Hp Memilih Bang & Olufsen Sebagai Rakan Kerjasama Teknologi Audio Rakan kerjasama baru mereka menggantikan Beats adalah Bang & Olufsen. Bang & Olufsen merupakan salah satu syarikat memfokuskan teknologi audio dan juga video, serta dikatakan mempunyai pengalaman dalam arena berkenaan sehingga 90 tahun lamanya. Dengan kerjasama kedua-dua syarikat ini, HP dan Bang & Olufsen akan mengoptimasikan audio pada komputer riba, desktop, tablet serta beberapa aksesori lain daripada HP dengan audio yang lebih baik. HP juga akan menyertakan jenama B&O pada produk mereka, selain beberapa penambah-baikkan lain pada produk mereka. HP menyatakan komputer pertama dengan jenama Bang & Olufsen akan hadir tidak lama lagi, selain turut akan hadir pada HP Spectre, OMEN, Envy serta produk komersial HP yang lain. Sumber Rujukan: HP kredit:www.amanz.my
|
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
25-4-2024 02:07 PM GMT+8 , Processed in 0.214899 second(s), 27 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.