CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Sukan Lihat artikel

Nazmi Enggan Ambil Mudah

1-6-2015 10:08 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 1555| Komen: 0

Description: Dua pemain tonggak skuad bawah 23 tahun negara, Nazmi Faiz Mansor dan Nazirul Naim Che Hashim berkongsi situasi berbeza dalam menghadapi temasya Sukan Sea Singapura yang bakal berlangsung tidak lama l ...

Dua pemain tonggak skuad bawah 23 tahun negara, Nazmi Faiz Mansor dan Nazirul Naim Che Hashim berkongsi situasi berbeza dalam menghadapi temasya Sukan Sea Singapura yang bakal berlangsung tidak lama lagi.


Sukan Sea ke-28 sememangnya menjadi pentas istimewa buat individu yang bernama Nazmi Faiz. Pemain berusia 21 tahun dari keramat ini akan membuat penampilan ketiga di temasya dwi-tahunan ini sejak Sukan Sea 2011 di Jakarta.

Tatkala ramai yang berpendapat Nazmi sudah "masak" dengan suasana temasya, pandangan berbeza pula disuarakannya.
"Bagi saya walaupun dah bermain tiga kali. Saya tidak akan ambil mudah dalam setiap game dengan memberi tumpuan 100 peratus dan saya akan apa beri semangat kapada rakan untuk kita menang medal emas".


Seorang lagi pemain negara yang bakal mencuri tumpuan pada temasya kali ini ialah Nazirul Naim.
Dilabel sebagai pakar sepakan percuma, Naim bagaimanapun berperang dengan masa untuk kembali pulih sepenuhnya daripada kecederaan.

"Pasal kecederaan saya untuk kali ini saya akan bermula perlahan langkah demi langkah. Mungkin perlawanan pertama tidak bermain sepenuhnya. Jurulatih ada perancangan sendiri dan saya akan cuba pulih sepenuhnya sbeelum kejohanan ini bermula."

Skuad bola sepak negara memulakan cabaran di Sukan Sea 2015 terlebih dahulu dengan saingan peringkat kumpulan bermula 30 Mei ini.
Malaysia bertemu Timor Leste bagi perlawanan pertama kumpulan B, sebelum Vietnam, Thailand, Brunei dan Laos di Stadium Bishan Singapura.

Berikut adalah jadual perlawanan membabitkan skuad negara dalam kumpulan B:-

Malaysia lwn Timor Leste
30 Mei 2015, 8.30 malam

Vietnam lwn Malaysia
2 Jun 2015, 8.30 malam

Malaysia lwn Thailand
4 Jun 2015, 4.00 petang

Brunei lwn Malaysia
8 Jun 2015, 8.30 malam

Laos lwn Malaysia
11 Jun 2015, 8.30 malam

*Semua perlawanan berlangsung di Stadium Bishan
6

Bagus
5

Marah
2

Terkejut
4

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (19 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-5-2024 10:54 AM GMT+8 , Processed in 0.033318 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top