CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Saya Maafkan Najib Isu Jambatan Bengkok Tapi Bukan 1MDB - Dr M

19-4-2015 12:28 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 8426| Komen: 48

Description: KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad tidak menyalahkan Datuk Seri Najib Tun Razak atas kegagalan projek jambatan bengkok tetapi menegaskan perdana menteri itu perlu mengambil kira wang yang dihilangk ...


KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad tidak menyalahkan Datuk Seri Najib Tun Razak atas kegagalan projek jambatan bengkok tetapi menegaskan perdana menteri itu perlu mengambil kira wang yang dihilangkan oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Saya menulis tentang 1MDB tetapi orang ramai berkata 'Oh, beliau tidak berpuas hati dengan jambatan bengkok dan bukannya 1MDB. Saya tidak menyokong penyingkiran seorang perdana menteri tetapi beliau terlalu takut kepada Singapura untuk membina jambatan bengkok.

"Saya simpati terhadap beliau kerana beliau amat lemah dan tidak membina jambatan tersebut. Oleh itu, saya maafkan beliau - tetapi apabila anda kehilangan wang dan tidak dapat menjelaskan di mana ia berada, saya rasa anda tidak kompeten untuk menjadi perdana menteri," katanya selepas melancarkan 'Forum Antarabangsa: Menjenayahkan Perang, Menjana Keamanan' anjuran Yayasan Menjenayahkan Perang Kuala Lumpur (KLFCW) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini Sabtu.

Bekas perdana menteri itu turut menyatakan rasa bimbang terhadap Umno menjelang pilihan raya umum yang akan datang.

"Kita berdepan dengan pilihan ini: sama ada anda menyingkirkan seorang perdana menteri yang gagal dan akan menyebabkan Umno kalah pada pilihan raya akan datang atau anda ambil peluang sekiranya beliau undur diri, kita mungkin berpeluang menghidupkan semula Umno," katanya.

Dalam wawancara khas bersama TV3 minggu lalu, Najib berkata serangan Dr Mahathir terhadap beliau mungkin disebabkan perbezaan pendapat di antara mereka mengenai jambatan bengkok dan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

10

Bagus
9

Marah
14

Terkejut
10

Sedih
10

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (56 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mattzzx 18-4-2015 06:03 PM
SErang dan terus serang.....
Quote alinone78 18-4-2015 06:04 PM
Fuyoh
Serangan tak.berheti
Adakah najib mampu bertahan?
Quote Orix 18-4-2015 06:12 PM
yess yesss go Tun go !!! tekan lagi kasi tekannnn
Quote akusukaq 18-4-2015 06:15 PM
Jangan sampai marahkan nyamuk , kelambu di bakar.
Quote dess402 18-4-2015 06:17 PM



tapi apasal bengkok  ??

kalau lurus tak boleh  ??



-  penat nak pikir .
Quote agusta 18-4-2015 06:26 PM
Macai2 umno pun asyik2 dok ulang ckap kat tv pasal jambatan bengkok ni..
Aku rasa dorang ni dh tak isu lain nk serang balas Tun..tu pasal asyik2 jambatan bengkok.tu pon pasal najib yg ckp kat tv kalau tak mmg tak modal la depa nk serang Tun..
Terus kan Tun...
Kami sentiasa menyokong Tun..
Ceewaaahhhhh aku plak yg over
Quote NeoMatrix 18-4-2015 06:26 PM
Go Go Che Det. Hantam sama dia.
Quote dess402 18-4-2015 06:29 PM



tapi awatt bengkok  ??


-  lurus tak boleh kaa  ????





Quote sgbuloh 18-4-2015 06:58 PM
wow. very the direct hit.
Quote lavameriah 18-4-2015 07:01 PM
wa bukan apa

buat jambatan bengkok

cina yg seronok

najib lepas tu kena kutuk

wa gelak guling2 je la ngn macai2 mahathir yg akan marah2 nnti
Quote Bini_Maidoon 18-4-2015 07:05 PM


ahkak sokong Tun sebab ahkak suka bengkok




pprrfffggghhhhttttggghhhh!!!
Quote elle_april 18-4-2015 07:14 PM
tetap sokong che det. kalau umno kalah Tun M buat parti baru lah lawan bn barula ada choice nak undi
Quote rashiman 18-4-2015 07:19 PM
dess402 replied at 18-4-2015 06:17 PM
tapi apasal bengkok  ??

kalau lurus tak boleh  ??

Singapore nak kekalkan dibahagiannya tambak, sebab itu jadi bengkok.
Jika semua tambak dirobohkan, jambatan jadi lurus.

Elok juga syor tun m nie. Aliran air selat terbau tidak terhalang oleh tambak
Bila bina jambatan. Alam sekitar lebih baik, air selat lebih bersih ,  kapal2 kecil
Dpt lalu dari barat-timur-barat, merancakkan ekonomi,negeri johor jugak yg dapat maanfaatnya.

Quote MatDeghem 18-4-2015 07:26 PM
Najib berjaya divert issue pada jambatan bengkok. Madey pun kena kencing

Quote mbhcsf 18-4-2015 07:30 PM
i respect his views on this. Orang tua ni pandai ...dan dia sedih bila jambatan bengkok tu...tapi tu lah najib mewarisi pentadbiran yg agaka 'kacau' after YOU know WHO...tu yg hal ni berbangkit sikit.

Quote scorpionkiki 18-4-2015 07:34 PM
MatDeghem replied at 18-4-2015 07:26 PM
Najib berjaya divert issue pada jambatan bengkok. Madey pun kena kencing

Tak der nya orang nak lupa issue1mdb tu.... in his (Najib's) dreamlah
Quote cmf_premierleag 18-4-2015 08:17 PM
At least jambatan bengkok tu blom stat lagi dan tak pakai duit taxpayers
1MDB tu sah2 la perabih duit taxpayers. ..sbb tu org2 yg bayar cukai mengamuk...cukai patut digunakan utk hal2 yg sepatutnya.
Macai2 umno mat rempit gaji kecik mmg la x bayar cukai..mana depa paham sume tu
Quote maja07 18-4-2015 10:16 PM
cmf_premierleag replied at 18-4-2015 08:17 PM
At least jambatan bengkok tu blom stat lagi dan tak pakai duit taxpayers
1MDB tu sah2 la perabih d ...

Bukan kena bayar gantirugi dekat kontraktor puluh juta ke pasal jambatan tu? dah ingat2 lupa..
Quote freebird 18-4-2015 10:24 PM
cmf_premierleag replied at 18-4-2015 08:17 PM
At least jambatan bengkok tu blom stat lagi dan tak pakai duit taxpayers
1MDB tu sah2 la perabih d ...

jambatan bengkok dah guna duit rakyat lah...hari tu kena bayar pampasan kepada contractor dia....

Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:37 PM GMT+8 , Processed in 0.168267 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top