CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kalau Gst Tidak Baik,Saya Tidak Buat

7-4-2015 05:36 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 25694| Komen: 268

Description: “Takkan Bukina Faso Yang Miskin Buat Gst. Yang Kaya Pun Buat Gst. Kita Perlu Gst Sebab Banyak Peniaga Tak Bayar Cukai,” Katanya Ketika Ucapan Penggulungan Perhimpunan Agung Umno Di Pusat Dagangan Du ...
Kalau Gst Tidak Baik,Saya Tidak Buat


Pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan dibuktikan tidak membebankan sebaliknya menjadi mekanisme membela rakyat, kata Datuk Seri Najib Razak.

Presiden Umno itu berkata, GST sudah terbukti berkesan di 160 buah negara dan ia sudah diamalkan negara kaya mahupun negara miskin seperti Bukina Faso.

“Saya nak buktikan GST tidak bebankan rakyat. GST akan bela rakyat. Siapa kata GST tak menguntungkan? Lebih 160 buah negara buat GST, takkan mereka ni semua salah?

“Takkan Bukina Faso yang miskin buat GST. Yang kaya pun buat GST. Kita perlu GST sebab banyak peniaga tak bayar cukai,” katanya ketika ucapan penggulungan Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur hari ini.

Najib berkata dengan pelaksanaan GST, keadilan dapat ditegakkan apabila komuniti peniaga juga tidak terlepas dari dikenakan cukai.

“Apakah adil tuan-tuan bayar cukai yang kerja setiap bulan ada slip gaji, tak boleh elak bayar cukai?


"Yang berniaga, kadang-kadang satu atau dua buku yang dikatakan ekonomi gelap tak bayar, sama ada jurang cukai 30% dalam negara kita, mereka dapat perkhidmatan kerajaan percuma.

“Mereka patut bayar cukai menampung perbelanjaan rakyat. Inilah konsepnya.

“Sebab itu kita jangan politikkan GST ini. Kalau tak baik, saya tak buat. Cerita GST ini dah 20 tahun, berapa menteri kewangan termasuk ketua pembangkang,” katanya merujuk kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

http://newshangat.blogspot.com/2 ... gst-sebenarnya.html
5

Bagus
2

Marah
11

Terkejut
15

Sedih
4

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (53 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ResellerMaxis 7-4-2015 12:26 PM
tapi pasaipa banyak sangat barang dikecualikan gst..mereka-mereka yang menjual barang/product tidak bergst ni masih boleh mengelakkan diri dari membayar cukai..

satu lagi..kenapa buat gst sebelum sistem siap??sekarang ni kalau peniaga tipu collect gst n tidak bayar pada kastam pun bukan kastam tahu..

lagi berganda mereka menipu..
Quote all4rez 7-4-2015 12:30 PM
Klu org dah benci, PM buat masjidpun akan dikutuk...
Quote eLiaD 7-4-2015 12:33 PM
Cuba tgk kt pasaraya..
Barang yg di kecuali kn cukai gst pun naik sama..
Senang citer rege barang sume naik..
Quote AbukRokok 7-4-2015 12:35 PM
nak kejar penipu cukai

org bawahan yg kne tanggung sekali
Quote dewi 7-4-2015 12:36 PM
ResellerMaxis replied at 7-4-2015 12:26 PM
tapi pasaipa banyak sangat barang dikecualikan gst..mereka-mereka yang menjual barang/product tidak  ...

mmg tak bersedia pun ... .. penat dah cakap .. kan i rest my case
mmg la bagus .. tapi bagus tahap petala langit pun kalau yg laksanakan tu tak sedia , tak de pendirian .. tak guna

here u have a perfectly good vesel tapi tak reti nak bawa , karam la jugak


Quote snipersnake 7-4-2015 12:38 PM
yang nak dicukai peniaga.

yg bayarnya rakyat.

pandaaiiiii.

dah jual bon negara sana sini, la ni  bon2 tuh nak mature takder duit nak recover. gigih la pi china, japan nak meminjam tapi dah tak dapat. buat ler GST.



cerita normal.

ali baya sepeket milo 1kg harga rm29
abu  baya sepeket milo 1kg harga rm27

ali kata dia bayar lebih sebab dia nak tolong negara, tapi dia juga masih naik kapchai (dia bukan petani atau orang kampung la tapi) ke rumah kuarters DBKLnya. hujung bulan cukai jalan mati. minggu depan lesen memandu mati. kereta dah lama tak bawak, sebab dari rumah ke pejabat ikut highway kena tol. nak ikut jalan lama dah berlopak sana berlopak sini. nak tolong kambus kang kena sound ngan DBKL pulak.  itulah kisah orang yg nak tolong negara. oh, nasib baik ada duit Br1m. buleh cover setahun perbelanjaan.
Quote SenahMontanah 7-4-2015 12:55 PM
nak kejar peniaga x bayar cukai..tp peniaga boleh claim...rakyat xleh claim..bhahahaha palebuto mu najib
Quote ResellerMaxis 7-4-2015 12:59 PM
all4rez replied at 7-4-2015 12:30 PM
Klu org dah benci, PM buat masjidpun akan dikutuk...

macam pak bodolah wat masjid kristal??
Quote kentel 7-4-2015 01:05 PM
bkn bijan buat gst nk cover kehidupan mewah munturi2 ke??
Quote hanakikan 7-4-2015 01:07 PM
Baik untuk Rosmah. Bole shopping satu dunia. Bole suruh anak ko buat movie hollywood lg
Quote fcl29 7-4-2015 01:09 PM
"kalo tidak baik, saya tidak buat"
Quote BorderManager 7-4-2015 01:10 PM
kenapa bila ada peniaga yg lari dari cukai... rakyat jelata kena hukum?

pihak berwajib kena la cari jln mcm mana nak selesaikan mana2 pihak lari cukai... ni cari jln mudah je
Quote damian_lee 7-4-2015 01:12 PM
at the end peniaga boleh claim GST and tak de effect untuk diorang .... end user yang kena GST .... konsepnya ////
Quote ResellerMaxis 7-4-2015 01:17 PM
damian_lee replied at 7-4-2015 01:12 PM
at the end peniaga boleh claim GST and tak de effect untuk diorang .... end user yang kena GST ....  ...

sekarang ni..para peniaga..kalau sales mereka sehari 10k..mereka tulis dalam akaun 1k sahaja..tiada siapa yang tahu melainkan diri mereka sendiri..ujung tahun mereka cuma bayar tax 2 3 ratus jer..tu pun kalau bayar..kebanyakan mereka..xbayar tax langsung pun walaupun mereka sepatutnya bayar tax..
bayangkan kalau kerajaan boleh monitor semua sales n expenses para peniaga ni..dengan mudah jer boleh detect kalau mereka menipu..
Quote ResellerMaxis 7-4-2015 01:19 PM
BorderManager replied at 7-4-2015 01:10 PM
kenapa bila ada peniaga yg lari dari cukai... rakyat jelata kena hukum?

pihak berwajib kena la ca ...

ni lah jalan nya..dan ianya diamalkan oleh 160 buah negara..

bayangkan kalau xder gst..macam mana government nak monitor jual beli oleh para peniaga??
Quote leylapple 7-4-2015 01:20 PM
Takkan Bukina Faso yang miskin buat GST. Yang kaya pun buat GST. Kita perlu GST sebab banyak peniaga tak bayar cukai


masalahnya peniaga blh claim back GSt, kita yang pelanggan nie mana nak dapat balik duit????
Quote BorderManager 7-4-2015 01:21 PM
yg nampak gov cuma nak kutip GST je...

takde pun perancangan utk mencegah... dan mcm mana nak salurkan balik hasil GST tu...

baru sari laksana kes top up yg kecik pun x leh nak selesaikan...

tah ler....
Quote ResellerMaxis 7-4-2015 01:22 PM
SenahMontanah replied at 7-4-2015 12:55 PM
nak kejar peniaga x bayar cukai..tp peniaga boleh claim...rakyat xleh claim..bhahahaha palebuto mu n ...

bukan macam tu maksudnya..bila dah ada gst..government boleh monitor sales n expenses para peniaga..xboleh lah mereka menipu macam sebelum ni..sebelum ni kalau sales setahun 1 juta..tapi dia declare 100k..auditor pun akan sign jer..asalkan acc dia balance..so at least lepas ni boleh dikurangkan perkara macam tu..

bila dia kata sales dia cuma 100k..government boleh comparekan dengan gst yang dia charge customer..match ke tidak..kalau amount declare kurang dari gst yang dia charge customer..government tahu lah dia declare tipu..
Quote ResellerMaxis 7-4-2015 01:25 PM
leylapple replied at 7-4-2015 01:20 PM
masalahnya peniaga blh claim back GSt, kita yang pelanggan nie mana nak dapat balik duit????

part bayar tax gst..memanglah kita yang kena keluar duit bukan peniaga..tapi at the end..government boleh monitor berapa exact cost n sales para peniaga ni..tiadalah mereka menipu macam sekarang..

Lihat semua komen(268)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:12 PM GMT+8 , Processed in 0.068300 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top