CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Sukan Lihat artikel

Rashid Sidek Dan Rosman Razak Angkat Kaki

1-4-2015 09:47 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3026| Komen: 0

Description: Pemergian Jurulatih Berkenaan Sememangnya Memberi Kesan Tetapi Kami Telah Merangka Pelan Kecemasan, Saya Seperti Sudah Menjangkanya Dan Membuat Perancangan. Kami Akan Menentukan Jurulatih Untuk Pema ...
Rashid Sidek Dan Rosman Razak Angkat Kaki



Pengarah Teknikal BAM, Morten Frost Hansen berkata kedua-dua mereka mengambil keputusan itu setelah menerima tawaran yang lebih baik daripada pihak lain.

"Kami telah berunding tetapi tidak dapat mencapai persetujuan. Ia bukannya  kerana seseorang sedang dalam kemarahan atau sebagainya, hanya tidak mungkin untuk menyara kehidupan.

Bagi pihak BAM, kami mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua jurulatih kerana melaksanakan tugas mereka dengan baik dan kami berharap semoga mereka berjaya di masa hadapan," kata beliau dalam sidang media Kejohanan Badminton Siri Super Premier Terbuka Malaysia di Stadium Putra, Bukit Jalil, di sini hari ini.

Frost mengesahkan bekas pemain badminton negara, Lim Pek Shiah akan mengambil alih tempat Rosman selaku jurulatih beregu wanita sementara tiada pelantikan baru menggantikan Rashid buat masa ini kerana terdapat tiga jurulatih lelaki perseorangan di dalam BAM.
      
"Dia (Pek Siah) sebenarnya adalah seorang jurulatih berpengalaman, dia mempunyai pengalaman di Jepun selain daripada pendedahan di peringkat
antarabangsa.  Dia berminat dan gembira kerana diberi peluang itu.

Pemergian jurulatih berkenaan sememangnya memberi kesan tetapi kami telah merangka pelan kecemasan, saya seperti sudah menjangkanya dan membuat
perancangan.  Kami akan menentukan jurulatih untuk pemain-pemain minggu depan," katanya.

Sebelum itu, BAM bersetuju melanjutkan kontrak untuk kesemua 22 jurulatih, termasuk tiga jurulatih yang mempunyai kontrak sehingga tahun hadapan, iaitu Tan Kim Her, Hendrawan dan He Guoquan dengan semakan semula gaji selain daripada petunjuk prestasi utama.

Dengan ketiadaan dua jurulatih itu, BAM kini mempunyai 21 jurulatih dengan Frost bertindak sebagai ketua jurulatih untuk setiap kategori di bawah sistem baharu.

Sementara itu, Setiausaha Kehormat BAM Ng Chin Cai berasa sedikit terkilan dengan keputusan yang dibuat oleh kedua-dua jurulatih tersebut sambil menyifatkan ia sebagai satu kehilangan kepada BAM.

"Secara peribadi, saya memang rasa sangat sedih kerana dah lama sangat bekerjasama dengan mereka. Tetapi sebagai kawan, apabila mereka mendapat tawaran yang baik, saya rasa ia peluang mereka pergi ke kelab, pada masa yang sama mereka juga boleh memainkan peranan dalam meningkatkan mutu badminton di peringkat kelab," katanya.

sumber:www.stadiumastro.com
   


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:38 PM GMT+8 , Processed in 0.469401 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top