CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Sherson Lian Ajak Remaja Berniaga 'Food Truck'

1-4-2015 10:10 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 21095| Komen: 82

Description: Sherson Atau Nama Sebenarnya Sherson Lian, 30, Berkata, Ini Merupakan Satu Peluang Untuk Remaja Membuka Perniagaan Sendiri Dengan Berbekalkan Modal Kecil Kerana Ia Mempunyai Masa Dengan Yang Cerah.
Sherson Lian Ajak Remaja Berniaga 'Food Truck'

PETALING JAYA: Pengacara rancangan masakan Sherson Lian mengajak remaja  supaya menceburi bidang perniagaan 'Food Truck' atau ‘makanan bergerak’ yang telah menjadi trend masa kini.

Sherson atau nama sebenarnya Sherson Lian, 30, berkata, ini merupakan satu peluang untuk remaja membuka perniagaan sendiri dengan berbekalkan modal kecil kerana ia mempunyai masa dengan yang cerah.

"Dulu jika ingin membuka perniagaan mereka memerlukan modal yang besar untuk mendapatkan sebuah kedai malah perlu mencari lokasi yang sesuai memulakan perniagaan.

"Kini dengan adanya 'Food Truck' mereka bebas bergerak untuk berniaga di mana-mana lokasi yang sesuai tanpa perlu bergantung pada satu kedai sahaja," katanya kepada mStar Online.

 

Sherson Lian  

Tambah Sherson lagi, seseorang perlu mempunyai keaslian tersendiri dalam menjual makanan supaya ia dapat menarik minat pengunjung untuk datang membeli makanan tersebut.

Tambahnya, seseorang yang memperkenalkan Food Truck hendaklah menghasilkan masalah yang sedap dan unik  kerana ia akan menarik minat orang ramai untuk datang lagi kerana makanan tersebut tiada dijual ditempat lain.

"Mereka harus memiliki idea yang baharu supaya dapat memberi kelainan pada perniagaan yang dijalankan," jelasnya.

Dalam perkembangan berkaitan Sherson berkata berbeza daripada lelaki-lelaki lain, dia meminati bidang masakan kerana ia mempunyai kesenian tersendiri.

Malah dia juga menyangkal persepsi segelintir lelaki yang menganggap bidang ini untuk kaum wanita.

"Saya dibesarkan dalam keluarga yang menjalankan perniagaan makanan. Sejak kecil lagi saya sudah disuruh membantu ibu saya di dapur.



"Mulanya memang saya tidak suka kerana itu adalah kerja kaum wanita, tetapi lama kelamaan saya semakin minat memasak,” katanya.

11

Bagus
6

Marah
7

Terkejut
5

Sedih
5

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (38 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote carly_lah 31-3-2015 10:46 AM
sapa pernah tgk movie chef? dari chef ternama, last2 reputasi terjejas gara2 panas baran dan kebaranan tersebut di post ke social media, last2 meniaga food truck... dan sukses.... mmg best tgk... mcm best je meniaga @ food truck ni... siap buat tour lagi....
Quote makton 31-3-2015 10:51 AM
laki aku pun ajak buat biz food truck ni. tp modal tak ada.. huhuu
Quote princessjay 31-3-2015 10:59 AM
carly_lah replied at 31-3-2015 10:46 AM
sapa pernah tgk movie chef? dari chef ternama, last2 reputasi terjejas gara2 panas baran dan kebaran ...

yup..pernah tgk cite tgk chef tu..best.. mmg mmberi inspirasi betul.. sbb tgk cite tu, mcm best pulak buat business food truck.. travel from one place to one place.. xde kedai yang fix..
Quote manehnya 31-3-2015 11:02 AM
aku pun teringnin nk buat mcm omputeh dok buat tu, niaga kt tepi laut.. tapi dia punya truck saja dah berapa ratuih ribu apa..




dapat cenggini best gak niaga cendoi tepi laut
Quote lolen 31-3-2015 11:11 AM
manehnya replied at 31-3-2015 11:02 AM
aku pun teringnin nk buat mcm omputeh dok buat tu, niaga kt tepi laut.. tapi dia punya truck saja da ...

beli truck ratuih ribu..tp jual cendo je ka
bila nak balik modal

Quote manehnya 31-3-2015 11:14 AM
lolen replied at 31-3-2015 11:11 AM
beli truck ratuih ribu..tp jual cendo je ka
bila nak balik modal

eyhh... kita juai segala jenih cendoi la... laksa, bihun sop, kita improvised lg... coq pisang cecah kicap pedas... tepi laut, time kena kacao kita lari p port lain pula... hahaha
Quote tigerads 31-3-2015 11:19 AM
carly_lah replied at 31-3-2015 10:46 AM
sapa pernah tgk movie chef? dari chef ternama, last2 reputasi terjejas gara2 panas baran dan kebaran ...

iols penah tgk citer tuh..

yg best dia bonding balik ngan anak dia....n kawan dia yg supportive...
Quote fatehana 31-3-2015 11:22 AM
suka tgk shers ni klu memsk kat dapor
mulut dia dan aksi dia kdg2 lawak
Quote lolen 31-3-2015 11:24 AM
manehnya replied at 31-3-2015 11:14 AM
eyhh... kita juai segala jenih cendoi la... laksa, bihun sop, kita improvised lg... coq pisang cec ...

mcm org juai laksa kat tepi epot langkawi tu lah
tepi laut..makan laksa nyum nyumm

tp bila dah nama mesia ni ngan cuaca panas kalo juai guna truck camni
idok la nampak cool cam omputeh buat

lg2 kalo nk tmbh kusi meja kat dpn truck tu tros nmpk gerai setinggan jek
Quote alphawolf 31-3-2015 11:27 AM
Kena ikut konsep betul food truck ni la...takyah nak kena letak kerusi meja...tapi sah2 nak kena meniaga benda yang sennag nak dimakan....
Quote maxim 31-3-2015 11:28 AM
ingatkan freekey tuh
Quote aseela 31-3-2015 11:30 AM
Shers....i heart you
Quote Elle_mujigae 31-3-2015 11:34 AM
manehnya replied at 31-3-2015 11:02 AM
aku pun teringnin nk buat mcm omputeh dok buat tu, niaga kt tepi laut.. tapi dia punya truck saja da ...

reallyyyy harga truck macam ni ratus ribu ?? ada aircond is it ...huhu
Quote user2012 31-3-2015 11:35 AM
Jelas gambar heolls kat belakang tu photoshop ajo, rupa sebenar biasa jah.
Quote Elle_mujigae 31-3-2015 11:35 AM
My friend ada meniaga ikut konsep food truck ni.. Beliau meniaga air coconut shake...
Quote dalima 31-3-2015 11:38 AM
lain betul muka skrg & masa ada show kat tv.
Quote CikguZara 31-3-2015 11:38 AM
kalu ai nak meniaga food truck, nak lepak truck dekat depan masjid putrajaya, agak agak kena halau tak?

kalau bawak masuk tasik titiwangsa, meniaga kat tasik titiwangsa kejap, kena halau tak?

abis bila nak kaya dan berjaya kalau asik kena halau?
Quote freekey 31-3-2015 11:40 AM
What do you actually mean??






Quote olaoli 31-3-2015 11:43 AM
haiyooooo TT . awat wallpaper gitu. jenuh nak baca

Lihat semua komen(82)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:17 PM GMT+8 , Processed in 0.091992 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top