CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Najib Rasai Pengalaman Gempa Bumi Di Tokyo

26-5-2015 10:23 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 3827| Komen: 17

Description: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (empat kanan) merasai pengalaman gempa bumi secara langsung semasa lawatan beliau di sini hari ini........ TOKYO – ...

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (empat kanan) merasai pengalaman gempa bumi secara langsung semasa lawatan beliau di sini hari ini. - Foto BERNAMA



TOKYO – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merasai pengalaman gempa bumi secara langsung semasa lawatan beliau di sini hari ini.

Najib sedang menghadiri mesyuarat meja bulat dengan pemimpin industri di aras 4 Palace Hotel apabila gempa bumi berukuran 5.6 pada skala Richter menggegarkan Tokyo dan kawasan sekitar pada 2.28 petang (1.28 petang di Malaysia).

Siren hotel berbunyi manakala telefon bimbit mereka yang hadir turut membingar apabila gegaran itu dirasai selama 30 saat.

Najib, yang kelihatan tidak terganggu dengan keadaan itu, terus mendengar ucapan Presiden Persatuan Ekonomi Jepun-Malaysia, Mikio Sasaki dengan kakitangan keselamatan dan hotel bergegas keluar untuk menyiasat.

Dalam catatan di laman Twitternya, perdana menteri berkata: “Rasa gegaran, lantai, lampu bergerak. Apapun semua tenang, Alhamdulillah.”

Operasi kereta api bawah tanah terhenti sekejap manakala ramai orang keluar dari bangunan tinggi.

Seorang wanita tempatan yang juga kakitangan di Kedutaan Malaysia di sini berkata pengalaman gempa bumi ini merupakan kali pertama dirasainya tahun ini.

“Selepas gempa bumi besar pada 2011, kami merasai beberapa gegaran namun ini kali pertama tahun ini,” katanya.

Menurut laporan tempatan, gempa bumi itu melanda pada 2:28 petang waktu tempatan pada kedalaman 50km.

Gempa bumi itu berpusat di Ibaraki Prefecture, wilayah Kanto di pulau utama Honshu, kira-kira 34km dari sini. Pihak berkuasa juga menutup kedua-dua landasan di lapangan terbang antarabangsa Narita di sini. – BERNAMA

4

Bagus
5

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
8

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (23 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote abangbikerz 26-5-2015 09:06 AM
Petanda bumi jepun xmenerima kehadiran najib
Quote kyrana 26-5-2015 09:11 AM
moga dia insaf bila tuhan tunjukkan kebesaran.
Quote kenarikelabu 26-5-2015 09:17 AM
Dah merasa gempa bumi, tapi tak insaf2 pun tak guna jugak....
Quote atira 26-5-2015 09:19 AM
bumi jepun pon gelisah terima kedatangan bijan ke uols...
Quote minahsenget 26-5-2015 09:22 AM
hahaha..bumi jepun pun tak terima hahaha
Quote GhostWalking 26-5-2015 09:26 AM
kak mah marah sebab baju yang dia shopping tertinggal le tewww
Quote zidane_ziege 26-5-2015 10:04 AM
teringat video naiib kena senggol tu..tu lg kuat gegarnya..
Quote catalina 26-5-2015 10:07 AM
Stay calm. Ultraman sedang berlawan dgn raksasa.

Quote mjla 26-5-2015 10:08 AM
Gempa Tokyo dgn gempa kak ros mana lg hebat....
Quote ridz09 26-5-2015 10:20 AM
Bijan ni mmg dah tak ada perasaan, dah tepu...
Quote giyomi 26-5-2015 11:27 AM
Haiyooo sian makcik rosmah, mesti kusut rambutnya.
Quote Esmiria 26-5-2015 01:41 PM
Habih ar ......macai bersyukur pm.masih hidup.lol.
Quote kudin66 26-5-2015 04:15 PM
Najib Rasai Pengalaman Gempa Bumi Di Tokyo

Pasal apa lah kau tak ******
Quote putput 27-5-2015 09:43 AM
ayoo...mana pegi org sokong najib
Quote sepitsiput 27-5-2015 10:02 AM
baca kt FB ada yg kata kak rossy bosan menunggu encik suami habis meeting, so dia loncat2 atas katil kt hotel. tak sedar akibatnya satu tokyo bergempa
Quote seng_kuseng 27-5-2015 10:14 AM
sehari lepas ketibaan najib plak tu,tp mmg agak menakutkan la gempa ni,agak lama dan besar,tp orang2 jepun aku tgk boleh tenang dan rilek2 jer dlm opis ni
Quote ninjago 27-5-2015 11:06 AM
sepitsiput replied at 27-5-2015 09:02 AM
baca kt FB ada yg kata kak rossy bosan menunggu encik suami habis meeting, so dia loncat2 atas katil ...

hahahahhahahhaaa.. ok ini lawak! sbb tu najib tenang je.. dia tahu sape punya keje..

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:05 AM GMT+8 , Processed in 0.058197 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top