CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Ladylista Fesyen Lihat artikel

Mencangkung Menggunakan Skinny Jeans Membahayakan Kesihatan

23-6-2015 01:30 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 4553| Komen: 0

Description: Dia setelah itu mengalami kekebasan kaki dan sukar untuk bergerak yang menyebabkan dia jatuh dan tersadung...
oleh Fyruz

sumber: metro.co.uk


Mencangkung menggunakan skinny jean untuk jangka masa yang lama boleh merosakkan otot dan urat saraf di kaki. Itu antara amaran pengamal perubatan di US.

Ini kerana hasil pemeriksaan terhadap 1 kes wanita di US yang dilaporkan jatuh dan menghabiskan beberapa jam terbaring di lantai kerana  tidak mampu bergerak sebelum dikejarkan ke hospital.

Sebelum itu, wanita terbabit menghabiskan masa dengan membantu memindahkan barang ke rumah baru saudaranya dan banyak bercangkung untuk mengosongkan almari pakaian.


Dia ketika itu memakai skinny jeans mengaku berasa tidak selesa sepanjang hari memakai seluar tersebut. Dia setelah itu mengalami kekebasan kaki dan sukar untuk bergerak yang menyebabkan dia jatuh dan tersadung.

Betis wanita berkenaan bengkak dan dia tak mampu untuk menggerakkan pergelangan kaki tumit.

Doktor mendapati tisu otot wanita ini telah rosak kerana mencangkung terlalu lama dan percaya seluar jean yang ketat menambah kesan buruk.

Wanita terbabit mampu berjalan selepas 4 hari. Sebelum ini doktor ada mengeluarkan kenyataan memakai jean yang ketat boleh menyebabkan luka pada peha.

sumber: telegraph.co.uk

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 08:23 PM GMT+8 , Processed in 0.086126 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top