CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Muhyiddin Gesa Najib Razak Pecat Lembaga Pengarah 1MDB

22-5-2015 03:00 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 11962| Komen: 88

Description: Melalui satu video yang dimuat naik di laman Youtube, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memecat lembaga pengarah 1Malaysia De ...




Melalui satu video yang dimuat naik di laman Youtube, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memecat lembaga pengarah 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Bukan sekadar itu, beliau turut mencadangkan agar pihak polis menyiasat situasi hutang yang ditanggung syarikat pelaburan tersebut.

Ujar Muhyiddin, kegagalan lembaga pengarah dalam menguruskan 1MDB telah menjadi liabiliti kepada kerajaan.

“Saya beritahu kepada Perdana Menteri, buang mereka. Buanglah. Buang mereka yang menyebabkan Perdana Menteri terpaksa menanggung.
“CEO ni buang. Bukan saja buang, panggil polis siasat, betul?

“Ambil tindakan, jadi rakyat tengok, barulah pimpinan kerajaan rasa bertanggungjawab, ambil tindakan serius. Kalau tak buat begitu, ini akan membebankan kita dan membuatkan kita jatuh ke bawah.”

Ujaran tersebut kemudiannya mendapat tepukan gemuruh dan sokongan ramai ahli UMNO dalam majlis tersebut.

Isu 1MDB terus-terusan menjadi pertikaian ramai, termasuk pihak pembangkang dan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Syarikat tersebut kini dipimpin oleh Arul Kanda Kandasamy selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) setelah Mohd Hazem Abdul Rahman melepaskan jawatan tersebut awal tahun ini.

Sumber – MYNEWSHUB.CC

8

Bagus
9

Marah
5

Terkejut
5

Sedih
7

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (42 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote JERONG_GERGASI 21-5-2015 02:26 PM
Good.... TS Muhyidin dh tunjuk sikit2 pendirian beliau..... begitu jugak ahli UMNO yg lain yg ada kat situ.....

Takkan tu pun Najib tak boleh baca...... come on Najib.... belajar sket saikologi mcm mana nak baca pendirian manusia......
Quote gaara_X 21-5-2015 02:29 PM
adakah ini gelombang baru????
Quote GhostWalking 21-5-2015 02:30 PM
gaara_X replied at 21-5-2015 06:29 AM
adakah ini gelombang baru????

gelombang wak yidin tempe
Quote kecimpret 21-5-2015 02:32 PM
nape plak nak pecat..1MDB ok ok saja..biasalah hutang tu...kalo x hutang camane nak dpt dividen...kata macai
Quote Membara 21-5-2015 02:38 PM
dia dalam perjalanan utk duduk kerusi PM... kenalah bagi tunjuk aggresif sikit baru rakyat yakin kat ko bleh ganti Jibby... Suh dia letak jawatan klu berani.. hahahha...
Quote hanie_z 21-5-2015 02:39 PM
wak yidin masih mempertahankan jibby dgn menunding salah
kat pekerja 1MDB
kenkonon jibby xbersalah, dan macai terus percayakan jibby..
pfff sgt...
Quote Star_el 21-5-2015 02:41 PM
Membara replied at 21-5-2015 02:38 PM
dia dalam perjalanan utk duduk kerusi PM... kenalah bagi tunjuk aggresif sikit baru rakyat yakin kat ...

takdenye,selagi xkonfem yg satu tu (jadi PM),masih nak berselesaan dgn jwtn skrg pfft
Quote lipans 21-5-2015 02:42 PM
panas pungkok
Quote freebird 21-5-2015 02:45 PM
wak yidin sembab ni nak kena disekolahkan oleh macai2 felda pprt kampung penyokong 1MDB kat CI ni....

tunggu lapuran audit, boleh, lapuran audit???
Quote pinksarah 21-5-2015 02:45 PM
Hihihihihihi..

Habis lah yg dlm 1mdb tu..

You know who you are..hikhikhik..

Tp bukan ke semua tu org najib jugak,nak ke najib buang org dia sendiri?

Gituuuu
Quote d'zeck 21-5-2015 02:47 PM
betul sangat saranan TPM tu

patutnya CEO dan BOD la
yang kena ke depan

berselindung di sebalik
PM kenapa,

pecat je CEO atau mana2 ahli BOD jika terbukti
ada salah guna kuasa atau
sebarang penyelewengan
Quote mjla 21-5-2015 02:47 PM
Wak Jidin kena jaga sket mulut tu.

Nti tak pasal2 melepas jwt PM...
Quote slavehunter 21-5-2015 02:47 PM
Layanzzzzz.......
Quote revolusi_30 21-5-2015 02:48 PM
JERONG_GERGASI replied at 21-5-2015 02:26 PM
Good.... TS Muhyidin dh tunjuk sikit2 pendirian beliau..... begitu jugak ahli UMNO yg lain yg ada ka ...

Dye amek eko bukan antropologi sosiologi mcm kak mah. Mcm mana nk baca org.  Bini sendiri pun beliau x tahu baca. lol
Quote ice_sky92 21-5-2015 02:49 PM
Macai kata 1MDB baik-baik saje.

Tak perlu nak pecat la. Sampai hati Wak Yidin cakap macam ni.

Kecik hati macai.
Quote phonon 21-5-2015 02:50 PM
wak yidin ini cgpa berapa yek dulu... susah sgt ker nak paham perjelasan najib sebelom nih... ini otak level2 peon/kerani nih... tak paham2 penjelasan yg diberi...
Quote GhostWalking 21-5-2015 02:51 PM
CEO pun di amik masa 1MDB dah terbongkar bermasalah.Guano?Separuh jalan baru amik dia
Quote zeck19 21-5-2015 03:11 PM
Lord of the 1MDB 1 - Tolol of Leadership
Lord of the 1MDB 2 - Between 2 PM
Lord of the 1MDB 3 - Returned of King Spinning
Quote OmJualGas 21-5-2015 03:14 PM
cibai...

Lihat semua komen(88)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:52 AM GMT+8 , Processed in 0.243787 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top