CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Ladylista Hiburan Lihat artikel

Dihalang Menyanyikan Lagu Lama, Aweera Hadiah 'Terhakis' Untuk Peminat

23-4-2015 12:36 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 3368| Komen: 0

Description: Terhakis adalah hadiah dan buah tangannya kepada peminat yang sentiasa menyokong kareernya.
Selepas tidak dibenarkan untuk menyanyikan lagu yang pernah menaikkan namanya dalam industri muzik, Aweera kini muncul dengan lagu yang ditulis dan digubahnya sendiri bertajuk Terhakis.


Dia yang akur dengan situasi yang menghalangnya menyanyikan lagu yang pernah menjadi popular sewaktu dia menyanyikan lagu tersebut menyatakan dia terima seadanya dan akan terus berusaha.

"Saya terima dengan seadanya dan saya ambil sebagai pengajaran dan cabaran untuk saya berdiri atas tapak kaki saya sendiri," kata Aweera.

Dalam temubual Galaksi, Aweera tidak merasakan rezekinya tersekat selepas keadaan yang menghalangnya ini dan percaya rezeki dari Allah. Dia juga menambah untuk undangan nyanyian yang dia terima, dia banyak menyanyikan lagu kumpulan rock terdahulu serta menyanyikan lagu baharunya, Terhakis.

Tambahnya lagi, Terhakis adalah hadiah dan buah tangannya kepada peminat yang sentiasa menyokong kareernya. -LadyLista - 




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Sub-category


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:25 AM GMT+8 , Processed in 0.035825 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top