CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Sukan Lihat artikel

Adamas Disaran Perketat Prosedur Ujian Doping

27-3-2015 03:33 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3298| Komen: 0

Description: Ia Merujuk Kepada Kes Firdaus Sahrom Apabila Beliau Didapati Positif Dexamethasone Pada Temasya Sukan Malaysia Tahun Lepas Tetapi Keputusannya Hanya Diketahui Awal Mac Lalu.
Adamas Disaran Perketat Prosedur Ujian Doping



Agensi Anti Doping Malaysia (ADAMAS) disaran supaya memperketatkan prosedur ujian doping terhadap atlit negara ke temasya Sukan Sea Singapura.   
Saranan itu dibuat Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin selepas beberapa atlit negara didapati positif doping seperti Tai Cheau Xuen, Datuk Lee Chong Wei dan terbaru Mohd Shah Firdaus Sahrom.

Proses kebiasaan menyaksikan hanya 30 peratus daripada keseluruhan atlit menjalani ujian doping sebelum ke temasya utama. Begitupun kini seluruh atlit yang tersenarai tidak akan terlepas daripada ujian tersebut.

"Untuk Sukan Sea tahun ini saya dah arahkan ADAMAS untuk kita buat ujian doping kepada setiap atlit individu yang akan pergi ke Sukan Sea. Sebelum ini kita hanya buat penyarinan 30 peratus sahaja, kali ini saya minta supaya setiap orang atlit persendirian yang pergi ke Sukan Sea tahun ini di Singapura membuat ujian doping sebelum itu," katanya.

Dalam perkembangan sama, Khairy turut berharap pengurusan ADAMAS dapat dipertingkatkan lagi supaya tidak berlaku kelewatan dalam mengetahui maklumat babitkan atlit negara.

Ia merujuk kepada kes Firdaus Sahrom apabila beliau didapati positif Dexamethasone pada temasya Sukan Malaysia tahun lepas tetapi keputusannya hanya diketahui awal Mac lalu.

"Saya minta supaya adamas buat peningkatan kepada pengurusan mereka supaya maklumat itu lebih cepat sampai kepada kita, itu kelemahan dari segi pengurusan di peringkat ADAMAS sendiri dan saya minta supaya perkara itu dapat diselesaikan," tambah Khairy.

sumber:www.stadiumastro.com


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 09:22 AM GMT+8 , Processed in 0.049879 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top