CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hari Raya 2015 Trending Lihat artikel

Terbeli Juadah Busuk, Apa Tindakan Anda?

26-6-2015 12:01 PM| Diterbitkan: CMFreporter5| Dilihat: 14251| Komen: 85

Description: Seorang wanita mendakwa tiga jenis makanan yang dibeli oleh kakaknya di Bazar Ramadan Sungai Besar berbau busuk... Loya tekak jamah lauk berbuka SABAK BERNAM – Hasrat se ...


Oleh : Dean BZ

          


Tiga jenis makanan didakwa berbau busuk dan meloyakan tekak yang dibeli di Bazar Ramadan Sungai Besar.                                                                     



Seorang wanita mendakwa  tiga jenis makanan yang dibeli oleh kakaknya di Bazar Ramadan Sungai Besar  berbau busuk sekaligus meloyakan tekak ketika menjamahnya semasa berbuka puasa.

Dipetik dari Sinarharian, Fatin Elyanie Mohd Anuar, 24, berkata, dua jenis lauk iaitu ikan keli masak cili api dan ikan tilapia masak tumis masing-masing dibeli dari premis sama, manakala laksa pula di premis berasingan.

“Memang teruja nak makan ikan keli dan tilapia pada waktu berbuka, tapi sebaik lauk itu dikunyah, saya nak termuntah sebab rasa lembik dan bau busuk,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, dia kemudiannya mencuba untuk menikmati juadah laksa, namun hilang selera makan selepas makanan itu berbau hanyir dan busuk.

“Kami amat kecewa dengan sikap peniaga yang lebih pentingkan keuntungan daripada jaga kualiti makanan yang dijual. Mungkin mereka beli ikan lama yang lebih murah untuk dimasak sebelum jualnya kepada pelanggan,” katanya.

Hmmm.. kes-kes seperti ini saban tahun berlaku setiap kali bulan Ramadan. Peniaga haruslah jujur dan tidak boleh mengambil jalan singkat untuk mengaut keuntungan semata-mata. Makanan yang sudah basi atau sudah rosak eloklah dibuang kerana ini jelas menganiaya pembeli.

Kalau anda yang terbeli makanan busuk seperti ini, apa tindakan anda?


Yang pastinya, mendiamkan diri bukan lah jalan terbaik kerana esok lusa mungkin orang lain pula yang terkena. Elok cegah segera peniaga seperti ini dari terus membiak!! - CARI Infonet.


23

Bagus
14

Marah
12

Terkejut
20

Sedih
23

Lawak
24

Bosan

Friends Rank (116 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote alieyrina 25-6-2015 03:04 PM
Hah mula2 ritu laki aku pun ada tebeli ikan pari bakaq tp mentah !  
Quote hasmania 25-6-2015 03:04 PM
satu pengajaran bagi yg malas nak masak ..... tiap kali bulan ramadhan otak asyik fikir nak beli jek kat bazar ramadhan ......satu lagi waktu beli tu sepatutnya kena tengok betul2 jangan dah terhidang dalam pinggan baru nampak dah basi dan dah berbau busuk ..... dan satu hal lagi lain kali jangan lah beli lagi kat bazar ramadhan kat mana-mana sekali pun ....
Quote prettyuglybabe 25-6-2015 03:04 PM
setakat masak lemak dengan goreng tu, masak sendiri pun boleh..
bukan lama sangat pun nak masaknya..
Quote gekkou 25-6-2015 03:05 PM
Fatin Elyanie Mohd Anuar ni dah buat report kat KKM kah?
ke report kat reporter jah?
bg tau KKM bli kat mn..gerai mn satu...
Quote c===8 25-6-2015 03:16 PM
bolan ramdon yg mulia
umat islam berpuasa
peniaga bazar nak untung giler
Quote Felycya 25-6-2015 03:20 PM
Tengok lauk tu pun xmenyelerakan...
Quote mak_wa95 25-6-2015 03:23 PM
peniaga nak untung berganda
Quote Modngengade 25-6-2015 03:27 PM
ngaper ko tak masak jer bedah????  ko duduk kat rumah asyik goyang cikki sajer....selayaknya mendapat cash
Quote kurga 25-6-2015 03:27 PM
gekkou replied at 25-6-2015 03:05 PM
Fatin Elyanie Mohd Anuar ni dah buat report kat KKM kah?
ke report kat reporter jah?
bg tau KKM b ...

pada aku..paling mudah pergi je balik kat peniaga tu..abis cerita.. ni nak juga masuk kan dalam tenet...
bukan apa.. nnt da panjang cerita.. peniaga tu akan tuduh dia nak buruk kan plak.. patutnya pergi kat peniaga.. kalau peniaga x mo tanggung jawab.. baru la wat report..

Quote Simunggu 25-6-2015 03:27 PM
lain kali makan ciki sure ok punya...
Quote Duta lover 25-6-2015 03:35 PM
Ala
bosan lak asik2 berita kutuk peniaga bazaar je

Tgh menunggu artikel viral pasal peniaga jujur, sedap, murah lak.
Quote bemyself 25-6-2015 03:37 PM
Melampaukan peniaga2 mcm ni.

Pesanan ustad ...seorang peniaga makanan yg hendak menjual makanan pada mereka2 yg berpuasa terutama bulan Ramadhan, pastikan makanan yg dimasaknye mesti sedap dan sesedap2nya...sbb tiap kali suapan pelanggan itu ada barakahnya...tetapi seandainya pelanggan anda komplen...maka hasil yg anda dapat hanya sia2 belaka..tiada berkat diujungnye..

wallahualam..
Quote Maideen. 25-6-2015 03:40 PM
Edited by Maideen. at 25-6-2015 03:42 PM

Lagi baik berbuka dengan makan makanan busok dan basi  ini daripada berbuka di hotel yang tak ada sijil halal JAKIM.....

Wallahualam.
Quote fifie_olin 25-6-2015 03:45 PM
laok2 mmg x brani nk bli...
kalo nk bli kt bazaar..bli yg masak ms tu gak..
mcm metabak...apam balik..msakan grg2 tu
Quote gede-bab 25-6-2015 03:50 PM
masak sendiri kan senang....
Quote Nham22 25-6-2015 03:58 PM
Ish3x lepas ni bazar ramadhan jual kene ade resitla...customer pon dapat hak samarata... beli kalau xmasak..basi...busuk...kotor..boleh claim semula duit...ni kes aniaya penggunA
Quote fuzzyfuzzy 25-6-2015 04:00 PM
aku kalau gerai tu jual sedap...aku ulang gerai tu jerla..
contoh mcm murtabak kt  param rumah aku tu..
sedap gilos..so aku hari2 beli murtabak dia...

kalau nasi berlauk ni..aku mmg takkan beli sbb selalu sgt dah terkena...jgn kata bulan puasa ..
bulan tak puasa pon kdg2 terkena...
Nampak menarik n mcm sdap..sekali beli...ayoooooyooo longkang n loji kumbahan lg ok..

satu lagi tgk penjual tu, kalau kuku panjang, berdaki je kuku n Nampak busuk..harus aku jauhi...
Quote sukacactus 25-6-2015 04:16 PM
Macam mana la xbusuk..entah dr pukul berapa makanan tu dah siap masak
Lps tu panas2 lg dah ditutup bekasnya
Memang cepat basi
Masak sdr jg yg bagus
Dari bujang sampai dah kawin, memang prefer masak sdr
Bkn susah pun
Quote Mary_jane 25-6-2015 04:18 PM
Aku plak yang nak muntah tengok lauk pauk tu.

Lihat semua komen(85)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:55 PM GMT+8 , Processed in 0.194732 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top