CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Ladylista Hiburan Lihat artikel

'Port' Tidur Paling Digemari Semasa Puasa

18-6-2015 12:34 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 5129| Komen: 7

Description: Biasalah, bulan puasa ini, banyak aktiviti yang kita bataskan sendiri untuk kekal cergas...
Disediakan oleh Fyruz

Biasalah, bulan puasa ini, banyak aktiviti yang kita bataskan sendiri untuk kekal cergas. Nak bercakap banyak pun haus, dan masa 'lunch' ramai daripada kita habiskan dengan tidur kerana tidur juga sememangnya mendapat pahala daripada bercakap tak tentu hala.


Jom lihat antara koleksi 'port' tidur orang Malaysia semasa berpuasa


1. Bawah meja

sumber: div.bg


Kebanyakan pejabat mempunyai ruang bawah meja yang rasanya sedap untuk dijadikan port untuk tidur. Ditambah dengan suhu hawa dingin dan suasana yang gelap. Jangan sampai berdengkur sudah.


2. Tidur di kerusi pejabat

Ini biasa dilakukan, tak perlu tunggu bulan puasa, namun skill ini menyakitkan leher anda jika tiada sokongan. Ada pula siap buat kerusi tambahan untuk menjadikan keadaan lebih selesa.

3. Stor/ Bilik penyimpanan fail

sumber : devriesinc.com

Untung pula syarikat kamu ada bilik stor tersorok. Gelap pula tu. Jarang-jarang orang masuk, memang sesuai dijadikan port untuk kamu tidur, jangan lupa bawa bantal kecik dan kain alas. Best!

4. Surau

sumber: 2.bp.blogspot.com

Ini memang tempat biasa, usai solat, langsung tidur ditikar sejadah. Kadang-kadang penuh orang tidur daripada bersolat. Diingatkan agar tidur anda tidak mengganggu ruang solat. Bertimbang rasa lah!

5. Tandas

sumber: yoummisr.com

Dekat mana lagi kan, tempat paling sembunyi. Untuk kamu yang mengantuk sangat dan tak kesah dengan bau, tandas boleh kamu fikirkan tempat untuk pejam mata dan beristirehat. Lebih senang untuk tandas jenis duduk, kerana dengan hanya menutup penutup tandas itu, anda boleh tidur.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote merrissa 27-6-2015 12:59 AM
macam mana nak tidur bawah meja camtu....tak termasuk aku..walapon badan kecik je
Quote anrede 24-6-2015 02:54 PM
Aku selalu je power nap kat toilet kat office ni sebab toilet cantik sangat. Tutup toilet, berbantalkan lengan kat atas tempat flush tu.
Quote devilito2 22-6-2015 10:09 AM
tandas ????
Quote peningsokmo 20-6-2015 02:09 AM
tido cacang dop rajin ke? nyandor dinding
Quote bebba 19-6-2015 11:44 PM
eiii kalo tandas tu wangi bole tahan lagi.. tapi tak tahan kot :lol:
Quote haiku08 19-6-2015 03:34 PM
Hahaha.. tak selera tido kat tandas
Quote purple_leo 18-6-2015 02:23 PM
hahahahahahahaha....xleh bla..

Lihat semua komen(7)

Sub-category


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:30 PM GMT+8 , Processed in 0.036863 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top