CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Sukan Lihat artikel

Muaythai jadi sukan pilihan

22-5-2015 05:02 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 1785| Komen: 0

Description: SUKAN muaythai atau tinju kini sudah mulai mendapat tempat di hati peminat daripada pelbagai golongan usia di Malaysia.Inisiatif berterusan Kelab Muaythai Kuda Merah Kuala Lumpur yang menganjurkan kej ...


SUKAN muaythai atau tinju kini sudah mulai mendapat tempat di hati peminat daripada pelbagai golongan usia di Malaysia. Inisiatif berterusan Kelab Muaythai Kuda Merah Kuala Lumpur yang menganjurkan kejohanan tinju sejak 2011 berjaya menarik minat penonton membanjiri Stadium Titiwangsa Kuala Lumpur.


Malah, penonton yang hadir menyaksikan perlawanan akan berasa seolah-olah berada di Stadium Lumpinee, Thailand yang sangat terkenal di seluruh dunia sebagai sebuah pusat muaythai dan banyak melahirkan bintang peninju bertaraf dunia.

Timbalan Presidennya, Zaki Yamat berkata, pihaknya berterima kasih kepada Sinar Harian yang banyak membantu dari segi publisiti dan promosi sekali gus meletakkan sukan muaythai dikenali ramai.


"Ucapan terima kasih kepada Timbalan Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf, (Mohd) Nasir Hamzah yang sentiasa bersama kami di setiap kejohanan dan dengan cara ini juga masyarakat umum tahu sukan muaythai sudah lama bertapak dan aktif di Malaysia," katanya.

Kali ini, tali pinggang Sinar Harian turut dipertandingkan di DBKL Kuda Merah International Muaythai Challenge 2015 yang bakal menjadi rebutan Iawan Anak Tiong dari Gua Musang Kelantan yang dicabar peninju dari Thailand, Diklan.

sumber:sinar harian


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:24 AM GMT+8 , Processed in 0.029442 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top