CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Digital & IT Lihat artikel

LG Memperlihatkan Beberapa Ciri-Ciri Baru Pada Lg Ux 4.0 Di Lg G4

24-4-2015 05:13 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 2979| Komen: 0

Description: LG telah pun menjadualkan tarikh 28 April untuk memperkenalkan telefon pintar LG G4. Walaupun gambar peranti berkenaan telah tertiris sebelum ini, pihak LG dilihat masih mempunyai beberapa kejutan – ...


LG telah pun menjadualkan tarikh 28 April untuk memperkenalkan telefon pintar LG G4. Walaupun gambar peranti berkenaan telah tertiris sebelum ini, pihak LG dilihat masih mempunyai beberapa kejutan – sekurang-kurangnya dalam penawaran perisian khusus mereka, iaitu LG UX 4.0.


LG UX 4.0 merupakan antaramuka tambahan ke atas Android yang akan hadir pada LG G4 kelak. Sebelum ini mereka pernah memperlihatkan sebuah teaser ringkas, dan melalui video terbaru ini, beberapa fungsi baru lain turut dipertontonkan.


Seperti semua sedia maklum, kamera telah menjadi salah satu fokus utama ramai pengeluar. Untuk LG UX 4.0, pihak LG turut menekankan perkara sama, dimana pengguna boleh mengakses kamera dengan hanya dwi-tap pada butang belakang. Disamping itu, LG juga turut dilihat memfokuskan kepada sokongan selfie melalui peranti yang sama.



LG juga turut menekankan fungsi Ringtone ID yang membolehkan nada dering telefon dioptimasikan berbeza untuk setiap pemanggil berbeza, selain kebolehan untuk menyimpan data daripada pelayar web dengan pantas melalui fungsi dinamakan QuickMemo+.
LG turut menjanjikan bakal berkongsi lebih lanjut mengenai penawaran mereka pada 28 April kelak.



kredit:www.amanz.my


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:38 AM GMT+8 , Processed in 0.036602 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top