CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

SERAM : Misteri Wanita, Bayi dan Duit RM1000 Di R&R Temerloh.

20-5-2015 04:56 PM| Diterbitkan: CMFreporter5| Dilihat: 8086| Komen: 10

Description: Satu kisah yang sangat misteri menjadi viral dilaman sosial semalam. Seorang pelajar IPTA dikenali sebagai Rashidah berkongsi pengalaman pelik dan seram ketika berhenti rehat di...

Oleh : Dean BZ


Satu kisah yang sangat misteri menjadi viral dilaman sosial semalam. Seorang pelajar IPTA dikenali sebagai Rashidah berkongsi pengalaman pelik dan seram ketika berhenti rehat di kawasan Rehat dan Rawat (RNR) Temerloh, Lebuhraya Pantai Timur (LPT).

Beliau yang dalam perjalanan pulang ke pusat pengajiannya di Bangi berhenti rehat kerana mengalami masalah pening kepala dan lapar. Ketika sedang berehat, beliau didatangi seorang wanita yang sedang  mendukung seorang bayi comel. Dengan mata yang bengkak mungkin akibat menangis, wanita itu menyapa beliau dan meminta sedikit duit untuk mengisi minyak kerana kata wanita misteri itu dompetnya telah hilang.


Pada mulanya beliau terus menyatakan "tiada duit" kerana terfikir banyak kes penipuan di zaman sekarang. Wanita misteri itu masih merayu-rayu hingga akhirnya mengalah dan mula beredar. Ketika wanita itu sedang melangkah meninggalkan beliau, bayi tersebut memandangnya dengan muka yang penuh kesian.

Rashidah yang tiba-tiba merasa tidak sampai hati  terus mengejar wanita misteri itu dan menyerahkan semua wangnya kepada wanita itu. Sempat juga beliau menangkap gambar wanita itu bagaimana pun gambar yang diperolehi agak kabur.

Yang anehnya, selepas wanita dan bayi itu berlalu pergi, sakit kepala dan lapar yang beliau alami sebelum ini terus hilang.

Beliau meneruskan perjalanan memandangkan hari semakin lewat malam. Ketika sampai di Tol Bentong, seorang penjaga tol menyapa beliau sambil berkata "kenapa letak duit dekat wiper dik?". Rashidah kebingunan dan terus memandang wipernya. Selepas selesai membayar tol, beliau terus berhenti ditepi lebuhraya untuk melihat duit yang diberitahu oleh penjaga tol tadi.


Beliau terkejut dan kebingunan apabila mendapati duit berjumlah RM1000 terselit diwiper keretanya. Rata-rata kenalan facebook beliau juga memberi komen terkejut dan tidak kurang juga menyatakan kemungkinan wanita dan bayi misteri itu adalah bunian.

Rashidah juga sempat menceritakan perkara yang sama pernah terjadi ketika beliau berumur 15 tahun. Ia mungkin seakan-akan "dejavu". 


Banyak kemungkinan dan persoalan yang mula timbul dari mana datangnya duit sejumlah RM1000 itu. Mungkin dari bunian?  ada orang tersalah letak? atau mungkin juga ada individu yang kaya raya segaja ingin menguji kebaikan seseorang secara rawak, sambil menguji sambil bersedekah? Semuanya masih menjadi tanda tanya hingga ke hari ini. 

Namun dari kisah ini dapat kita ambil pedoman, hulurkanlah bantuan pada yang memerlukan dengan penuh ikhlas tanpa mengharapkan balasan. - CARI Infonet.


12

Bagus
5

Marah
21

Terkejut
26

Sedih
10

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (84 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote amersudahbesar 29-5-2015 11:12 AM
osem !
Quote chacon 22-5-2015 06:01 PM
MariaClara: phmkan btol2 storynye...dia x bagi rm1000 pon kat akak tu...tp dia yg dpt balik rm1000 tu....
kan!! gile sedekah seribu. agak2 la. wakaka
Quote MariaClara 22-5-2015 01:34 PM
phmkan btol2 storynye...dia x bagi rm1000 pon kat akak tu...tp dia yg dpt balik rm1000 tu....
Quote didabrooch 21-5-2015 04:57 PM
Sedekah kpd sedekah
Quote devilito2 21-5-2015 02:15 PM
SEDEKAH itu amalan mulia.... :)
Quote binisupir 21-5-2015 07:58 AM
konpius kejap
Quote STONER 21-5-2015 01:47 AM
Abg peratikan je high heel akak misteri tu
Quote akusteeq 20-5-2015 08:43 PM
citer mcm ni baik disimpan utk diri sdri...
Quote akusteeq 20-5-2015 08:40 PM
ye lpas tu? Mybe TV Alhijrah kot buat rakaman ni...tp yg musykilnya...byk btol duit student ni...bg RM1000 plak tu...anak org kaya ker...kalo mcm ni makin ramai la sindiket warga asing cari makan kat sini...
Quote jiwarasa 20-5-2015 05:55 PM
lepas tu apa jadi dekat duit tu, masih elok tak. kalau drama melayu dah jadi daun sebaik sampai kat rumah

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:11 AM GMT+8 , Processed in 0.115453 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top