CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hari Raya 2015 Video Lihat artikel

Mandi Wajib Selepas Subuh & Bangun Sahur, Sah Tak Puasa? [Video CARI]

19-6-2015 12:19 PM| Diterbitkan: CMFreporter5| Dilihat: 63048| Komen: 33

Description: Pernah tak anda mandi wajib selepas bersahur atau setelah masuk waktu Subuh?
Artikel : Dean BZ
Video : Siti, FirdausZ




Pernah tak anda mandi wajib selepas bersahur atau setelah masuk waktu Subuh?

Persoalan ini tidak boleh dipandang remeh kerana ia melibatkan hukum. Kebiasaannya golongan wanita yang datang bulan, lelaki yang keluar air mani secara tidak segaja dan  pasangan suami isteri yang melakukan jimak dimalam hari pasti berhadapan dengan situasi ini.

Ada yang suka melewat-lewatkan mandi wajib mungkin kerana terlalu sejuk untuk mandi dipagi hari atau terlupa masih berada dalam keadaan berhadas besar.

Adakah sah puasa jika terlewat mandi wajib. Jom kita tanya pendapat orang ramai dan ikuti kupasan oleh Ustaz Firdaus Subhi berhubung hal ini. - CARI Infonet.

57

Bagus
31

Marah
44

Terkejut
52

Sedih
49

Lawak
32

Bosan

Friends Rank (265 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lari_Laju 19-6-2015 12:42 PM
Salam,

Berkaitan dengan hokum ni perlu dikupas dengan berhati-hati. Tak boleh pakai logik akal. Kena ada dalil dan nas.

Puasa bagi orang yang belum mandi wajib apabila masuk waktu Subuh adalah sah sekiranya ia telah berniat untuk puasa di malam hari sebelum azan Subuh.  

Kesahihan tentang sahnya puasa orang yang belum mandi wajib ini adalah berdasarkan kepada apa yang pernah berlaku kepada Nabi s.a.w sebagaimana diriwayatkan iaitu :-  

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ كان يُدْرِكُهُ الْفَجْرُ وهو جُنُبٌ من أَهْلِهِ ثُمَّ يَغْتَسِلُ وَيَصُومُ

Ertinya : "Sesungguhnya Rasulullah SAW  dalam keadaan berjunub hasil bersama dengan isterinya semasa sampai waktu fajar (Subuh), kemudian baginda SAW mandi dan berpuasa pada hari tersebut " ( Riwayat Al-Bukhari, Bab As-Soim Yusbihu Junban, 2/679 ; Muslim, 2/779)

Disebutkan juga bahawa isteri Nabi SAW iaitu Ummu Salamah RA pernah ditanya adakah sah puasa orang yang tatkala masuk waktu subuh berpuasa sedangkan ia belum mandi hadas.  

Ummu Salamah menjawab :-

كان رسول اللَّهِ يُصْبِحُ جُنُبًا من جِمَاعٍ لَا من حُلُمٍ ثُمَّ لَا يُفْطِرُ ولا يَقْضِي

Ertinya : Sesungguhnya Rasulullah SAW sendiri pernah masuk Subuh dalam keadaan ia berjunub hasil 'bersama dengan isterinya' dan bukan dari mimpi , kemudian baginda tidak berbuka dan tidak pula mengganti puasanya (menunjukkan puasanya sah)" ( Riwayat Muslim, 2/780 ; sahih )  

Dalil di atas amat jelas menunjukkan puasa adalah sah. ( al-Majmu', An-Nawawi, 6/309 ). Demikian jugalah dengan keadaan wanita yang kering haidnya sebelum Subuh dan belum mandi wajib. Puasa adalah sah jika ia telah berniat. Kesemua ini adalah pendapat yan paling tepat dan merupakan pegangan majoriti ulama Fiqh silam dan terkini . Ini adalah kerana tidak termasuk dalam syarat sah puasa adalah anda berada dalam keadaan suci dari hadas besar. ( Bidayatul Mujtahid, Ibn Rusyd Al-Hafid, 1/215 )  

Tetapi ingat, jangan hanya sibuk bertanya hukum puasa sahaja, jangan lupa wajib mandi sebelum tamat waktu Subuh kerana anda perlu solat Fardhu Subuh.   

Sekian

Sumber: Ustaz Zaharuddin Abd Rahman


Zaharuddin Abd Rahman
Quote peningsokmo 20-6-2015 02:18 AM
rajin kelih ustaz uhh.. mane eh. dop ingat starang
Quote BEETLEJUICE 20-6-2015 02:53 AM
wnwa05 replied at 20-6-2015 01:47 AM
habis kalau mandi pukul 10 pagi sah ke tak?

Romennya sebelum subuh atau selepas subuh?


Quote selendangmerah 21-6-2015 03:36 PM
Sahkah Puasa orang terlewat mandi wajib?

Soalan: Dato’ Dr, jika saya terlewat mandi wajib sehingga masuk waktu subuh apakah puasa saya masih sah?

Jawapan Dr MAZA: Jawapannya sah puasa mereka yang belum mandi junub sedangkan waktu subuh sudah masuk. Perkara ini berkaitan seseorang yang bersetubuh dengan isterinya, ataupun keluar air mani tetapi belum mandi junub sehingga masuk waktu subuh iaitu waktu berpuasa. Ertinya ketika dia mandi wajib, waktu subuh telah masuk.
Dalam hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aishah dan Ummu Salamah bahawa Nabi s.a.w pada waktu pagi (subuh) dalam keadaan berjunub sedangkan baginda berpuasa.
إِنْ كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيُصْبِحُ جُنُبًا مِنْ جِمَاعٍ، غَيْرِ احْتِلَامٍ فِي رَمَضَانَ، ثُمَّ يَصُومُ
“Bahawa Rasulullah s.a.w memasuki waktu subuh dalam keadaan berjunub disebabkan jimak, bukan kerana mimpi namun baginda tetap berpuasa” (Riwayat Muslim).
Maka, sesiapa yang terlewat mandi wajib sehingga masuk waktu subuh masih sah puasanya pada hari berkenaan.
Quote devilito2 22-6-2015 10:07 AM
yang penting kena mandi jugak sbb kena solat subuh...
Quote chekpit 22-6-2015 11:00 AM
xda masalah pon nak mandi wajib ke junub ke lepas Subuh..
asalkan jangan buat perkara2 yg membatalkan puasa sudah
Quote apitkl 22-6-2015 01:54 PM
wnwa05 replied at 22-6-2015 10:03 AM
sebelum lah.. tapi lepas tu tertidur bangun pukul 10 pagi. subuh pun terlajak... sah ke

posa sah...tapi berdosa sebab x sembahyang subuh
Quote salimrock 22-6-2015 05:45 PM
errr....kadang2 smpai waktu zuhur baru nak mandi janabah..ok ke?

err solat subuh tu terpaksa Qado pasal tertidur
Quote berun 23-6-2015 11:12 AM
lawak baca komen kat atas.. nmpaknya ramai yg masih keliru
Quote hafrul 23-6-2015 01:05 PM
ramai juga yang tak tahu masalah nie
Quote Arale 24-6-2015 03:16 PM
yang saya tau kalau berhadas besar semasa masuk waktu subuh masih sah puasa.. tapi mandi la dulu untuk solat subuh.. tak kan nak tidoq sampai matahari atas kepala dalam keadaan hadas besar. ni sah ke?
Quote mbaksusi 25-6-2015 02:56 PM
bgs la..sbb ramai yg keliru kan..
Quote pesawatlama 26-6-2015 11:34 AM
matahari ataih pala baru nak mandi ka? kikiki
Quote atira 30-6-2015 01:50 PM
omg....
cari admin dah jadi lobai ka??
Quote famri7 30-6-2015 01:53 PM
Firstworld problem ummah2 meleis...senyum sinis jah.
Quote EJALTI 30-6-2015 01:53 PM
Sahhhhhhhhhhhh ......
Tapi kena mandi gak untuk sembahyang subuh....

lain la ehem2 nya masa posa
Quote rosmahisham 30-6-2015 01:53 PM
akak dulu kawen awal 90an sehari sblm pose.ada org ckp sah pose ssalkn mandi sblm matahari terbit,sblm.masuk zohor la.dah lama2 baru tau sah pose cuma kita dlm berhadas tu berdosa..yg plg besar dosa ninggalkn fardu subuh n fardhu zohor la.klu lewat mandi wajib.yg bersetubuh time bln pose tu dr sek.men lg dh tau kena denda 60 hari berterusan tnpa henti.
Quote Modngengade 30-6-2015 01:56 PM
“Nabi saw pernah bangun pagi dalam bulan Ramadhan dalam keadaan berjunub kerana bersetubuh dengan isterinya. Baginda mandi dan kemudiannya berpuasa tanpa mengqadhanya” (Riwayat Bukhari dan Muslim) Dalil hadis yang diberikan di atas menunjukkan bahawa orang yang mandi selepas azan subuh atau selepas subuh tidak membatalkan puasa mereka.

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
Quote dauswq 30-6-2015 02:00 PM
soalan2 psl tetap sah tak puasa wlpn terlajak subuh smpi ke tengah hari lebih kurang soklan2 pelik yg biasa ditanya ummah

"ade plak tanye kalau bersetubuh bkn psgn suami isteri (berzina) siang hari kena byr kifarah tak?" sbb tu umat islam duk takat tu jek

hadis di atas tu sgt jelas
aku baca sekali pun dh terus faham

Lihat semua komen(33)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:35 AM GMT+8 , Processed in 0.080108 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top