CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Usah tambah kekasih saya - Zulkilfi Ariffin

8-4-2015 05:00 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 24486| Komen: 115

Description: “Saya dah banyak kali cakap kekasih saya hanya Gayatri dan satu Malaysia sudah tahu benda itu. Yang mereka hendak tambah lagi kekasih saya kenapa?” ka ...

Kuala Lumpur: “Saya dah banyak kali cakap kekasih saya hanya Gayatri dan satu Malaysia sudah tahu benda itu. Yang mereka hendak tambah lagi kekasih saya kenapa?” kata pelakon Zul Ariffin menafikan sekeras-kerasnya dakwaan dia menjalin hubungan secara rahsia dengan pelakon dari Singapura, Elfaeza Ul Haq.


Zul atau Zulkilfi Ariffin, 29, berkata, dakwaan terbaru yang mengaitkannya semula dengan Elfaeza ekoran kemesraan mereka ketika menghadiri Anugerah Bintang Popular BH 2014 pada Ahad lalu adalah perkara yang mengarut.
Katanya, secara logik dia tidak akan melakukan tindakan yang menimbulkan perasaan curiga dan spekulasi di depan khalayak jika hubungan itu berlaku.

“Mana datang pula benda ini (gosip)? Tak adalah (hubungan dengan Elfaeza) sebab saya dengan semua orang sama saja. Sebelum tiba-tiba hendak terjah saya dengan cerita ini, biarlah saya jelaskan kalau di acara itulah menjadi kayu ukur, memang mengarutlah.

“Saya berjumpa dan bergaul dengan ramai kenalan artis pada malam itu. Mana yang saya lebih kenal tentulah bersembang beria-ia, itu saja. Saya tidak ada benda hendak disorokkan pun,” katanya.

Desas-desus mengaitkan Zul dengan Elfaeza, 30, timbul semula apabila beberapa pihak melihat kemesraan mereka yang mencurigakan ketika menghadiri acara anugerah berkenaan.
Susulan itu, timbul spekulasi kononnya Zul dan Elfaeza menjalin hubungan istimewa secara rahsia walaupun kedua-duanya pernah menafikan perkara terbabit.
Sebelum ini, sumber Harian Metro juga pernah menyampaikan sering melihat Zul dan Elfaeza keluar makan bersama di sebuah restoran di kawasan Damansara Perdana, Petaling Jaya dekat sini pada lewat malam.

Gosip yang mengaitkan dua pelakon ini menjadi bualan sejak Jun tahun lalu selepas mereka terbabit dalam penggambaran drama berjudul Janji Adam.
Bagaimanapun, khalayak sedia maklum Zul menjalin hubungan serius dengan penerbit filem, Gayatri Su-Lin Pillai sejak Mei 2012.
Zul berkata, dia pelik kerana segelintir pihak masih membuat spekulasi yang mengaitkannya dengan Elfaeza walaupun perkara itu sudah dijelaskan beberapa kali sebelum ini.
“Yang saya hairan kenapa orang masih bercakap begitu? Padahal tidak ada pun kami lepak (berdua). Kenapa suka-suka main tembak (tuduh), agak-agaklah sebab mengarut saja.
“Kalau orang nak kupas benda macam itu dan kalau ada benda yang saya nak sorok, takkanlah saya nak buat depan orang ramai?
“Orang nak bercakap biarlah, asalkan kita tak buat perkara mengarut (seperti didakwa),” katanya yang bakal muncul dengan drama bersiri Mr Langkawi Ms London.






1

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote makton 8-4-2015 11:02 AM
apa2 la zul... so bila nak kawinnya?
Quote AprilLova 8-4-2015 11:06 AM
eloklah kawin je bamsado
ahkak Gaya jangan di biar tunggu chuols lelama...
kering makan hati sheols
Quote doubleA 8-4-2015 11:08 AM
Kekasih je ke zul?
Quote miabebe 8-4-2015 11:13 AM
Lg sorg miangbebe kn abam zul
Quote Vanilla_lette 8-4-2015 11:21 AM
gaya makcik2 je gayatri ni...mcm mna zul ripin ni blh terpikat......
Quote miasyifa 8-4-2015 11:31 AM
Gayatri Su-Lin Pillai ni bangsa apa? bukan melayu kan?
Quote ellZack 8-4-2015 11:32 AM
drama bersiri Mr Langkawi Ms London.


another novel adaption..
meols ada beli hari tu sebab popular jual murah, 3buku 50hengget..


btw, untuk tidak off topic, meols baca hari tu zul memang aim women above his age..
matang gitu kekdahnya..
Quote ubat_batok 8-4-2015 11:34 AM
miasyifa replied at 8-4-2015 11:31 AM
Gayatri Su-Lin Pillai ni bangsa apa? bukan melayu kan?

chindian kot..supposedly lawa (mcm kwn2 sekolah dlu ramai chindian)
haha
maybe faktor usia kot. dah dia taste gitu..nak buat cemana kan
Quote Innrukia 8-4-2015 11:43 AM
Alaa puiii pusing la selagik boleh yer dak...
Quote ibu_haritz 8-4-2015 11:45 AM
ape ape jelah jullllll...
Quote smurfetz 8-4-2015 11:47 AM
gayathri ni masa muda lawa.. sekarang nampak sgt dah berusia
Quote hanna88 8-4-2015 12:09 PM
mcm marah je zul hihi..betoi la kot dia chenta mati dgn gayatri..doa yg baik2..
Quote fa_fah 8-4-2015 12:09 PM
apapapun jgn lukakan prasaan wanita udah yea,pandai2lah nak plih mana yg nak djadikan isteri,agaknya zul masi dlm proses memilih kot
Quote haiku 8-4-2015 12:09 PM
Try to deny selagi boleh

Aku pernah berborak dgn seorang dua forumer board TV & Drama pasal kisah dia dgn artist wanita tu
Quote menjad 8-4-2015 12:12 PM
Gaya ptut lepaskn zul dr mkn hati kn... Bio ler zul ngan org sesuai ngan kesadoan nyer
Quote tapibukanaku 8-4-2015 12:22 PM
haiku replied at 8-4-2015 12:09 PM
Try to deny selagi boleh

Aku pernah berborak dgn seorang dua forumer board TV & Drama pasal ...

tapi gosip pasal depa ni da lama kowt..kalau betul pun, ok je kot depa ni


Quote shalalat 8-4-2015 12:22 PM
Vanilla_lette replied at 8-4-2015 11:21 AM
gaya makcik2 je gayatri ni...mcm mna zul ripin ni blh terpikat......

mmg la makcik, umo dia da 41 gayat ni

Quote ragarotan 8-4-2015 12:23 PM
hensemnya.setia zul kat gefren dia
Quote adikfatin 8-4-2015 12:23 PM
Dah hang gatai sangat....mesra terlebih....cuba gayatri tu bukan sapa2 duit pon tak ada, mana nak dekat....dulu dgn abby...

Lihat semua komen(115)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:33 AM GMT+8 , Processed in 0.329118 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top