CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Datuk Sheila Majid Tiga Dekad & Tiada Tandingan

6-4-2015 03:45 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 16881| Komen: 73

Description: Darah Seni Datuk Sheila Majid Dan Cintanya Kepada Seni Muzik Jelas Memberi Tempias Kepada Anakanaknya, Apatah Lagi Suaminya, Hashridz Murshim Hassim Atau Acis, Juga Pemuzik Bertauliah Yang Menerima Ij ...
Awet Muda : Datuk Sheila Majid Tiga Dekad & Tiada Tandingan

TAHUN DEPAN, GENAPLAH ULANG TAHUN KE-30 KERJAYA MUZIK INSAN SENI YANG BERNAMA SHEILA MAJID. DALAM ERTI KATA LAIN, HAMPIR TIGA DEKAD LAGU-LAGUNYA MENJADI HALWA TELINGA RAKYAT MALAYSIA.
SESUNGGUHNYA RAMAI DIANTARA KITA YANG MEMBESAR MENDENGAR LAGU-LAGUNYA. SINARAN, ANTARA ANYER DAN JAKARTA, AKU CINTA PADAMU ANTARA LAGU-LAGU YANG MASIH MENJADI ALL-TIME FAVORITE SAYA SEHINGGA KE HARI INI DAN SAYA PASTI SETIAP SEORANG DARIPADA KITA MEMPUNYAI LAGU KEGEMARAN MASING-MASING YANG MENGUNGKAP MEMORI TERSENDIRI.


Malah banyak lagi lagu hit Sheila Majid yang evergreen, tetap sedap didengar walau zaman jauh beredar. Dan setiap kali juga Ratu R&B ini membuat persembahan, gelanggang yang hambar pasti akan bertukar ‘hidup’ kerana setiap lenggok irama yang dibawanya cukup mengasyikkan. Walau sudah beberapa kali menemu ramah Sheila, saya tetap berasa bertuah setiap kali mendapat peluang.

Tidak salah kiranya saya menggelarkan Sheila sebagai living legend kerana hingga ke hari ini, tiada siapa lagi yang mampu menandingi kehebatannya. Dalam senyap, Datuk Sheila Majid sedang mengumpul lagu untuk album barunya. Album terakhirnya pada 2007 berjudul Cinta Kita dan Sheila mengharapkan album terbarunya dapat dilancarkan akhir tahun ini. Empunya badan sendiri turut sukar mempercayai yang sudah sebegitu lama dia memperhambakan diri dalam arena seni muzik tanahair. Pernah terlintas dalam kotak fikirannya mahu berehat, namun darah seni yang mengalir dalam tubuhnya membuatkan dia berfikir dua kali.


Katanya, mungkin suatu hari nanti dia akan mengurangkan aktiviti seninya tetapi tidak mungkin dia akan melupakan terus dunia nyanyian yang sudah menjadi makanan jiwanya. Tidak cukup di tanahair sendiri, nama Sheila turut terpahat kukuh di hati para peminatnya di Indonesia sejak sekian lama. “It has been 30 years… can you believe it? Saya bersyukur di atas rezeki ini. Being able to do things that I like for a very long time…

DARAH SENI Datuk Sheila Majid dan cintanya kepada seni muzik jelas memberi tempias kepada anakanaknya, apatah lagi suaminya, Hashridz Murshim Hassim atau Acis, juga pemuzik bertauliah yang menerima ijazah dari Berklee College of Music di Boston. Bersama Acis, Sheila dikurniakan dua cahaya mata – Khadeja Zaireen Murshim, 10, dan Khalefa Laila Murshim, 7. Manakala dua lagi anaknya dari perkahwinan pertama, jelas mengikut jejak langkahnya apabila mulai menceburi bidang sama.

Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Megat Abdul Majid Aziz, 20, kini menuntut di Full Sail University di Orlando, Florida. “Bidangnya adalah Degree in Recording Arts. Jadi lebih banyak mempelajari teknikal untuk studio, produksi, fi lem dan banyak lagi. Ramai dari tenaga pengajar datang dari penggiat Hollywood sendiri yang meraih Oscar dan Grammy. Bila saya ke sana melawatnya, melihatkan kelas dan setnya, saya sendiri rasa macam nak kembali belajar!” Anak sulung Sheila pula, Wan Nur Khaleda atau Kayda, 23, mulai menunjukkan minatnya dalam dunia nyanyian.

Tidak seperti si ibu yang popular mengungguli lapangan irama R&B dan pop, Kayda menaruh harapan tinggi untuk dikenali dalam arena muzik hip hop. Walau masih menuntut dalam bidang psikologi di Universiti Help, Sheila akur dengan kehendak anaknya untuk mulai aktif menyanyi memandang ini adalah tahun terakhir pembelajarannya. “Asalkan habis belajar, saya okey. She enjoys the music and I think that is her passion. Rasanya bagus juga kerana sekarang dia lebih berdisiplin dalam mengimbangi antara dua tanggungjawab – belajar dan menyanyi.”


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Aya_Osman 3-4-2015 06:08 PM
jenis tubuh kecik mmg ssh nmpk tua...tp rasenye kalo xmekap mesti nmpak tua gak....ni mekap 5inch...amik gambo pon pakai 360 haruslah x nmpak kedut...
Quote CrowneGlory 3-4-2015 06:18 PM
Dulu2 zmn kecik mmg minat gila lagu dia..abang aku bawak balik kaset terus fall in love... Dari 1st album sampai la d last album dia dgn roslan aziz...lps roslan aziz sorry to say semua x menjadi..somehow roslan ada tht magical touch... Tp sekrg bila dgr balik lagu2 lama dia.. Aku rasa lawak plak dgr suara halus dia tu & x boleh dgr balik.. &  seriously ini yg aku suka sgt dgr dulu...
Quote bioessence 3-4-2015 06:41 PM
Dyed hair black n tanned make up
Muda palsu
Quote cikperiukkera 3-4-2015 06:52 PM
CrowneGlory replied at 3-4-2015 06:18 PM
Dulu2 zmn kecik mmg minat gila lagu dia..abang aku bawak balik kaset terus fall in love... Dari 1st  ...

Iols suka lagu pengemis muda nek shiela ni.,. Catchy gler & x pnh jemu dgr dr dulu smpai skrg. Lagu baru sheols mcm sedap jadi lagu tema kawen cek ta dkt astro ria dlu tp x tau tajukkkkkk
Quote mamiayu 3-4-2015 07:20 PM
berapa umo dia ni sebenarnya?
Quote Crystal_Apple 3-4-2015 07:32 PM
mekap...isshhh si tukang mekap ni x profesional lgsung...muke nampak pucat....adessss
Quote jerukkedondong 3-4-2015 07:34 PM
Ye la....urban singer kann..kalau sheila ni dok kg kerunai grik jual pulak nasi lemak dan karipap peagi harus dh jadi macam makcik2 berkain batik berbaju kedah...
Quote red_borris 3-4-2015 08:18 PM
suke sangat lagu dia bersama roslan aziz dolu2.. album dia recently ni tak sesuai la and tak menjadi..
Quote September14 3-4-2015 09:18 PM
Cantikla mekup dia, klu tgk photografi model n artis international mmg sllu mekap gini... Tp x mnat lngsng shila mjid ni..
Quote tomet05 3-4-2015 09:36 PM
urban singer kekdahnya
Quote danieladam 3-4-2015 10:57 PM
X menat..x de la legend sgt berbanding tok pah dgn tok ti. Beliau ni kalo diperhatikan, mcm takut nk brtanding apa2 anugerah. AJL ke ABPBH ke, x pernh nk tersenarai nama beliau. Popularkah beliau?
Quote mommymonster82 3-4-2015 11:10 PM
Photoshoped...tgk leher xde garis lansung..kompemlah muda....nenek me yg 90 thun tu pon boleh nmpk muda
Quote highcastle 3-4-2015 11:19 PM
Mana2 pompuan badan kecik kurus mmg nampak muda.. X de ku heran sgt.
Quote generalsoap 3-4-2015 11:23 PM
Awet muda + lagu evergreen sembah ratu kpd Sheila
Quote missDollie 3-4-2015 11:30 PM
cantiknye nude lipstik beliau..
Quote mrsLucky 4-4-2015 10:41 AM
Pernah nampak dia dengan her doter with Roslan lama dulu...
Sorry to say she look young and pretty compare to her doter..memang awet muda...badan kecik jer..
Quote atekome 5-4-2015 02:29 AM
Shiela mmg tk pnh nyanyi lagu pgemis muda di mn2 show die..npe ek?? Myb lagu tu mcm low class gteww or ade reason laen??..
Quote kukukatablog 5-4-2015 12:15 PM
dia mcm ada class dia tersendiri,
dia x hadap people choice award,
lagu2 dia pon best2 catchy and senang nak ingat,
x meleret2 lirik...
Quote danang_pondan 9-4-2016 01:01 AM
Edited by danang_pondan at 9-4-2016 12:03 AM

[youtube]cvnpj5sCObM[/youtube]

lagu sepanjang masa by sheila majid

Lihat semua komen(73)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 08:02 AM GMT+8 , Processed in 0.117578 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top