CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Farhan Tak Tumpang Populariti Abby Abadi Ceburi Bidang Seni

31-3-2015 11:21 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 39703| Komen: 230

Description: Baru-Baru Ini Farhan Telah Muncul Di Mangga Online, Bergaya Persis Model, Sepadan Dengan Bidang Yang Ingin Diceburinya Iaitu Peragaan Untuk Iklan Komersil Dan Katalog Serta Bidang Lakonan. Katanya Dia ...
Farhan Tak Tumpang Populariti Abby Abadi Ceburi Bidang Seni



Dia mula dikenali kerana berkahwin dengan Abby Abadi. Kalau mula-mula keriuhan timbul kerana perkahwinan mereka dijalankan secara rahsia, kemudiannya perceraian Noor Farhan Che Bakar dengan selebriti itu mendapat tumpuan ramai kerana berlaku tidak sampai setahun usia perkahwinan mereka dan dalam situasi yang menimbulkan kontroversi pula.

Baru-baru ini Farhan telah muncul di Mangga Online, bergaya persis model, sepadan dengan bidang yang ingin diceburinya iaitu peragaan untuk iklan komersil dan katalog serta bidang lakonan. Katanya dia hanya ingin mencuba nasib dan bukannya menumpang nama Abby:

Hari ini saya menjalani sesi casting pertama dan alhamdulillah saya lepas untuk ke peringkat kedua pula selepas ini. Segala-galanya macam pantas sahaja.

Ia bermula bila saya diperkenalkan oleh seorang kawan kepada pihak yang pernah menguruskan talent agency, Jamal Tommy Talent Agency. Semalam saya dapat panggilan untuk pergi casting.

Saya masih baru lagi dan berterima kasih kepada pihak yang memberikan tunjuk ajar kepada saya.

Kawan-kawan saya sarankan saya mencuba nasib dalam bidang seni. Pada mulanya saya berat hati juga sebab dah rasa peritnya bila menjadi tumpuan dengan isu sensasi. Saya akui ketika pertama kami saya bercakap dengan media, saya memang takut-takut. Maklumlah saya tak pernah lalui semua itu.

Tapi ia sebenarnya memberi kekuatan kepada saya dan saya menjadi seorang yang lebih berani dan tidak malu-malu lagi.


Untuk persediaan diri sebagai model dan pelakon, Farhan giat bersenam di gimnasium dan sudah berjaya menurunkan 10kg dari berat 90kg. Dia bercadang untuk menurunkan sebanyak 10kg lagi untuk mencapai berat badan asal.


Adakah Farhan memiliki bakat untuk menyertai bidang lakonan? Nampaknya seseorang perlu memberi peluang kepada Farhan terlebih dahulu baru kita tahu, tak gitu? Manalah tahu bakat Farhan setanding pelakon-pelakon sasa Korea Selatan, mungkin berpeluang menjadi hero slot drama Samarinda nanti. Harap-harap begitulah.

All the best buat Farhan.



2

Bagus
4

Marah
1

Terkejut
4

Sedih
14

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (30 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote wookiehoney 30-3-2015 10:21 AM
what the????


ape2 jelah.hiks
maka ramai kembali lah akak2 rembes merecik dgn paan semula
Quote chinatsu 30-3-2015 10:25 AM
ustajah abby tak cukup tazkirah pd ex laki dia nih
rambut pun dah kaler perang
Quote katakau 30-3-2015 10:27 AM
errr..zul aripin II in the making?..
Quote Lorra2411 30-3-2015 10:31 AM
badan dia pun macam makin sado je. masa kahwin dengan Abby dulu nampak kerempeng.
Quote gekkou 30-3-2015 10:47 AM
tak hensem pn
muka gumuks
Quote harkktuih 30-3-2015 10:50 AM
lps kawen berat jd 90kg?
Quote skymania 30-3-2015 10:52 AM
jantan SENGKEK...

utang dh bayar ke blom????????
Quote pia250110 30-3-2015 10:52 AM
bule le belakn gerak khas.. next zul ripin
Quote azie.dz 30-3-2015 10:52 AM
adoi laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....abby ni stepping stone rupanya...

tu la abby..aum aum sgt kan
Quote lil_honey 30-3-2015 10:55 AM
nasib baik dah cerai...
Quote kelip2_07 30-3-2015 10:58 AM
paan bwk watak suami teraniaya ke

kena baling ngan kunci..kena cakar
Quote doubleA 30-3-2015 10:58 AM
Hensem ke? Kemahen tajuk tt
Quote sponges 30-3-2015 11:00 AM
gemuk dah si farhan ni
Quote fifie_olin 30-3-2015 11:01 AM
bakat ape yg mamat ni ade...
kalo belakon ke lauttt rasanya niii
Quote kikuri 30-3-2015 11:01 AM
nampak gemok dah skang farhan.... dulu abby tak bagi makan ke apa....? konon sangat tak tumpang populariti abby....







Quote nsyazawani 30-3-2015 11:02 AM
Edited by nsyazawani at 30-3-2015 11:44 AM

Dia dah bertunang kan.. tgk dekat fb dia.. tunang dia kerja imigresen
Quote nsyazawani 30-3-2015 11:06 AM
Quote go_kart 30-3-2015 11:06 AM
tasty nya heols skg
Quote nsyazawani 30-3-2015 11:07 AM
Edited by nsyazawani at 30-3-2015 02:21 PM




Lihat semua komen(230)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:35 PM GMT+8 , Processed in 0.105138 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top