Jommmmm

Maka purak peranda lah negara terchinta....sekian..
Quote magnus 7-3-2015 04:44 PM
Wow..ramainya...mesti nuart boleh lps bebas kuar penjara ni...syabas uols....
Quote penjejak_awan 7-3-2015 04:46 PM
berapa ekor yg mai?
berapa upah dapat?
baju dan placard sponsor cam biasa tak?
Quote penjejak_awan 7-3-2015 04:47 PM
kehadiran pendemo kt sogo dlm 50 orang...
selebihnya pemerhati dan pelancong....
duit poket ku dengar dlm rm100 ...
Quote MelahJanda 7-3-2015 04:55 PM
Keep calm and kita lawan
Quote ang_bess 7-3-2015 05:00 PM
Gigih nyer cai2 tegar ni. Trime la hakikat yg idola korang dalam jail. Pas 5 taun keluar la pojaan ati uoll. Dah memang die.melewati kener la.
Quote MelahJanda 7-3-2015 05:01 PM
Caitokcai
Dpt brim pun sukur uols
Quote miabebe 7-3-2015 05:05 PM
Patut Ade kn balik ISA laa.. Nk purak peranda kan negara haruslah d sumbat DLM lokap
Quote Aya_Osman 7-3-2015 05:07 PM
ni kerja org bodoh yg xder keje...dok umahla lg baek nengok industan...
Quote MelahJanda 7-3-2015 05:16 PM
Nengok industan lg bodoh la sis
Quote ~anya~ 7-3-2015 05:18 PM
penjejak_awan replied at 7-3-2015 04:47 PM
kehadiran pendemo kt sogo dlm 50 orang...
selebihnya pemerhati dan pelancong....
duit poket ku den ...

Kl sedang hujan lebat sekarang.... tak sabar hendak melihat babi2 ini beguling dlm lumpur air longkang. ... selayaknya lah.... hahahaha
Quote agusta 7-3-2015 05:25 PM
Edited by agusta at 7-3-2015 05:26 PM
~anya~ replied at 7-3-2015 05:18 PM
Kl sedang hujan lebat sekarang.... tak sabar hendak melihat babi2 ini beguling dlm lumpur air long ...


Katenye ujang rahmat...sesuci embun pagi gitu dirahmati...hehehe..jgn mrah ye cai
Quote far-risk 9-3-2015 07:05 AM
biar betul lokasi WASHINGTON DC kat dalam peta dunia #KitaLawan seluruh dunia kat atas? Washington ngan Washington DC 2 tempat berbeza kot...
Quote crossfire 9-3-2015 07:54 AM
hanya kerana sorang bernama AL QETTUM
Quote saden 9-3-2015 07:55 AM
far-risk replied at 9-3-2015 07:05 AM
biar betul lokasi WASHINGTON DC kat dalam peta dunia #KitaLawan seluruh dunia kat atas? Washington n ...

hahahaha Shanghai pun kat Vladivostok

Quote boyagombak 9-3-2015 10:56 AM
LAWAN TETAP LAWAN
Quote Changa 9-3-2015 10:57 AM
lepas tu nak tonggang tonggek shalat celah jamban mana pula sis?
Quote far-risk 16-3-2015 08:52 PM
saden replied at 9-3-2015 07:55 AM
hahahaha Shanghai pun kat Vladivostok

tahu xpe...since when Shanghai lebih utara dr semenanjung Korea. LOLS
Quote leni 16-3-2015 09:54 PM
Dengar kata adam.adli tu result memang teruk kt upsi. Betui ka? Patut la sibuk demo..belajar x tere.  

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:35 PM GMT+8 , Processed in 0.101815 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top