CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

NASA Sah Bunyi Aneh ‘Kiamat’ Dari Langit Memang Wujud

27-5-2015 09:47 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 31613| Komen: 145

Description: Tiada apa-apa sambutan perayaan besar atau pesta konsert hiburan, namun bunyi gemuruh aneh dari langit yang menyerupai gema suara terompet berjaya dirakamkan ramai.......



WASHINGTON DC – Tiada apa-apa sambutan perayaan besar atau pesta konsert hiburan, namun bunyi gemuruh aneh dari langit yang menyerupai gema suara terompet berjaya dirakamkan ramai pihak di seluruh dunia.

Sehingga kini, bunyi pelik itu telah dikesan kedengaran di Amerika Syarikat (AS), Kanada, Australia, Rusia dan Jerman tetapi difahamkan suara tersebut juga dapat didengar di banyak negara cuma ia tidak dihebohkan sangat.


Beberapa pengguna media sosial membuat inisiatif sendiri merakam suara itu dan memuat naik menerusi laman YouTube; terbaharu 4 April lalu, bunyi tersebut direkodkan di Jerman sehingga menakutkan ramai penduduk.

Bagi umat Islam, fenomena bunyi gemuruh itu dikaitkan lebih menyerupai terompet ‘sangkakala’, meskipun tiada siapa pula pernah mendengar bunyi sebenar penanda hari kiamat itu kerana logiknya ia belum pun lagi berlaku.


Di Kanada, seorang penduduk tempatan, Kimberly Wookey berjaya merakam banyak klip suara itu serta memuat naik dalam YouTube termasuk bunyi paling menyeramkan bulu roma yang direkodkan pada 29 Ogos tahun lalu.

”Ini adalah kali kedua saya mendengar sendiri suara-suara terompet semacam ini di Kanada,” tulisnya melalui akaun YouTube-nya. “Pertama kali pada pagi 19 Jun 2013, namun ia tidak sebesar yang sekarang,” ujar Wookey.

Biarpun bunyi yang dipercayai berasal dari ruang angkasa itu kedengaran aneh dan ngeri, beliau tidak pula ingin mengaitkannya dengan isu agama atau mistik, sebaliknya yakin suara itu berasal dari fenomena geofizik bumi.

Berbeza pengalaman Aaron Traylor dari Montana, AS cenderung percaya bunyi tersebut ada kaitan dengan magis, malah dirinya mengalami mimpi buruk berhari-hari setelah memuat naik video suara itu menerusi media sosial.

Isterinya pula kerap membangunkannya tengah malam kerana mendengar Traylor berteriak histeria sewaktu tidur sejak pertama kali mendengar bunyi terompet itu ketika berjalan di sekitar rumah dengan anak dan anjingnya.

Semasa kejadian tersebut, si anjing peliharaan Traylor tiba-tiba langsung membengkokkan kelopak telinga seperti cemas melihat benda seram dan anak perempuannya yang masih kecil turut berhenti melangkah kerana takut.

Dari sisi sains, pihak Pentadbiran Angkasa dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) di AS merumuskkan keanehan itu sebagai suara latar bumi yang memang wujud secara semula jadi dan bukan bunyi kapal angkasa mahkluk asing.

”Kita sebenarnya boleh mendengar alunan simfoni khas berbentuk suara ribut yang pelik langsung dari planet kita, ia bukan bunyi dari pesawat,” kata jurucakap NASA yang dipetik pelbagai media tempatan di AS pada Isnin.

Menurut NASA, suara menyerupai gemuruh terompet itu dapat disamakan dengan runut muzik latar yang biasa kita tonton menerusi filem-filem sains fiksyen, cuma suara tersebut memang nyata berasal terus dari bumi.

NASA menjelaskan fenomena bunyi itu sebenarnya alamiah dan ada setiap waktu, namun, telinga manusia normal yang tidak dapat mengesannya atau tahap ‘volume‘ suaranya tidak terlalu besar. – Agensi/H.A.AMREE

18

Bagus
18

Marah
18

Terkejut
14

Sedih
12

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (88 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lorra2411 26-5-2015 03:10 PM
siapa ada link youtube bunyi tersebut? mohon tepek, skrg tak boleh search sebab office block
Quote alieyrina 26-5-2015 03:10 PM
Boleh tak sapa2 tepek video yg ada bunyi tu lg skali...tq
Quote edee_91 26-5-2015 03:13 PM
Dah tiba masanya untuk aku bertaubat.
Quote GhostWalking 26-5-2015 03:17 PM
click dekat link terkini tu ada bunyinya
Quote ira_229 26-5-2015 03:18 PM
beberapa tahun lepas mcm pernah dapat email bunyi2 seperti yg mereka katakan...mcm bunyi siren kecemasan...
Wallahu'alam bissawab..
Quote kazaraf 26-5-2015 03:20 PM
aku search guna nama "Kimberly Wookey"
bunyi ni mcm biasa dengar dalam cerita Lost kot.

[youtube]FHi6LjKuNl4[/youtube]

Quote gekkou 26-5-2015 03:21 PM
kuat jugak bunyinya
Quote finding 26-5-2015 03:23 PM
aku dgr kat youtube tu bunyi biasa jer. takde pelik pun. bunyi guruh, bunyi musik, itu jer.
Quote jofizo 26-5-2015 03:25 PM
dulu pun ada bunyi suara pelik dari angkasa kat sarawak.... bila disiasat rupanya dari kilang kelapa sawit
Quote kazaraf 26-5-2015 03:26 PM
finding replied at 26-5-2015 03:23 PM
aku dgr kat youtube tu bunyi biasa jer. takde pelik pun. bunyi guruh, bunyi musik, itu jer.

yg jadi pelik sbb kita tak pernah dengar bunyi guruh bersuara trumpet.. ehhe

Quote the_killer 26-5-2015 03:27 PM
ummah sekular dan liberal kata HARRP kot....cer tanya Seorang Forumer CI perasan yahudi berkerak tu?
Quote MeghanK 26-5-2015 03:27 PM
kazaraf replied at 26-5-2015 03:20 PM
aku search guna nama "Kimberly Wookey"
bunyi ni mcm biasa dengar dalam cerita Lost kot.

Kuat jugak bunyi
Quote nemonemonemo 26-5-2015 03:29 PM
agak menyeramkan
Quote applemy 26-5-2015 03:29 PM
Ai tatau la.. tapi ada ai terbaca profesor/saintis yg buat survey, humanity spirit index utk tahun 2015 kurang dari 3% gitu.. paling cemerlang masa tahun 1985, 89% gitu.. so warga dunia tahun ni ala2 selfish jahiliah gitu..

Yg ai perasan kan, kawan skolah ai rata2 mcm dapat hidayah gitu.. posting fb pun alim2 pedoman gitu..

Kawan kolej ai lak, urban duniawi tonggang langgang gitu..

Ai em so confused..
Quote kazaraf 26-5-2015 03:30 PM
jofizo replied at 26-5-2015 03:25 PM
dulu pun ada bunyi suara pelik dari angkasa kat sarawak.... bila disiasat rupanya dari kilang kelapa ...

tu satu2nye kejadian kt malaysia kan?
cuma aku pelik juga. biasanya kes2 mcm ni mesti dilaporkan kt US, Kanada, Eropah je. Alien pun sama.
kalau raksasa kt jepun.



Quote batmana 26-5-2015 03:31 PM
https://www.youtube.com/watch?v=hvhuXgZ_LQs
Quote lindarafee 26-5-2015 03:32 PM
macam bunyik raksaksa nak keluar dari bumi. x caye tengokla ultraman
Quote finding 26-5-2015 03:33 PM
kazaraf replied at 26-5-2015 03:30 PM
tu satu2nye kejadian kt malaysia kan?
cuma aku pelik juga. biasanya kes2 mcm ni mesti dilaporkan  ...


tu la pasal.

godzilla kat jepun je.
thor pun turun kat us.

Quote ridz09 26-5-2015 03:35 PM
Insoff kejap, pastu perangai lama balik

Lihat semua komen(145)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:01 AM GMT+8 , Processed in 0.078952 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top