CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Jangan kutuk mak saya" - Ahmad Maslan

16-4-2015 10:17 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 18122| Komen: 127

Description: Beliau sedar pelbagai tohmahan dan gelaran tidak baik diberikan kepadanya serta tersebar melalui media sosial oleh pihak tertentu yang marah dengan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang ...


Bukit Mertajam: “Boleh kata apa sahaja kepada saya, malah dengan gelaran paling buruk juga tidak menjadi masalah, tetapi jangan sesekali mengutuk ibu saya,” kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan yang meluahkan rasa kesal dan sedih selepas pihak tidak bertanggungjawab menggelarkan ibunya dengan panggilan khinzir.

Beliau sedar pelbagai tohmahan dan gelaran tidak baik diberikan kepadanya serta tersebar melalui media sosial oleh pihak tertentu yang marah dengan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang didakwa membebankan.

Katanya, tidak kurang ada pihak memutar belit kenyataannya hingga isu berkenaan tersebar melalui media sosial menjadi bahan jenaka masyarakat di negara ini.

“Jangan kaitkan ibu saya dengan GST kerana beliau langsung tidak ada kena-mengena dengan perkara ini dan untuk pengetahuan, ibu saya penoreh getah yang buta huruf, namun tahu membaca al-Quran.

“Walaupun hanya menoreh getah, ibu dan arwah ayah saya menjalankan tugas mendidik saya dan adik-beradik lain dengan baik hingga kami semua berjaya seperti sekarang,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Taklimat GST dan Isu Semasa Bersama Guru dan Pegawai/ Kakitangan Sokongan di Sekolah Menengah Kebangsaan Pauh Jaya, di sini, semalam.

Ahmad berkata, beliau kesal apabila kenyataannya dalam ceramah mengenai GST di hadapan lebih 2,000 pelajar Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, baru-baru ini diputar belit.

Menjelaskan perkara itu, beliau berkata, apa diucapkannya memasak sendiri lebih jimat kerana barangan mentah dijual di pasaran tempatan tidak dikenakan cukai GST.

“Apa saya maksudkan memasak sendiri lebih jimat, namun kenyataan itu diputar belit hinggakan ada mengatakan saya mencadangkan pelajar memasak di asrama untuk berjimat.

“Sebagai individu pernah tinggal di asrama, saya tahu peraturan tidak dibenarkan memasak di asrama, namun bagi pelajar tinggal di luar kampus tidak menjadi masalah bagi mereka mengamalkan rutin itu,” katanya.

Beliau berharap selepas ini setiap laporan bakal diterbitkan disemak kesahihannya termasuk penyebaran gambar melalui laman sosial kononnya dia memakai jam berjenama Rolex.

“Sebenarnya itu jam jenama Swatch, saya tidak pernah ada jam Rolex seperti didakwa dan jam dipakai sekarang hasil pemberian ahli keluarga sempena sambutan ulang tahun kelahiran.

“Diharapkan selepas ini pelapor berkenaan bersikap lebih adil dan tidak mengulas sesuatu isu atau perkara yang saya ucapkan secara tidak tepat,” katanya.


12

Bagus
14

Marah
13

Terkejut
11

Sedih
5

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (68 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote finesse 16-4-2015 07:12 AM
Yang kau memaslankan orang tu boleh pula.. Kadberi punya maslan..
Quote bazinga 16-4-2015 07:15 AM
finesse replied at 16-4-2015 07:12 AM
Yang kau memaslankan orang tu boleh pula.. Kadberi punya maslan..

Heheheh, sopan ko carutkan maslan ni..
Quote FanTasyCreaTioN 16-4-2015 07:20 AM
betul la tu
nak kutuk maki .. kutuk maki dia jer la
cukup
Quote ice_sky92 16-4-2015 07:24 AM
Maslan tu ayah dia la TT oiii.

Kalau nak kutuk, kutuk la betul-betul.
Quote Simunggu 16-4-2015 07:25 AM
yg mengutuk nampak lebih bodoh...
Quote Innrukia 16-4-2015 07:28 AM
Keji sangat org yg mengutuk sampai pd mak dia.
Quote mirage_46 16-4-2015 07:31 AM
ice_sky92 replied at 16-4-2015 07:24 AM
Maslan tu ayah dia la TT oiii.

Kalau nak kutuk, kutuk la betul-betul.

dh tukar hehe
Quote miabebe 16-4-2015 07:35 AM
Xpasal mak pun tejebak sama
Quote rashiman 16-4-2015 07:36 AM
Sistem cukai GST yg mengantikan sistem cukai SST adalah lebih baik dan lebih telus.

Jadi, Ahmad Maslan kenalah banyak bersabar, memanglah kebanyakkan sesuatu yang baik yg nak dibuat memang banyak
dugaan, cabaran dan bagi peniaga2 yg tamak, yg mahu mengaut untung lebih, yg mahu mengelak cukai memang akan cuba mengagalkannya,
cuba memburuk2kan GST dgn menaikkan harga barang yg tidak sepatutnya naik bagi mengambarkan kpd rakyat, memperdaya rakyat
seolah-olah GST adalah suatu sistem cukai yg tidak baik.
Quote bluehedgehog 16-4-2015 07:36 AM
april = month of maslan the great
bila nk masuk majalah TIME?
Quote EJALTI 16-4-2015 07:36 AM
Bukan salah ibu mengandung....
Quote nebulagazer 16-4-2015 07:38 AM
Dia yg bengap bahalol
Tadek sape pn kutuk mak dia
Quote cemolot 16-4-2015 07:38 AM
tapi stress dengan pelaksanaan GST.. harga barang mencanak2.. ditambah dengan kenyataan2 bodoh..

ditambah lagi dengan penyokong2 aka macai2 umngok..
Quote Madel 16-4-2015 07:39 AM
Ada ke yg mengutuk mak si Ahmad ni..
Sana sini yg aku nampak Maslan Maslan Maslan..
Quote nikaido 16-4-2015 07:40 AM
sapa yg kutuk mak dia?
Quote puterikhaleeda 16-4-2015 07:42 AM
paranoid kot
Quote atira 16-4-2015 07:45 AM
tak yah la emosi ke mak si maslan ni..
Quote hzln 16-4-2015 07:50 AM
ntah sapa yg kutuk mak dia
ini hanya cobaan utk alihkan perhatian agar pengutuk2 dia yg nampak buruk sbb sampai babit2kan mak dia
Quote hyldia 16-4-2015 07:53 AM
ada org kutuk mak dia ke?yg byk aku baca,org mengutuk maslan neh,ckp tak serupa bikin dgn cdgn yg ntah hapa2

Lihat semua komen(127)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:18 PM GMT+8 , Processed in 0.295728 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top