CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Penduduk Pecah Penjara, Pukul Suspek Rogol Hingga Mati

9-3-2015 02:42 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 16074| Komen: 86

Description: Kerajaan Negeri Nagaland Di Timur Laut India, Bertindak Menggantung Tiga Pegawainya Dari Tugas Semalam Berikutan Kejadian Seorang Suspek Perogol Diheret Keluar Dari Sebuah Penjara Dan Dipukul Sehingga ...
18 individu buru perogol di penjara, didakwa

NEW DELHI 8 Mac – Polis India, hari ini mendakwa 18 individu yang dipercayai menceroboh sebuah penjara dan membunuh lelaki yang dituduh merogol seorang gadis berusia 19 tahun di timur laut negara ini.

Suspek yang ditahan kerana melakukan pencerobohan itu di negeri Nagaland itu sehingga kini tidak dapat dipastikan sama ada mereka terlibat secara langsung membunuh Syed Farid Khan, yang mayat digantung di sebuah menara jam pada Khamis lalu.

“Setakat ini, kami sudah menangkap 18 orang suspek yang melakukan pencerobohan itu dan menganjurkan perhimpunan tanpa mengikut undang-undang.
Advertisement

“Kami sedang menjalankan siasatan sama ada mereka yang terlibat dalam kekecohan itu turut terlibat dalam kes pembunuhan Syed Farid Khan,” kata Ketua Polis, Wabang Jamir.

Dalam kejadian pada Khamis lalu, beribu-ribu penunjuk perasaan berarak dan memecah kawalan keselamatan di Penjara Pusat Dimapur untuk mencari Syed Farid Khan yang ditahan dipenjara itu, dipercayai pendatang haram dari Bangladesh, sebelum bertindak membunuhnya. 

Suspek rogol dibunuh, 3 pegawai digantung tugas

Kerajaan negeri Nagaland di timur laut India, bertindak menggantung tiga pegawainya dari tugas semalam berikutan kejadian seorang suspek perogol diheret keluar dari sebuah penjara dan dipukul sehingga mati oleh ratusan penduduk.

Mereka yang digantung tugas ialah seorang hakim majistret daerah Dimapur, superitendan polis dan warden penjara, kata Ketua Menterinya, T. R. Zeliang.

Tindakan itu dilakukan apabila sekumpulan penduduk membelasah sehingga mati suspek kes rogol berkenaan selepas dia dibogelkan dan diheret sejauh enam kilometer.

Polis juga melancarkan ope-rasi memburu beberapa orang lelaki yang dipercayai mendalangi insiden itu.

Dalam insiden semalam, seorang orang awam turut terkorban, sementara beberapa yang lain cedera apabila polis bertindak melepaskan tembakan ke arah kumpulan demonstrasi berkenaan.
Advertisement

Beberapa buah kedai dan perniagaan juga terpaksa ditutup di Dimapur hari ini dan pasukan tentera telah dikerah melakukan kawalan keselamatan di sekitar bandar tersebut yang kini di bawah perintah berkurung.

Pembunuhan suspek kes rogol itu mencetuskan kebimbangan di seluruh India, berhubung keganasan seksual yang sering terjadi dalam kalangan wanita.

Suspek ditangkap pada 24 Februari lalu kerana disyaki merogol seorang wanita tempatan.

Menteri Dalam Negeri, -Rajnath Singh telah meminta satu laporan tentang kejadian pecah masuk penjara itu diserahkan kepadanya.

Sementara itu, insiden tersebut turut mencetuskan bantahan dari negeri jiran, Assam yang merupakan tempat asal suspek rogol berkenaan yang dikenali sebagai Farid Khan.

Kumpulan penunjuk pe-rasaan di Assam bertindak membuat satu sekatan jalan raya di kawasan tersebut dan menahan beberapa lori yang membawa barangan serta kenderaan lain dari memasuki Nagaland.



NEW DELHI: Keganasan seksual yang semakin menghantui penduduk India ketika ini mendorong sekumpulan masyarakat di timur laut negara itu untuk memecah masuk sebuah penjara bagi mendapatkan suspek kes rogol yang ditahan pihak berkuasa.

Lelaki berusia 35 tahun itu yang didakwa merogol seorang gadis berulang kali sebelum ditahan pada 24 Februari lalu telah diheret keluar dari penjara di Nagaland sebelum dipukul sehingga mati.

"Satu perhimpunan besar-besaran oleh pelajar dan penduduk telah diadakan di Dimapur (ibu negeri Nagaland) pada pagi Khamis, mereka kemudian telah memecah masuk penjara dan mengheret suspek keluar," lapor akhbar tempatan.

Dalam laporan lain pula mendakwa, peserta demonstrasi itu berjaya memecah pintu pagar utama penjara sebelum menceroboh untuk mendapatkan suspek.



Suspek yang dipukul sehingga mati telah diheret dan digantung di bandar itu bagi memberi peluang kepada peserta demonstrasi melepaskan geram dan bergambar.

"Keadaan amat tegang, kami cuba mengawal keadaan," jelas polis bandar itu, Supritendan Meren Jamir.

Kemarahan penduduk terhadap pesalah seksual di negara itu meruncing dan  tidak dapat dikawal apabila sebuah saluran televisyen asing menyiarkan dokumentari melibatkan kes rogol yang mendapat perhatian baru-baru ini.

Pesalah dalam dokumentari berkenaan turut menyalahkan gadis yang suka keluar malam tanpa menyesal akan kesalahan yang telah dilakukan.

1

Bagus

Marah
9

Terkejut
5

Sedih
5

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (22 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote honeybee1802 6-3-2015 12:23 PM
Jgn plak tg mendemo tu one day jdk perogol plak....
Quote spiderman80 6-3-2015 12:30 PM
Rogol dan India berpisah tarak.
Quote miabebe 6-3-2015 12:35 PM
Lenkali rogol dulu perogol tu dgn kayu pemukul tu kt juboq dia pastu br pukul smpai mati
Quote yayaji 6-3-2015 12:35 PM
ooo...yg dok berdemo baru2 ni ikut depa ni la..rakyat hakim negara ka apabenda....
Quote Syd 6-3-2015 12:35 PM
spiderman80 replied at 6-3-2015 12:30 PM
Rogol dan India berpisah tarak.

Malaysia pung apa kurang nyer

Bapak Rogol Anak berpisah tiada...
Quote yusryimran 6-3-2015 12:37 PM
kat opis aku ada seorang mental tahap dewa.. tapi yang ni jenis ayat kat Jantan Rogol lah aku.. jantan semua lari sebab seram
Quote liyamariska 6-3-2015 12:37 PM
ni yg aritu komen menyalahkan gadis yg keluar mlm adalah perempuan yg tak baik...  

Quote kucen_miang 6-3-2015 12:38 PM
honeybee1802 replied at 6-3-2015 12:23 PM
Jgn plak tg mendemo tu one day jdk perogol plak....

blom tentu yg berdemo tu tak penah merogol.
Quote poison_paradise 6-3-2015 12:56 PM
Dah merogol tak layak nk idop lg...
Quote fifie_olin 6-3-2015 12:59 PM
polis2 seme ngulor ke..sng2 kne ceroboh
Quote immaryjane 6-3-2015 01:00 PM
asal muke masing2 tak macam orang india?
Quote RajaBatinDotCom 6-3-2015 01:03 PM
Boleh pulak pesalah tu nak salahkan gadis yang keluar malam. Dah kau yang rogol lepas tu kau nak salahkan gadis tu pulak.
Quote ren0_0 6-3-2015 01:11 PM
dah kenapa rupa penduduk Nagaland serupa cina? sepet2 semua
Quote spiderman80 6-3-2015 01:13 PM
Syd replied at 6-3-2015 12:35 PM
Malaysia pung apa kurang nyer

Bapak Rogol Anak berpisah tiada...

Betul jugak Syd tapi kes rogol kita belum lagi menjadi perhatian dunia. Yang India tu memang dak teruk.
Quote spiderman80 6-3-2015 01:14 PM
ren0_0 replied at 6-3-2015 01:11 PM
dah kenapa rupa penduduk Nagaland serupa cina? sepet2 semua

Nagaland? Negara mana tu? Hehe...
Quote ren0_0 6-3-2015 01:22 PM
spiderman80 replied at 6-3-2015 01:14 PM
Nagaland? Negara mana tu? Hehe...
NEW DELHI: Keganasan seksual yang semakin menghantui penduduk India bla..bla..bla...

Lelaki berusia 35 tahun itu yang didakwa merogol seorang gadis berulang kali sebelum ditahan pada 24 Februari lalu telah diheret keluar dari penjara di Nagaland sebelum dipukul sehingga mati.
new delhi yindia bam spidey . agaknya Nagaland ni kacuk aci yindia sama apek cina kot

Quote krustykrab 6-3-2015 02:37 PM
rupa org2 dlm gambo tu cam kat yindon je
Quote fatehana 6-3-2015 02:40 PM
kat india ke atau kat nepal
naper muka deme tu xde serupa muka thamby
Quote Syd 6-3-2015 02:40 PM
spiderman80 replied at 6-3-2015 01:14 PM
Nagaland? Negara mana tu? Hehe..




  • Nagaland
    Indian state
  • Nagaland is a state in Northeast India. It borders the state of Assam to the west, Arunachal Pradesh and part of Assam to the north, Burma to the east and Manipur to the south. The state capital is Kohima, and the largest city is Dimapur. Wikipedia
  • Area: 16,579 km2
  • Founded: November 30, 1963, 11:00 PM
  • Population: 2.275 million (2012)
  • Capitals: Kohima, Guwahati (Judiciary)

Lihat semua komen(86)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 05:04 AM GMT+8 , Processed in 0.066729 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top