CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dr M isytihar tidak sokong Najib lagi

16-5-2015 10:08 PM| Diterbitkan: CMFreporter5| Dilihat: 7298| Komen: 37

Description: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengisytiharkan tidak lagi menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana didakwa lemah dalam mentadbir negara.
Dr M isytihar tidak sokong Najib lagi
SHAHRIZAL AHMAD ZAINI & MUHAMAD ADZHAR TAJUDDIN
16 Mei 2015



IPOH - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengisytiharkan tidak lagi menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana didakwa lemah dalam mentadbir negara.

Beliau berkata, pelbagai langkah telah diambil bagi menasihati Najib namun perkara itu dilihat tidak memberi kesan yang positif terutama membabitkan soal kepimpinan dan pentadbirannya.

“Saya sudah berunding, nasihat dan beri pandangan kepada beliau namun ia semacam tak memberi kesan.

“Oleh itu, saya telah tulis surat mengatakan saya tidak boleh lagi sokong beliau dan buat pengetahuan semua (hadirin) Najib tidak (pernah) maklumkannya (mengenai surat) kepada sesiapa,” katanya pada program Bicara Negara Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad di sebuah hotel di sini, hari ini.

Mahathir berkata, tindakannya menolak kepimpinan Najib itu juga berpunca daripada kegagalan perdana menteri itu mendengar keluhan akar umbi dan rakyat jelata.

“Saya tahu ada pihak akan marah bila saya katakan perkara ini namun ingin saya tegaskan kepimpinan Najib tidak sama sepertimana arwah bapanya, Tun (Abdul) Razak yang sanggup menyelusurkan segenap kampung bertanyakan hal rakyat,” katanya.

Beliau berkata, ahli Umno terutamanya pimpinan tertinggi perlu berani menegakkan kebenaran sekali gus menggugurkan Najib daripada mengetuai Kabinet dan parti.

“Umno perlu gugurkan Najib demi tanggungjawab bangsa, agama dan negara selain tidak sesekali boleh membiarkan sokongan kepada seseorang individu menidakkan sokongan kepada agama, bangsa dan negara.

Selain itu, katanya, beliau tidak menolak Umno dan BN akan tumpas dalam PRU14 sekiranya pakatan itu mengekalkan Najib selaku Perdana Menteri.

“Mungkin, dan saya fikir Umno itu akan lenyap terus ditelan zaman,” katanya.


Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tiang@pi 17-5-2015 12:43 AM
Mueheheehehe
Quote MissNigga 17-5-2015 12:44 AM
che det ... mohon che det slow talk ngan akak rossy ....
Quote apam 17-5-2015 12:45 AM
Tun tak bawak kurma dgn ayaq zamzam ka?
Quote tagas 17-5-2015 11:36 AM
Bila la nak abis drama depa 2 ekor ni
Quote mattzzx 17-5-2015 12:03 PM
makin menarik episod ni.........
Quote Anak_Nogori 17-5-2015 12:17 PM
Heran ke?..

Kalau saya tak sokong presiden lagi..saya dah htr surat berhenti jd ahli dah..malu saya dgn ahli2 umno..tapi..ialah..tun mana tahu malu.
Quote budaktua 17-5-2015 12:40 PM
wayang ni dah tgk ka..? cerita tamil subtitle melayu..


[url=]https://www.youtube.com/watch?v=2RR3Q9AacIk[/url]
Quote budaktua 17-5-2015 12:41 PM
[youtube]https://www.youtube.com/watch?v=2RR3Q9AacIk[/youtube]
Quote otai_g 17-5-2015 12:45 PM
tagas replied at 17-5-2015 11:36 AM
Bila la nak abis drama depa 2 ekor ni

bodoh ni bukan drama antara 2 ekor.

ni isu negara. soalnya najib da bnyk buat decision yg salah dan kesannya ialah pd semua rakyat malaysia.

x kira la ko pr ke bn ke, syiah ke. asal rakyat msia semua kena.


Quote apam 17-5-2015 12:47 PM
Memang selayaknyalah madey tak sokong najib. Najib dahulukan rakyat, madey dahulukan tokey.
Quote sayawifenikmie 17-5-2015 01:05 PM
sah tak bijak ...

tak sokong kalu .. lu belah .... apa daaaa ...
Quote bambimo 17-5-2015 01:22 PM
Tun xsokong..40,000 sokong..
Apa de hal
Quote bioessence 17-5-2015 01:42 PM
apam posted on 17-5-2015 12:47 PM
Memang selayaknyalah madey tak sokong najib. Najib dahulukan rakyat, madey dahulukan tokey.

Sekali najib percepatkan bina rumah prima utk rakyat, geng2 cina pukistan syed mokhtar tak dapat ler jual mahal2, bila si tamak rasa tarak untong makin la madey meroyan....tunggu je madey but roadshow dgn pembangkang
Quote famri7 17-5-2015 01:44 PM
#teammamakkutty
Quote tanggo 17-5-2015 01:54 PM
Kalau dulu Pak Lah dgn KJ. La ni N dgn sapa lak
Quote kodokke 17-5-2015 01:54 PM
itula dulu suruh Paklah turun sokong Najib
Quote NeoMatrix 17-5-2015 02:04 PM
Saya harap lepaih najib jatuh tergolek dog, Che Det hukum semua penjilat2 najib....bior dorang tau langit tinggi rendah.
Quote MelahJanda 17-5-2015 02:06 PM
Mahathir hendak dilihat hero
Nanti bila pm skrg turun
Mahathir tidal akan dihukum
Sbb keheroannya

Strategi hoi
Quote dopey 17-5-2015 02:17 PM
Cunning nyer mamak kutey ni...hihihi

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:10 AM GMT+8 , Processed in 0.083133 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top