CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rokok Penyumbang Cukai Kedua Terbesar

22-5-2015 10:11 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 6719| Komen: 36

Description: Rokok merupakan penyumbang cukai kedua terbesar negara pada tahun lepas iaitu sebanyak RM3.62 bilion, kata Penolong Ketua Pengarah (Penguatkuasaan) Jabatan Kastam Diraja Malaysia Datuk Hassan Ibrahim.
                                                                            
Gambar hiasan                                                                     

LUMUT - Rokok merupakan penyumbang cukai kedua terbesar negara pada tahun lepas iaitu sebanyak RM3.62 bilion, kata Penolong Ketua Pengarah (Penguatkuasaan) Jabatan Kastam Diraja Malaysia Datuk Hassan Ibrahim.

Beliau berkata jika kegiatan penyeludupan rokok tidak dibanteras, negara akan kehilangan hasil cukai yang banyak.

Katanya melalui Ops Outlet dari 2010 hingga 2014 di seluruh negara, sebanyak 8,668 kes tangkapan dan rampasan rokok putih dan keretek dilakukan membabitkan cukai bernilai RM81.96 juta.

"Hasil daripada pemeriksaan itu, sebanyak 6,095 peniaga telah ditahan, 2,110 peniaga telah didakwa di mahkamah manakala sebanyak 5,774 masih dalam proses tindakan pendakwaan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Operasi Pacak Rokok dan Arak Seludup 2015 peringkat negeri di sini hari ini. Ops Pacak merupakan kesinambungan Ops Outlet.  

 
"Ops Pacak ini untuk meningkatkan lagi penguatkuasaan terhadap aktiviti penyeludupan, pengedaran dan penjualan rokok seludup.

"Malah Ops Pacak versi baharu ini turut memberi tumpuan kepada barangan kritikal lain yang sering diseludup khususnya minuman keras," katanya.

Hassan berkata beberapa strategi baharu digunakan dalam operasi itu antaranya melakukan operasi secara bersepadu dengan agensi penguatkuasaan yang lain selain risikan yang dijalankan oleh pihak kastam. - Bernama

Sumber : sinarharian

4

Bagus
5

Marah
5

Terkejut
14

Sedih
11

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (50 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 22-5-2015 08:02 AM
yang pertama arak, ka judi?...

Quote AbukRokok 22-5-2015 08:05 AM
bangga sey
Quote miabebe 22-5-2015 08:08 AM
Baru nk ckp perokok tegar mst bangga..
Quote ultra78 22-5-2015 08:10 AM
Alhamdulillah.

Patutlah KR1M pun jual rokok
Quote GhostWalking 22-5-2015 08:30 AM

kita antara penyumbang utama hokey
Quote TuntungReturn 22-5-2015 08:33 AM
aku dh lama dh kata perokok penyumbang kepada negara.sebab tu sampai skrg kerajaan x haramkan rokok
Quote Esmiria 22-5-2015 08:47 AM

Sindir ni...........
Quote ctaz 22-5-2015 08:57 AM
Decaffeinated replied at 22-5-2015 08:02 AM
yang pertama arak, ka judi?...

1 . arak la....2 . rokok
3 . judi



Quote hanie_z 22-5-2015 09:17 AM
patut la penjualan rokok xpernah disekat,
setakat iklan je la..
Quote sgbuloh 22-5-2015 09:57 AM
aku kagum dengan smokers ni. depa berkorban untuk bakar paru2 dan mati cepat asalkan negara dapat hasil cukai yang banyak.
Quote Defcon2 22-5-2015 10:06 AM
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan.

Jadi apakah hasil cukai dari rokok ini haram?
Quote dcruins 22-5-2015 10:08 AM
ni cukai kastam jer atau keseluruhan termasuk income tax? ni yang kastam jer kot.

No 1 gadget electronic kot....
Quote AbukRokok 22-5-2015 11:23 AM
hanie_z replied at 22-5-2015 09:17 AM
patut la penjualan rokok xpernah disekat,
setakat iklan je la..

rokok haram disekat
rokok halal xdisekat pnyumbang  kedua
Quote AbukRokok 22-5-2015 11:23 AM
rokok xkne gst... knp xpuji kerajaan
Quote Crystal_Apple 22-5-2015 12:49 PM
kena lar bertrima kasih kat puak2 perokok!penyumbang tu....
Quote Crystal_Apple 22-5-2015 12:52 PM
AbukRokok replied at 22-5-2015 11:23 AM
rokok xkne gst... knp xpuji kerajaan

Hisap jer rokok seludup..asyik nk cukai jer!dh cm sakai!





Quote spiderman80 22-5-2015 12:56 PM
GhostWalking replied at 22-5-2015 08:30 AM
kita antara penyumbang utama hokey

Sis perokok ke? Perempuan tak baik merokok.
Quote spiderman80 22-5-2015 12:57 PM
Cukai China Doll sumbang berapa pulak?
Quote lavajari 22-5-2015 01:01 PM
spiderman80 replied at 22-5-2015 12:57 PM
Cukai China Doll sumbang berapa pulak?

cukai china doll sumbang wa tak tau la pulak..
tapi...dosa kalu...bertan tan la china doll sumbangkan...

datang jauh jauh...buat maksiat

budus punyer cina dol.












Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:49 AM GMT+8 , Processed in 0.237954 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top