CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Ladylista Hiburan Lihat artikel

Kisah mengagumkan tuan rumah yang enggan menjual rumah mereka

14-5-2015 03:30 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 4335| Komen: 0

Description: Kini, ia menjadi satu-satunya bangunan lima tingkat yang berdiri ditengah-tengah keadaan lalu lintas kenderaan...
1. Pemilik townhouse yang menolak tawaran $2 juta tapi menjualnya dengan $750,000


Bagaikan menang tiket loteri, Austin Spriggs diberi tawaran bernilai 2 juta untuk membeli tanah dan rumah townhousenya ini. Namun Springgs tamak dan meminta lebih daripada apa yang ditawarkan. Sehingga semua pemaju bosan, Austin berjanji untuk membuka sebuah kedai pizza di atas tapak rumah lamanya itu. Kedai tersebut tidak pernah dibuka. Setelah beberapa lama, dia yang mempunyai masalah untuk membayar hutang menyebabkan pihak bank merampas harta termasuk rumahnya ini. Austin menjualnya dengan harga $1.5 juta namun hanya berjaya menjualnya dengan harga 750,000.

2. Lelaki ini yang berakhir dengan lembah disekeliling rumahnya


Cuba tengok rumahnya sekali imbas, macam baru kena letupan bom, tapi walaubagaimana pun ia masih berdiri teguh. Rumah tiga tingkat ini dibina di Yichang, Hubei China yang mana dikelilingi oleh kawasan industri berteknologi tinggi hanya kerana pembangunan pesat di China.

Sekeliling kawasan tersebut ditinggalkan lambakan bahan pembinaan. Rumah ini adalah milik Yang yang enggan keluar dari rumah yang berlangsung dua tahun naik turun mahkamah berlawan dengan pihak dengan kerajaan.

Pada tahun 2012, Yang tidak bersetuju dengan tawaran pemindahan dengan pampasan yang mengakibatkan pemaju memotong kemudahan air dan elektrik. Yang sekeluarga sempat menyewa sebuah kondominium sewaktu menantunya melahirkan anak, namun akibat masalah ekonomi dia sekeluarga kembali ke rumah tersebut. Dia terpaksa berjalan lebih 1 kilometer untuk mendapatkan air disungai selain menggunakan lilin sebagai lampu.

3.Lebuhraya dibina bersebelah 2 apartment

Pada 2015, pekerja binaan dipaksa untuk membina jalan bernilai 15 juta disebelah 2 apartment selepas beberapa keluarga enggan berpindah.Situasi yang memalukan itu memaksa pemaju membelok jalanraya terbabit kerana kedua-dua apartment tersebut terletak ditengah-tengah pelan projek jalan tersebut. Bagi pemilik mereka sebenarnya bukan tidak mahu berpindah namun harga pembelian yang ditawarkan tidak berbaloi dan mereka tidak mampu membeli rumah lain dengan nilai pampasan yang diberikan kerajaan.

4. Rumah diapit oleh pusat beli belah

Edith Macefield, 84, ditawarkan berjuta dollar untuk melupuskan rumahnya kerana mahu dibangunkan pusat beli belah yang besar, namun dia memilih untuk tidak menjualnya. Ini kerana dia memilih kenangan yang ada bersama rumah tersebut. Di rumah itulah, ibunya menghembuskan nafas terakhir dan begitu kenangan riangnya bermula di rumah ini. Tiga tahun selepas itu, dia pun mati. Padanya tiada wang ringgit dapat mengembalikan memorinya. Yang menariknya, Edith sempat rapat dengan ketua agen hartanah yang ingin membeli tapak rumah Edith bernama Berry. Berry sentiasa dilihat membawa Edith ke hospital dan juga sempat menjaga Edith sehinggakan Edith mewasiatkan tapak itu ke atas Barry.Kini rumah tersebut menjadi simbol keazaman dan keberanian.

5. Rumah di tengah-tengah jalan

Lagi cerita di China, sebuah rumah berdiri ditengah-tengah jalan raya yang baru dibina selepas pemiliknya enggan berganjak dari tanah tersebut. Sama juga alasan yang digunakan oleh pasangan ini, mereka merasakan pampasan dari Kerajaan China adalah tidak masuk akal. Kini, ia menjadi satu-satunya bangunan lima tingkat yang berdiri ditengah-tengah keadaan lalu lintas kenderaan. mengikut undang-undang sewaktu China sebuah negara komunis,hak perseorangan untuk memiliki hartanah dihapuskan namun undang-undang kini ditukar dimana Kerajaan tidak boleh memusnahkan hartanah tanpa persetujuan bersama.

 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Sub-category


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:24 AM GMT+8 , Processed in 0.050164 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top