CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Digital & IT Lihat artikel

Miphone Manager Kini Ditawarkan Dalam Bahasa Inggeris

1-4-2015 11:17 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3456| Komen: 0

Description: MiPhone Manager Kini Ditawarkan Dalam Bahasa Inggeris – Uruskan Peranti Xiaomi Pada Desktop
MiPhone Manager Kini Ditawarkan Dalam Bahasa Inggeris – Uruskan Peranti Xiaomi Pada Desktop

Xiaomi telah sekian lama menawarkan MiPhone Manager kepada para pengguna peranti Xiaomi, tetapi ia hanya hadir dalam bahasa Cina sahaja. Hari ini, perkara tersebut berubah apabila pihak Xiaomi secara rasminya mula menawarkan MiPhone Manager dalam pilihan bahasa Inggeris.


Menggunakan MiPhone Manager, para pengguna boleh menguruskan peranti mereka dengan lebih efektif menggunakan PC. 

Pengguna boleh menguruskan pelbagai aplikasi yang terpasang pada telefon atau tablet mereka, disamping mengakses dan menguruskan lagu-lagu yang terdapat pada peranti mereka tersebut. Perisian ini juga turut memudahkan anda membuat salinan pendua untuk data pada peranti dengan mudah .





Selain daripada itu, menariknya anda juga turut boleh membalas SMS menggunakan MiPhone Manager ketika ia berhubung dengan telefon anda, selain mengaktifkan tetingkap khusus untuk memaparkan telefon anda terus pada skrin komputer.

Ia boleh dikatakan MiPhone Manager ini mungkin tidak diperlukan oleh semua orang, tetapi sekiranya anda menghabiskan sejumlah masa menggunakan desktop atau laptop anda, mungkin ini boleh membantu anda dalam menguruskan dan mengakses peranti dengan lebih efisyen lagi.

kredit:www.amanz.my



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:18 PM GMT+8 , Processed in 0.228943 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top