CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Ungku Ismail Kekok Lakonkan Adegan Romantik Dengan Kekasih Orang

31-3-2015 06:10 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 43380| Komen: 189

Description: Ungku Ismail, 30, Berkata, Perasaan Itu Turut Timbul Semasa Menjayakan Drama Bersiri Teman Lelaki Upahan Bersama Aktres Elizad Sharifuddin Yang Merupakan Tunangan Orang Dan Bakal Mendirikan Rumah Tang ...
Ungku Ismail Kekok Lakonkan Adegan Romantik Dengan Kekasih Orang


Ungku Ismail mengakui kekok melakonkan adegan romantik dengan heroin gandingannya dalam drama.

PETALING JAYA: Pelakon Ungku Ismail Aziz kekok melakonkan sesuatu adegan romantik dengan heroin yang sudah berkahwin ataupun mempunyai kekasih.

Ungku Ismail, 30, berkata, perasaan itu turut timbul semasa menjayakan drama bersiri Teman Lelaki Upahan bersama aktres Elizad Sharifuddin yang merupakan tunangan orang dan bakal mendirikan rumah tangga pada 11 April ini.

"Saya tahu Elizad sudah mempunyai teman lelaki dan bakal berkahwin, ia menyebabkan saya jadi sedikit canggung untuk melakonkan babak-babak romantis dengannya.

"Bagaimanapun saya bersyukur adegan romantik di antara kami tidak terlalu berat dan Elizad sendiri sangat profesional ketika penggambaran," katanya kepada mStar Online.


Selain Ungku Ismail, drama arahan Azma Aizaal Yusoof itu turut menampilkan Elizad Sharifuddin, Izara Aishah, Wan Raja, Fazlina Ahmad Daud dan Shah Iskandar.


Pelakon berusia 30 tahun ini bakal memasuki set penggambaran drama bersiri terbaharu berjudul Bodyguard.

Dalam pada itu, Ungku Ismail berkata, dia tidak selesa dengan populariti yang diraih menerusi drama tersebut kerana tidak pernah mendapat perhatian seperti itu sebelum ini.

Ungku Ismail berkata, dia tidak terbawa-bawa dengan perhatian diberikan kepadanya kerana selain cuba menyesuaikan diri dia juga menyedari ia hanya bersifat sementara.

"Saya berlakon sudah lama tetapi menerusi Teman Lelaki Upahan adalah kali pertama saya mendapat perhatian yang begitu besar sehingga membuatkan saya tidak selesa kerana tidak biasa dengan situasi itu.

"Bagaimanapun saya tanam dalam minda bahawa perhatian itu hanya bersifat sementara dan ia akan reda selepas ini," katanya.

Sementara itu, Ungku Ismail berkata, populariti yang diraih menerusi drama berkenaan akan digunakan sebaik-baiknya dalam mengembangkan kerjayanya sebagai pelakon.

Jelasnya, biarpun sudah lama berkecimpung dalam bidang lakonan namun masih ramai belum menyedari kehadirannya sebagai pelakon dan mengambil peluang tersebut untuk membuktikan kebolehannya.

"Sesuatu yang terjadi itu pasti ada hikmah disebaliknya dan populariti yang diperoleh daripada Teman Lelaki Upahan seharusnya saya gunakan dengan cara positif selain memperbaiki diri agar menjadi lebih baik.

"Ini peluang saya untuk membuktikan bakat saya sebagai pelakon dan masih banyak ingin saya capai dalam bidang ini," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Ungku Ismail berkata, dia bakal menjalani penggambaran sebuah drama bersiri terbaharu berjudul Bodyguard.

12

Bagus
8

Marah
6

Terkejut
10

Sedih
5

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (47 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote irdina 31-3-2015 03:49 PM
dulu dia ni boyfriend si zarina af tu kan?
Quote damian_lee 31-3-2015 03:53 PM
revamp sangat dia ....
dulu time belakon ngan Elly Suriaty untuk drama Ramadhan TV3 tu .. yang anak sedara2 dia jadi yatim piatu ...
mmang layak untuk character pak cik2 jer uollss ...
la ni ... layak jadi hero ..

tahniahlah ..
lakonan ko pun not bad ungku oii ...
semoga lebih maju
Quote MH37O 31-3-2015 03:55 PM
ungku haprak sengkek...kalau kau kerabat, ko tak jadi pelakon bai...ungku kan kaya duit byk takkan nak berlakon kot kehulu ke hilir keje sampai ke pagi jadi pelakon ekstra...

poyo je stagename bubuh ungku...
Quote doubleA 31-3-2015 04:00 PM
betul ke ni @ungkusado
boleh sahkan kekok ke?
Quote amyainsamad 31-3-2015 04:04 PM
suka dia masa blakon cter masa ramadhan tu....
Quote rbmy 31-3-2015 04:07 PM
tahun depan boleh menang gandingan serasi d layar kat drama festival
dan abpbh yaaaa
Quote SenahMontanah 31-3-2015 04:12 PM
MH37O replied at 31-3-2015 03:55 PM
ungku haprak sengkek...kalau kau kerabat, ko tak jadi pelakon bai...ungku kan kaya duit byk takkan n ...

hape la ngko merapu

dah mmg nama die ungku. abih ko nak suh buh nama apa? pungkuq?
Quote toxicated 31-3-2015 04:29 PM
sokay mail u did great
Quote minahmanja 31-3-2015 04:39 PM
mcm tk nmpk pulak kekoknye tu...
hehehe
Quote eyeNa07 31-3-2015 04:48 PM
aah..suka lakonan dia time berlakon ngan elly suriati time bulan puasa tu
Quote chinchan78 31-3-2015 05:03 PM
X nmpk kekok n x over...bgslh ada rase hormat kat kekasih or bini org... ini yg iols respect kat ungku...
Quote Aneem 31-3-2015 05:07 PM
Mael.
kwn aku smpi skrg teringt2 cerita kau jd alim tu..
Dlm tu kau kena tngkap khalwat dgn sh Amani smbil berserban..
Quote tomet05 31-3-2015 05:10 PM
oo ungku eh nama dia nih
Quote qqOfficial 31-3-2015 05:10 PM
ungku ni dah lama berlakon dr zaman sutun 2 pastu syurgamu ramadan dengan elly suriaty tu pastu seligar dgn akak ogy pastu cinta si bunga tembam dgn dotie .and last week berlakon drama hajat (best drama tu...)...tp dia ni macam chipsmore...kejap ada...kejap takde...
Quote meeza83 31-3-2015 05:11 PM
SenahMontanah replied at 31-3-2015 04:12 PM
hape la ngko merapu

dah mmg nama die ungku. abih ko nak suh buh nama apa? pungkuq?

kannnnnnn dah nama diaaaa
hahahaha adoi laaaaaaaaaaa
Quote CikDaNdeLi0n 31-3-2015 05:12 PM
hensem jgak eh heols?
Quote honeybee1802 31-3-2015 05:22 PM
Aneem replied at 31-3-2015 05:07 PM
Mael.
kwn aku smpi skrg teringt2 cerita kau jd alim tu..
Dlm tu kau kena tngkap khalwat dgn sh Ama ...

Yes aku igt citer ni tak igt title...ttp pakai selimut kan?
Quote giyomi 31-3-2015 05:32 PM
Time berlakon jer, tp realiti terlebih galak sudah.
Quote apikwaeh 31-3-2015 05:36 PM
Aneem replied at 31-3-2015 05:07 PM
Mael.
kwn aku smpi skrg teringt2 cerita kau jd alim tu..
Dlm tu kau kena tngkap khalwat dgn sh Ama ...

Drama Diantara garisan kan..
Arahan si engarah tlu jugak. Time tu menyampah tgk watak dia dan raut muka yg alim2 kucen hehehe

Lihat semua komen(189)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:01 AM GMT+8 , Processed in 0.347855 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top