CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami Rogol Isteri Jawapan Dari Drmaza

28-4-2015 03:53 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 15791| Komen: 91

Description: Islam Mewajibkan Suami Menunaikan Kehendak Seks Isteri. Suami Yang Enggan Menggauli Ataupun Melakukan Hubungan Seks Dengan Isterinya Tanpa Sebab Yang Sah Telah Melakukan Dosa Kecuaian Tanggungjawab Se ...
Jawapan Drmaza Tentang Isu Keharusan Suami Rogol Isteri


Isu rogol suami isteri dibangkitkan oleh sesetengah pihak dan beberapa media. Di sini, saya ingin mengulas seperti berikut;

1. Islam mewajibkan suami menunaikan kehendak seks isteri. Suami yang enggan menggauli ataupun melakukan hubungan seks dengan isterinya tanpa sebab yang sah telah melakukan dosa kecuaian tanggungjawab sebagai suami.

2. Demikian juga isteri yang enggan melakukan hubungan seks dengan suaminya tanpa sebab yang boleh diterima maka ia merupakan satu dosa.

3. Pun begitu, hubungan seks suami dan isteri hendaklah berlaku dalam keadaan yang harmoni dan tidak menyakiti antara satu sama lain. Ini memenuhi perintah al-Quran: (maksudnya) "Kamu semua bergaullah dengan mereka (isteri-isteri) secara baik" (Surah al-Nisa: 19).

4. Maka, hubungan seks secara kasar dan menyakitkan antara satu sama lain adalah dilarang di dalam Islam. Untuk itu semua pasangan hendaklah mencari cara seks yang terbaik yang memenuhi naluri keinsanan kedua pihak.

5 Para sarjana ketika berbincang hukum 'azal (suami mencabut zakar dari faraj isteri sebelum keluar air mani untuk mengelakkan hamil) menyatakan bahawa walaupun perbuatan itu dibenarkan dalam hadis, namun hendak mendapatkan persepakatan dari isteri kerana bimbang isteri tidak sempat menikmati persetubuhan. Ini menunjukkan persetubuhan secara paksa dan kasar yang satu pihak tidak menikmati sudah tentu dilarang dalam hubungan rumahtangga.

5. Isteri berhak menghalang suami menyetubuhinya jika suami itu boleh memberikan mudarat kepadanya seperti suami yang pengidap aids dan penyakit -penyakit lain yang boleh membahayakan isteri. Ini jelas dalam pelbagai dalil syarak.

6. Isteri juga boleh menghalang suami menyetubuhinya jika suami gagal menunaikan tanggungjawab sebagai suami seperti tidak memberikan nafkah kepadanya.

7. Hubungan suami isteri dalam Islam dibina di atas mawaddah wa rahmah (cinta dan kasih) seperti yang disebut dalam Surah al-Ruum ayat 21. Maka semua hadis berkaitan suami dan isteri hendaklah ditafsirkan dalam konteks dan panorama cinta dan kasih. Mana-mana tafsiran yang tidak berlatarkan konsep ini maka akan membawa maksud yang salah faham terhadap maksud hadis-hadis Nabi s.a.w tentang hubungan rumahtangga.

https://www.facebook.com/DrMAZA/posts/10153327172292990

22

Bagus
12

Marah
16

Terkejut
10

Sedih
16

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (90 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote obelisk 28-4-2015 12:17 PM
English version, copy paste dari ruangan komen....

HUSBAND AND WIFE RAPE?

Conjugal rape issue raised by some parties and some media. Here, I would like to comment as follows;

1. Islam requires the husband to pay the wife's sexual demands. Mix or a husband who refuses to have sex with his wife without any valid reason to have committed the sin of negligence of duty as a husband.

2. Likewise, the wife who refuses to have sex with her husband without valid reason then it is a sin.

3. Nevertheless, the husband and wife sex should happen in a harmonized manner and not to hurt each other. This fulfills the command of the Quran: (translated) "You all live with them (wives) good" (Surah al-Nisa: 19).

4. Then, rough sex and painful one another is prohibited in Islam. For that all sex couples should be looking for ways that best meet the instinctive humanity of both parties.

5 when discussing legal scholars' azal (husband and wife retract the penis from the vagina before semen to avoid pregnancy) stated that although the act was justified in saying, but to get consensus from his wife for fear that she did not have time to enjoy sexual intercourse. It shows gross sexual intercourse by force and that the parties do not enjoy the course prohibited in relation households.

5. The wife has the right to prevent her husband had intercourse if her husband could give harm to it like living with a husband who aids and other diseases that could endanger -penyakit wife. This proposition is evident in various legislation.

6. Wife also can prevent the husband had intercourse if her husband failed to fulfill responsibilities as a husband like him do not provide a living.

7. The relationship of husband and wife in Islam is built on mawaddah wa Rahmah (love and compassion) as mentioned in Surah al-Rum verse 21. So all the traditions related to the husband and wife must be interpreted in context and panorama of love and affection. Any interpretation that is not against the backdrop of this concept, it would mean that a misunderstanding of the meaning of the hadith of the Prophet about the marriage relationship.
Quote Decaffeinated 28-4-2015 12:17 PM
thread dah ada http://mforum.cari.com.my/forum. ... &extra=page%3D1

@spiderman80 cepat tutup nanti orang bincang isu sama dalam dua thread.
Quote a_gen2 28-4-2015 12:19 PM
betul la tu..

ke ada macai ISIS PAS kata boleh rogol isteri???
Quote sukacactus 28-4-2015 12:19 PM
Well said Dr. MAZA
Quote obelisk 28-4-2015 12:22 PM
Decaffeinated replied at 28-4-2015 12:17 PM
thread dah ada http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=872432&extra=page%3D1

@spid ...

org lain relak je bukak thread sama tak pulak ko bising, bizi pulak jadi mod tak bertauliah...

Quote ~anya~ 28-4-2015 12:22 PM
#6...
Kalau tak beri nafkah, bini boleh rejek ngeseks... hmmm....
Quote dino 28-4-2015 12:24 PM
~anya~ replied at 28-4-2015 12:22 PM
#6...
Kalau tak beri nafkah, bini boleh rejek ngeseks... hmmm....

hak pompuan tu byk cuma tak tahu je
Quote Decaffeinated 28-4-2015 12:25 PM
obelisk replied at 28-4-2015 12:22 PM
org lain relak je bukak thread sama tak pulak ko bising, bizi pulak jadi mod tak bertauliah...

...

siapa kata aku tak bising.... kalau sempat aku bisinglah... ko jer tak perasan

isu sama bincang dalam dua tiga benang susah nak follow...


Quote nour2001 28-4-2015 12:27 PM
~anya~ replied at 28-4-2015 12:22 PM
#6...
Kalau tak beri nafkah, bini boleh rejek ngeseks... hmmm....

no 6 ni yg my friend did..hasilnya kena cerai..tang lelaki kata bini tak mau bersama, bini dah tak suka lah,semua salah bini ..tang tanggungjawab bagi nafkah bini dia tak mau penuhkan..ci8ai...
Quote ~anya~ 28-4-2015 12:28 PM
dino posted on 28-4-2015 12:24 PM
hak pompuan tu byk cuma tak tahu je

Itulah Dino....
Anya rasa ini yang cuba ditidakkan... come to think of it... hukum harus rogol isteri ini jika digunapakai akan memansuhkan hukum sedia ada seperti #6 nih....
Quote ~anya~ 28-4-2015 12:30 PM
nour2001 posted on 28-4-2015 12:27 PM
no 6 ni yg my friend did..hasilnya kena cerai..tang lelaki kata bini tak mau bersama, bini dah tak ...

Hmmm... anya nampak...
Your friend was only fighting for her right.... betul juga... tanggungjawab suami untuk menanggung keluarga... if you fail to do that... teda hak untuk minta isteri melayan ngeseks...
Quote dino 28-4-2015 12:30 PM
~anya~ replied at 28-4-2015 12:28 PM
Itulah Dino....
Anya rasa ini yang cuba ditidakkan... come to think of it... hukum harus rogol is ...

lelaki yg baik takde la nak rogol bini sndiri anya....
yg aku paham statement dr maza die takde sebut harus..... wpun tanggungjwb bini ke apa.... tanggnjwb laki lg besar...

Quote eyansss 28-4-2015 12:34 PM
ni baru betul...  disentuh hak kedua2nya...  selama ni orang asek sentuh hak lelaki pastu siap suruh isteri menghambakan diri pada suami...  asek sentuh apa yang suami wajib dapat...  tang isteri wajib dapat tanak lak disentuh...

good job dr maza
Quote primemova 28-4-2015 12:42 PM
Mcm mcm hal.... Pagi2 kat radio sinar dh la soalan utk ustaz iman muda asyraff tah hape hape... Serba serbi nak kena tanya ustaz... Agaknya nak berak nak mencangkung atau duduk bersimpuh pun nak kena tanya ustaz apa hukum berak duduk bersimpuh
Quote obelisk 28-4-2015 12:43 PM
Walaupun isunya sama tp thread yg satu tu lebih bersifat fitnah dan tohmahan terhadap Islam, dan thread ni dibuka utk memberikan gmbrn sebenar ttg isu suami rogol isteri dan juga mnjwb fitnah thdp Islam. Mohon mod @spiderman80 ambik perhatian. Satu lg contoh, thread psl maslan ada berpuluh dan isunya sama gst tp boleh pulak dibuka... sama jugak la konsepnya mcm thread ni..
Quote GhostWalking 28-4-2015 12:45 PM
Senang dan simple MAZA explain
Quote lavafuse 28-4-2015 12:46 PM
Decaffeinated replied at 28-4-2015 12:25 PM
siapa kata aku tak bising.... kalau sempat aku bisinglah...  ko jer tak perasan

isu sama binc ...

kecoh la lu...pasal thread pun nak bising..

sebijik bahlol tarak life je...






Quote ~anya~ 28-4-2015 12:48 PM
dino posted on 28-4-2015 12:30 PM
lelaki yg baik takde la nak rogol bini sndiri anya....
yg aku paham statement dr maza die takd ...

True....
Ayat jelah elok2 bak semasa bercouple2 dulu... tapi pon kalau hati dah terluka... susah nak ada mood ngeseks itu... niway explanation dr. Maza nih boleh hadam lah...
Quote lavafuse 28-4-2015 12:49 PM
Decaffeinated replied at 28-4-2015 12:17 PM
thread dah ada http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=872432&extra=page%3D1

@spid ...

fulamak...siap tag mod...

takut amat lu sama kebenaran islam.




Lihat semua komen(91)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:13 AM GMT+8 , Processed in 0.047193 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top