CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Digital & IT Lihat artikel

Xiaomi Redmi 2 Akan Dilancarkan Di Malaysia

25-3-2015 06:09 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4875| Komen: 0

Description: Telefon Pintar Ini Dilengkapi Skrin 4.7 Inci 720p, Pemproses 64 Bit Quad Core Snapdragon 410 Dengan Sokongan 1gb Ram Lpddr3, Ruang Storan 8gb Dan Didakwa Mempunyai Prestasi 50% Lebih Baik Berbanding R ...
Pengeluar peranti berkos rendah, Xiaomi sedang dalam proses melancarkan sebuah peranti di Malaysia dan agak mudah untuk mengagak peranti yang akan dilancarkan adalah Xiaomi Redmi 2.

Xiaomi Redmi 2 Akan Dilancarkan Di MalaysiaXiaomi Redmi 2 merupakan sebuah telefon pintar tahap permulaan yang telah diperkenalkan Januari lalu namum belum memasuki pasaran Malaysia sehingga kini dan nampaknya itu bakal berubah 11 Mac ini.

Telefon pintar ini dilengkapi skrin 4.7 inci 720p, pemproses 64 bit quad core Snapdragon 410 dengan sokongan 1GB RAM LPDDR3, ruang storan 8GB dan didakwa mempunyai prestasi 50% lebih baik berbanding Redmi 1 sebelumnya. Kamera utamanya berkeupayaan 8MP f/2.2 dengan lensa 5 elemen manakala kamera hadapannya berkeupayaan 2MP yang boleh merakam video 720p.

Baterinya berkapasiti 2,200mAh yang dibangunkan Samsung dan dilengkapi teknologi pengecasan pantas QuickCharge yang mempercepatkan proses pengecasan sebanyak 40%. Walaupun mempunyai bateri yang lebih besar, telefon pintar ini lebih ringan dan nipis berbanding model sebelumnya dengan berat/ketebalan 133 g/9.4mm berbanding 158 g/9.9mm untuk model Redmi asal. Redmi 2 menjalankan Android 4.4 dengan antaramuka MIUI 6 terbaru dan menyokong rangkaian 4G LTE.

Terdapat juga varian Redmi 2 dengan 2GB RAM dan 16GB ruang storan, namun tidak dapat dipastikan samda Xiaomi akan membawa masuk varian ini atau varian 1GB RAM/8GB ruang storan atau membawa masuk kedua-duanya.
Redmi 2 dipasarkan di China pada harga CNY799 atau lebih kurang RM 470, namun jika disertakan GST 6% yang akan bermula April ini, harganya akan menjadi lebih kurang RM 498.20.

kredit:www.techkini.com

                               

2

Bagus

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:54 PM GMT+8 , Processed in 0.045053 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top