CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nasi berlauk cuma RM2 - Klate - Hok aloh.

5-5-2015 10:52 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 12771| Komen: 89

Description: KETIKA kebanyakan harga barangan meningkat, masih ada peniaga yang bermurah hati menjual makanan dengan harga murah. Di Kota Bharu, Kelantan, terdapat beberapa lokasi yang


  • Salah seorang pekerja kedai ini menunjukkan antara hidangan popular yang menjadi kegemaran orang ramai.

KETIKA kebanyakan harga barangan meningkat, masih ada peniaga yang bermurah hati menjual makanan dengan harga murah. Di Kota Bharu, Kelantan, terdapat beberapa lokasi yang menawarkan hidangan yang sama seperti di tempat lain, tetapi pada harga lebih rendah daripada biasa. Salah satu daripadanya, gerai nasi berlauk RM2 yang terletak di cabang tiga Panji ke Padang Tembak, di Kampung Beris Lanjut, Panji.

Pemiliknya, Esah Awang, 50, berkata, tidak tergamak untuknya untuknya menaikkan harga kerana pelanggan yang datang ke kedainya kebanyakan adalah pelanggan tetap yang sudah mesra dan biasa dengan masakan di kedai itu.

“Saya mula berniaga di sini lima tahun lalu dan harga makanan yang dijual masih sama sehingga hari ini. Saya tidak menaikkan harga kerana kasihan dengan mereka yang datang makan di sini.

“Setiap sepinggan atau sebungkus nasi akan diletakkan dua senduk nasi dan lauk pula disediakan dalam saiz biasa seperti dijual seperti di gerai lain,” katanya.

Menurut Esah, setiap hidangan nasi termasuk ayam masak merah, ayam goreng, puyuh goreng, daging goreng, gulai ikan masin dan gulai ayam masing-masing dijual dengan harga RM2, manakala nasi lemak pula hanya RM1.50 berserta sambal ikan bilis dan telur rebus.

“Saya jual murah supaya pelanggan seronok apabila mereka makan dan saya pun gembira. Kalau hendak dikira untung tu adalah sikit-sikit, bohonglah kalau tiada untung langsung. Walaupun tidak mewah, tetapi masih mampu membayar gaji empat pekerja,” katanya yang mengambil anak-anaknya sebagai pekerja sendiri.

Selain nasi berlauk, Esah juga menyediakan sup tulang dengan harga RM5 semangkuk. Ada juga gulai itik serati yang dihidangkan bersama sepinggan nasi dengan harga RM3, ia sekali ganda lebih rendah daripada harga semasa RM6 di tempat lain.

Seorang pelanggan tetapnya, Mustapha Ab Rahman, 43, berkata, dia sanggup datang dari tempat tinggalnya di Kemumin, Pengkalan Chepa ke kedai itu untuk menikmati gulai itik serati yang disediakan Esah.

“Saya bekerja syif, jadi saya dapat datang pada hari Selasa sahaja. Pada hujung minggu saya akan datang bersama keluarga,” katanya.

Yulandi Ayub, 36,  yang bekerja sebagai pemandu lori berkata jarang dia menemui kedai makanan sedap dan murah.

“Zaman sekarang, jarang ada kedai makan yang murah, tetapi di sini, saya boleh bersarapan dengan nasi lemak yang hanya berharga RM1.50 bersama teh O 50 sen,” katanya.

Esah juga menjual pelbagai jenis kuih-muih dengan harga empat biji RM1 dan air minuman serendah 50 sen bagi Teh O panas, Teh O Ais pula RM1, Teh Ais RM1.20 dan air kelapa berharga RM1.

Esah berharap, perniagaan ini akan terus berkembang walaupun menjual dengan harga murah.

"Saya mahu orang balik dengan perut kenyang," katanya.


4

Bagus
4

Marah
3

Terkejut
2

Sedih
4

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (20 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote alinone78 4-5-2015 04:40 PM
Mugo makin murah rezeki tokey2 nasi berlauk ni
Quote Kittie 4-5-2015 04:46 PM
Jauh sgt, pegi Kelantan dah RM27 tiket AA.
Quote bellaa 4-5-2015 04:50 PM
burppp.. kenyang.
Quote Anak_Nogori 4-5-2015 04:55 PM
Awat makcik esah tak charge gst?..
Quote chit_ana 4-5-2015 04:56 PM
nasi bajet rm2

boleh la make utk pgi
Quote zamzam 4-5-2015 04:57 PM
Anak_Nogori replied at 4-5-2015 04:55 PM
Awat makcik esah tak charge gst?..

bodohnya pakcik ni..........makcik esah wajib daftar gst ker??
Quote mattzzx 4-5-2015 04:58 PM
di kelantan makanannya memang murah.........
Quote Suchi 4-5-2015 05:02 PM
mattzzx replied at 4-5-2015 04:58 PM
di kelantan makanannya memang murah.........

knp murah ye?
dr dulu org selalu ckp gitu kalo tang mknn jimat sbb murah je, kalo nasi berlauk tu mmg murah je pdhal nasi byk buh dlm tu.
ayam kt sana mmg lebih murah dr harga kt kl ke ye?
iols penah g sekali je kelantan tu pun x sempst nk beli mknn yg pemes kt sana mcm nasi kerabu, nasi ulam, nasi air dingin n bla2.
Quote axl_bach 4-5-2015 05:05 PM
Suchi replied at 4-5-2015 05:02 PM
knp murah ye?
dr dulu org selalu ckp gitu kalo tang mknn jimat sbb murah je, kalo nasi berlauk tu ...

ko kena pandai cari dan kena pandai kecek BUDDU.....kalo ko kecek luar mmg kena kapak harga mahal laaa.......

Quote HOHA 4-5-2015 05:06 PM
memang la murah.. sesuai la tempat kat ceruk. kalu jual mahal sapa mampu nak beli..
Quote mattzzx 4-5-2015 05:06 PM
Suchi replied at 4-5-2015 05:02 PM
knp murah ye?
dr dulu org selalu ckp gitu kalo tang mknn jimat sbb murah je, kalo nasi berlauk tu ...

mungkin kos bahan mentah dia murah dan peniaga tak ambik untung yg banyak kot.........

Quote stania83 4-5-2015 05:08 PM
Rosakkan market je jua murah murah. Tamak. Dia nak monopoly sorang lah tu
Quote dubuk 4-5-2015 05:12 PM
nampak sedap
Quote Suchi 4-5-2015 05:12 PM
axl_bach replied at 4-5-2015 05:05 PM
ko kena pandai cari dan kena pandai kecek BUDDU.....kalo ko kecek luar mmg kena kapak harga mahal  ...

adeh mmg ni masalah huhu
walopun half kelantanese tp mmg tak pndai sgt pun kecek kelate
reti ckp pun sbb kawan2 kije dulu byk org kelate jd terikut ngn dorg tp kalo org kelate dgr iols ckp kelate pun mmg awal2 dh tau mmg bkn org kelate hahaha
kiteorg ni walo belah abah org kelantan tp sbb abah iols  pun membesar n menetap di pahang jd hnya dia je yg reti kecek kelate tu pun tak bunyi mcm kelate sgt sbb bercampur aduk ngn loghat pahang.
Quote famri7 4-5-2015 05:13 PM
Rm2 standard jah kalo nasi pagi...dkt kuala krai machang kalo satu lauk emangnya 2 riyal.

Ada satu kedai nasi kerabu daging bakar depan masjid kg gemang jeli sedap gila rm2.5 jah...tambah ikan salut tepung jadi rm3....tiap2 kali balik serambi mekoh saya bungkus bnyk2 sis.
Quote axl_bach 4-5-2015 05:17 PM
Suchi replied at 4-5-2015 05:12 PM
adeh mmg ni masalah huhu
walopun half kelantanese tp mmg tak pndai sgt pun kecek kelate
reti ckp ...

hahahaha, ko percaya ker tips aku tu....aku main hentam jer sbb selalu kalo ko pegi tempat org mmg kena kapak laa harga nak2 tempat perlancongan.......aku pernah kena kapak harga masa makan kat restoran masakan Thai dekat Jeli kot......bapak mahal nak mampus haram x sedap....

Quote exclusive_vvip 4-5-2015 05:46 PM
tgk tempat sama lah kot...nun kat kelantan..nasi berlauk je kot..bak kata my colleague, nasi berlauk ni masakan orang malas..hihi...tapi i penah beli gak yg jual kat kawasan umah i ni...atas 4 ringgit la..
Quote lazim 4-5-2015 06:07 PM
aku pnh mkn set tom yam rm2.. rasa mcm air longkang je. tp yg pelik member2 aku org klntn serbu kedai tu.  bila klr je mesti nak makan kt kedai tu xmo kedai lain ..janji murah je kot ..tekak lori sampah.. menyampah aku
Quote Anak_Nogori 4-5-2015 07:12 PM
Edited by Anak_Nogori at 4-5-2015 07:13 PM
zamzam replied at 4-5-2015 04:57 PM
bodohnya pakcik ni..........makcik esah wajib daftar gst ker??


Oooh makcik esah tak daftar gst tak charge gst lah..saya mati2 ingat semua jualan kena gst..rupanya org tu bodoh keturunan rupanya.

Lihat semua komen(89)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 05:20 PM GMT+8 , Processed in 0.062155 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top