CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Ladylista Hiburan Lihat artikel

Mereka Yang Sama Nama Dengan Selebriti Antarabangsa

20-5-2015 12:51 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 2652| Komen: 3

Description: setelah penyambut tetamu mendapati namanya Brad Pitt, pihak hotel telah menaik taraf ...

1. Satu lagi Justin Bieber dari Jacsonville
Dia juga dibanned dari Facebook setelah menggunakan namanya sendiri 'Justin Bieber' kerana dilaporkan 'fake' oleh Facebook. Justin Bieber, berusia 35 tahun berasal daripada Florida tidak senang duduk selepas kerap menerima panggilan serta mesej cemuhan seperti "Hai Justin Bieber, Kamu penyanyi yang paling teruk". Panggilan tidak pernah berhenti sehingga dia terpaksa mendaftar telefon lain menggunakan nama isterinya.

2. Beyonce dari New York
"Saya sentiasa cemas apabila cikgu memanggil nama untuk kedatangan, sebab setiap kali nama saya, Beyonce disebut, ada dikalangan kawan-kawan akan mula menyanyi "Single Ladies'.

3. Matt LeBlanc dari Canada
Setelah mengetahui namanya Matt LeBlanc, pelanggannya secara automatik akan berkata "How are you doing?" dan apabila saya respon dengan nada berbeza, mereka seolah-olah kecewa dan berkata "Ini bukan bagaimana Joey sebutkannya". Matt LeBlanc dari Canada ini merupakan seorang pelukis yang telah menjual lebih 3000 lukisan.

4. Satu lagi Brad Pitt dari Baltimore
Semasa mendaftar masuk sebuah hotel di Las Vegas, saya ditemani oleh CEO di kaunter pendaftaran, dan setelah penyambut tetamu mendapati namanya Brad Pitt, pihak hotel telah menaik taraf bilikknya di satu sudut dengan permandangan yang cantik berserta dengan buah strawberry dan minuman. Layanan yang diberikan juga sangat eksklusif. Namun CEO mula mempersoal mengapa dia tidak mendapat layanan yang sama. Brad Pitt (kanan) bekerja di Barracuda Networks sebuah syarikat komunikasi di Maryland.

5. Versi Kate Middleton bukan puteri
Kate Middleton dari Brisbane, Australia, merupakan seorang ahli perniagaan yang sering digelar puteri ketika menjalankan perniagaannya. Bukan dia sahaja yang terpalit kisah kerabat diraja itu, Suaminya seorang jurutera juga digelar putera.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote seri_mawr 26-5-2015 05:02 PM
one of my friend masa uni nama nurharliza...kitaorg panggil dia siti nurhaliza...hihihih
Quote jefri90 23-5-2015 08:11 PM
nama siti nurhaliza juga yg rare padahal simple je HALIZA
Quote binisupir 21-5-2015 08:05 AM
biasalah ni.. orang mesia pun ada sama nama dengan retis

Lihat semua komen(3)

Sub-category


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:03 AM GMT+8 , Processed in 0.037810 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top