CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

OPM Isytihar Perang Terhadap Indonesia

25-5-2015 10:30 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 23784| Komen: 214

Description: Pertubuhan Kebebasan Papua (OPM) mengisytiharkan perang terbuka terhadap tentera Indonesia. Komander sayap bersenjata OPM, Enden Wanimbo berkata, perjuangan..........

OPM mengisytiharkan perang revolusiner dari daerah Sorong hingga ke Merauke.

JAYAPURA - INDONESIA. Pertubuhan Kebebasan Papua (OPM) mengisytiharkan perang terbuka terhadap tentera Indonesia. Komander sayap bersenjata OPM, Enden Wanimbo berkata, perjuangan mereka menuntut kemerdekaan di wilayah itu belum berakhir.
         
Memetik laporan Jakarta Globe, OPM mengisytiharkan perang revolusiner dari daerah Sorong hingga ke Merauke.
         
"Ini bermakna kami melancarkan perang habis-habisan terhadap Indonesia di bumi Papua," katanya.
         
Tambah Eden, pihaknya menolak sebarang rundingan dengan Jakarta dan pertubuhan itu hanya mahukan kemerdekaan. Sementara menurut seorang lagi, Komander OPM, Puron Wenda menegaskan bahawa pertubuhan itu sudah bersedia untuk berperang.
         
"Kami tidak mahu lagi mengadakan sebarang dialog dengan Jakarta kerana mereka sering menipu.

"Indonesia perlu keluar dari wilayah ini kerana kami akan meneruskan perjuangan menuntut kemerdekaan," katanya.
         
Indonesia menguasai wilayah Papua ini melalui pungutan suara pada 1969, bagaimanapun pungutan suara itu kini dianggap sebagai helah untuk menguasai wilayah berkenaan.               

1

Bagus
4

Marah
3

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (16 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dauswq 23-5-2015 04:02 PM
Wah yg ni terus terang bgth nk merdeka..  
Quote dauswq 23-5-2015 04:02 PM
Yindon sila jaga wilayah yg ni dulu
Quote awanearisu 23-5-2015 04:03 PM
pejuang rasta
Quote mbhcsf 23-5-2015 04:06 PM
kalau tengok dari raut muka ni depa dari etnik mana ye...depa punya muka dah macam iras iras org dari kepulauan southern pacifics  dah ni.

dan bahasa tempatan depa ape ye?
bolehke depa bertutur dalam bahasa Indonesia  standard?
Quote makneng 23-5-2015 04:10 PM
Wahhh episod perang di indon.. Jgn lps ni bersih puak puak ni dek tsunami.  
Quote airfilterkotor 23-5-2015 04:40 PM
peluru yang melilit kat badan mamat tu apasal tak sama saiz...?
Quote ctaz 23-5-2015 04:51 PM
ehhh...bukan indon kata serawak nak sgt masuk indon ker....
ker...aku salah baca....
negeri sendiri pun nak tuntut kemerdekaan....ada hati nak suruh negeri org lain masuk nagara dia....
perghhhh
Quote ctaz 23-5-2015 04:52 PM
airfilterkotor replied at 23-5-2015 04:40 PM
peluru yang melilit kat badan mamat tu apasal tak sama saiz...?

kalibar belerang sama saiz.....
kalibar peluru jer tak sama saiz.....
macam AK-47 jugak...
mula2 pakai 7mm kendian tukar 5.5mm

Quote pyropura 23-5-2015 05:45 PM
...masa papua mau merdeka, indon kan nugara G20, nugara GDP tinggi...atau indon memang nugara Goblok20?   

@malawi4
@XxNotTruexX
Quote MissVixen 23-5-2015 05:52 PM
Edited by MissVixen at 23-5-2015 05:57 PM
mbhcsf replied at 23-5-2015 04:06 PM
kalau tengok dari raut muka ni depa dari etnik mana ye...depa punya muka dah macam iras iras org dar ...


Etnik papua kebanyakannya. Agama kristian.
diorang memang mcm negro. Badan brsar2 dan tinggi.
Bahasa utama diorg bahasa indonesia. tapi loghat diorang lain siket dari bahasa yang dipakai sinetron. Bunyi macam org bugis ckp bahasa indon siket. mcm bunyi bugis sabah pon ada aku dengar.

https://youtu.be/3duc3_M6QVw
Quote AbukRokok 23-5-2015 06:11 PM
Apalagi lobai...start la kempen viral di FB
Quote stania83 23-5-2015 06:34 PM
lelakinya si kris dayanti org papua la kannn?
Quote revolusi_30 23-5-2015 07:08 PM
Papua Merdeka ne sejak dulu lagi.. Tapi Zakarta bagi tekanan kaw2 punya.  Rakan2 sebangsa dgn mereka dah merdeka.. Papua New Guinea.. Fiji, Timor Leste.. Mereka je masih kene jajah dgn Zakarta, pasal Hutan kat Papua ne no 2 yg terbesar di dunia.
Quote dcruins 23-5-2015 07:28 PM
ni lah akibat pemerintah pusat di pulau jawa dari dulu lagi tak nak invest full blast untuk budget pendidikan di Papua, asyik nak bagi jalan Freeport Amerika jer menggali emas dan etc  kat sana. Sebab tu mentaliti tribal war dan budaya ganas masih wujud disana, cuba tengok Sabah dan Sarawak yang dulu nya sama gak ada budaya mengayau mencari kepala, sebab pendidikan dan didikan agama, mereka dah tinggalkan semua budaya ni perlahan-lahan. Walaupun masih banyak kekurangan di bahagian interior, banyak yang dah berpelajaran. budaya menyelesaikan konflik dengan mengangkat senjata dah semakin pupus.

Republik Indon ni sama jer kes dengan pemerintah pusat Filipina di Manila yang tak nak invest kepada pendidikan secara besar-besaran di selatan Filipina.

Quote chazey 23-5-2015 07:34 PM
OPM BOLEH!
Quote chazey 23-5-2015 07:35 PM
stania83 replied at 23-5-2015 06:34 PM
lelakinya si kris dayanti org papua la kannn?

Nope. Dia Timorese.
Quote chazey 23-5-2015 07:43 PM
MissVixen replied at 23-5-2015 05:52 PM
Etnik papua kebanyakannya. Agama kristian.
diorang memang mcm negro. Badan brsar2 dan tinggi.
...

Kalau sebut pasal orang Papua, aku ingat lawak ni jah;

[youtube]PiqR_Gg-5Gk[/youtube]

Sampai sekarang aku masih ketawa bila tengok vc ni.
Quote flying_cow 23-5-2015 07:44 PM
Jakarta jawa brengsek dasar imperialist!
Quote saladin780 23-5-2015 07:50 PM
papua nak merdeka..acheh nak merdeka..hari tu gi bali pun org sana x puas hati dgn pemerintahan jakarta..abisla lama2 indonesia tinggal pulau jawa adja

Lihat semua komen(214)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 10:14 PM GMT+8 , Processed in 0.100667 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top