CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Ladylista Hiburan Lihat artikel

Adegan Bertumbuk, Amar Baharin Cedera

20-4-2015 10:58 AM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 3847| Komen: 3

Description: Doktor mengesahkan luka tersebut agak dalam dan ia perlu dijahit.
Asam garam dalam dunia lakonan, kadang-kadang lakonan ada yang tidak menjadi. Dan ini pula nasib yang diterima oleh Amar Baharin apabila cedera selepas babak pergaduhan yang sepatutnya hanya menajdi 'lakonan' namun tersasar dari yang sepatutnya.


Bercerita apa yang berlaku, Amar Baharin berkata kejadian berlaku ketika beliau bersama beberapa orang pelakon tambahan lain melakonkan adegan pergaduan sebelum terkena tumbukan oleh seorang pelakon baru, Redza Rosli.

“Sedang asyik bergelut, Redza yang sepatutnya menumbuk saya dengan kadar perlahan telah pun terlebih sasaran lalu menyebabkan kulit pada bahagian kelopak mata terkoyak,” ujarnya.

Mereka tetap meneruskan baki penggambaran yang tinggal sedikit sebelum Amar dihantar ke Hospital pakar KPJ Rawang untuk mendapatkan rawatan.

Doktor mengesahkan luka tersebut agak dalam dan ia perlu dijahit. Sementara itu, Amar berkata kemungkinan besar penggambaran sebuah drama selepas ini perlu ditangguhkan sementara lukanya sembuh. -LadyLista









Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote iznanaziz 23-4-2015 02:29 PM
nampak kesan tu...kuat le tu tumbukannya..nak2 tang kelopak mata tu...agak lembut.
kesian Abg Zain.
sonok le misi2 kat KPJ Rawang...jumpa Abg Zain....
Quote giyomi 20-4-2015 06:19 PM
Ada harapn lar dpt anugerah khennn...ntah2 pelakon lagi satu pon bengang dgn perangai poyo terlebih sudah dia ni.
Quote spenderterselit 20-4-2015 11:38 AM
Kuat la kot tumbuk sampai cengitu luka nya,.

Macam toreh ngan pisau pulak dalam nya

Lihat semua komen(3)

Sub-category


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:48 AM GMT+8 , Processed in 0.066176 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top