CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Sukan Lihat artikel

Jangan beli tiket final dengan 'ulat tiket'

20-5-2015 02:34 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 1432| Komen: 0

Description: Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menasihatkan penyokong agar membeli tiket perlawanan akhir Piala FA antara Kelantan dan Lions XII pada Sabtu ini di kaunter yang sah sahaja.Setiausaha Agung KAFA D ...


Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menasihatkan penyokong agar membeli tiket perlawanan akhir Piala FA antara Kelantan dan Lions XII pada Sabtu ini di kaunter yang sah sahaja.

Setiausaha Agung KAFA Datuk Ismail Md Noor berkata mereka dinasihatkan tidak membeli tiket dengan ulat-ulat tiket kerana ia dijual dengan harga yang mahal.
   
"Jadi penyokong perlu memberi kerjasama dan tidak berurusan dengan ulat-ulat tiket ini, penyokong juga diminta untuk tidak panik, kita sedang berusaha mendapatkan tiket tambahan daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sekiranya tiket yang diperuntukkan kepada Lions XII tidak habis dijual," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata tiket perlawanan akhir itu akan dijual bermula 9 pagi esok (Rabu), dan penyokong The Red Warriors (TRW) boleh mendapatkan tiket berkenaan di perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di sini.

"Sebanyak lapan kaunter dibuka...seorang penyokong hanya boleh beli lima keping tiket," katanya.

Ismail berkata pihaknya juga akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memastikan proses penjualan tiket berjalan lancar.
   
Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Perlawanan Akhir Piala FA, Datuk Seri Afandi Hamzah dilaporkan berkata FAM telah memperuntukkan 30,000 tiket masing-masing kepada Kelantan dan wakil Singapura, Lions XII bagi perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.  
   
Kelantan, yang muncul juara pada 2012 dan 2013, mara ke final menerusi kemenangan agregat 3-2 ke atas juara bertahan Pahang pada separuh akhir.
   
Lions XII pula melangkah ke final menerusi peraturan gol tempat lawan walaupun terikat 4-4 secara agregat dalam satu lagi aksi separuh akhir dengan Terengganu, Sabtu lepas.




sumber:www.stadiumastro.com


Bagus
1

Marah

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

21-4-2024 12:37 AM GMT+8 , Processed in 0.036302 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top