CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Sukan Lihat artikel

Kudrat Chong Wei Ditagih

17-4-2015 11:35 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3210| Komen: 0

Description: Datuk Lee Chong Wei diharap dapat memantapkan skuad badminton negara dalam acara berpasukan pada temasya Sukan SEA di Singapura, Jun ini. Harapan berkenaan disuarakan oleh jurulatih perseorangan lela ...




Datuk Lee Chong Wei diharap dapat memantapkan skuad badminton negara dalam acara berpasukan pada temasya Sukan SEA di Singapura, Jun ini.
Harapan berkenaan disuarakan oleh jurulatih perseorangan lelaki negara, Hendrawan, sekiranya keputusan kes doping jaguh negara itu berpihak kepada beliau.

"Kita sudah ada perancangan untuk Chong Wei beraksi dalam acara berpasukan. Tapi kita tidak boleh buat apa-apa perancangan selagi keputusan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) belum keluar," katanya di Stadium Juara, Bukit Kiara, di sini hari ini.

Menurut beliau, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) telah menyenaraikan 20 pemain termasuk pasangan beregu untuk penyertaan ke Sukan SEA.

Chong Wei, 33, pemenang pingat perak Sukan Olimpik 2008 di Beijing dan 2012 di London, digantung sementara oleh BWF selepas didapati menggunakan bahan terlarang jenis 'dexamethasone' pada Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark, Ogos tahun lepas.

Keputusan panel itu yang dijangka diumumkan dalam masa terdekat ini bakal menentukan masa depan bekas pemain nombor satu dunia berkenaan.

Sementara itu, jurulatih beregu lelaki negara, Jeremy Gan berkata  pihaknya kini sedang mempersiapkan pasangan beregu utama Goh V Shem dan Tan Wee Keong untuk Kejohanan Piala Sudirman dan juga Sukan SEA.

Katanya, persiapan 'dua dalam satu itu' turut mengenal pasti pasangan beregu kedua untuk penyertaan di Singapura dalam acara individu dan berpasukan.

"Kita tidak ada buat sesi pemilihan kerana kita sudah tahu siapa akan main untuk Piala Sudirman. Jadi, kita beri fokus utama kepada V Shem dan Wee Keong.

"Untuk Sukan SEA pula, semua kena bersedia kerana kita akan berdepan negara yang kuat seperti Thailand dan Indonesia," katanya.

Jeremy berkata skuad beregu lelaki menyasarkan pingat pada temasya dwitahunan itu namun tidak menetapkan warna pingat.

Piala Sudirman akan berlangsung di Dongguan, China, dari 10 hingga 17 Mei ini manakala Sukan SEA di Singapura dari 5 hingga 16 Jun ini.


sumber:www.stadiumastro.com


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:43 PM GMT+8 , Processed in 0.044810 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top