CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Sukan Lihat artikel

Fazly Mazlan Mahu Bantu JDT Ii Juarai Liga Perdana

24-4-2015 05:22 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5344| Komen: 0

Description: "Kami Tidak Pernah Sampai Ke Tahap Ini Dan Walaupun Kami Dah Berikan Yang Terbaik Dengan Bermain Bersungguh-Sungguh Ternyata Rezeki Tidak Menyebelahi Kami.

Fazly Mazlan Mahu Bantu JDT Ii Juarai Liga Perdana



Pertahanan Johor Darul Takzim II (JDTII) Fazly Mazlan menggangap beraksi di suku akhir Piala FA berdepan Lions XII malam tadi merupakan satu pengalaman yang cukup berharga.

Fazly baru saja diserap dalam senarai barisan JDT II musim ini dan ternyata masih banyak perkara yang perlu dipelajari tatkala nama Fazly masih baru dalam saingan bola sepak Malaysia.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang itu menyaksikan JDT II tewas dengan jaringan 2-0.

"Kami tidak pernah sampai ke tahap ini dan walaupun kami dah berikan yang terbaik dengan bermain bersungguh-sungguh ternyata rezeki tidak menyebelahi kami.

Lawan Lions XII sememangnya pengalaman yang berharga buat saya," ujar pemain berusia 21 tahun itu.

Walaupun terkandas di suku akhir, Fazly percaya mereka mampu bangkit dan perbaiki prestasi di Liga Perdana.

Dia turut menyuarakan keyakinan untuk bantu skuad Harimau Selatan itu untuk menjuarai Liga Perdana.

"Saya harap dalam saingan liga nanti kami akan mencatat kemenangan berterusan selepas tewas tiga perlawanan berturut," katanya.


sumber:www.stadiumastro.com


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 12:56 AM GMT+8 , Processed in 0.044497 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top