CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hari Raya 2015 Juadah Kuih Lihat artikel

Stew Ayam Untuk Berbuka Puasa

29-6-2015 03:01 PM| Diterbitkan: CMFreporter5| Dilihat: 7491| Komen: 1

Description: Masih terfikirkan apakah juadah yang hendak dihidangkan bila berbuka nanti? Memasak ayam goreng.......

Oleh : Dean BZ

 


Masih terfikirkan apakah juadah yang hendak dihidangkan bila berbuka nanti? Memasak ayam goreng, ayam masak merah dan ayam masak kicap mungkin sudah terlalu "mainstream".

Apa kata kita cuba stew ayam resepi dari Facebook Resepi Dari Isteri Untuk Suami Tercinta ini. Bahan-bahan untuk memasak resepi ini pun agak simple dan senang didapati.

Jom cuba!

Bahan-Bahan
Ayam (setengah ekor dipotong sederhana)
1 ulas bawang besar
3-4 biji bunga cengkih
Bunga lawang
Kulit kayu manis
Air
Lada sulah
Garam secukup rasa
2 biji ubi kentang
1 biji lobak merah
Sedikit tepung jagung + sedikit air

Langkah-Langkah Penyediaan

  • Gaulkan ayam dengan lada sulah dan sedikit garam, perapkan seketika.
  • Panaskan minyak, masukkan ayam yang telah diperap sebentar tadi sehingga kekuningan.
  • Masukkan pula kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih. Kacau seketika.
  • Masukkan air (mengikut citarasa anda).
  • Kemudian, masukkan lobak merah dan ubi kentang (dipotong 4).
  • Masukkan garam, gula dan lada sulah (secukup rasa).
  • Apabila sudah agak mendidih, masukkan pula sedikit tepung jagung untuk memekatkan kuah (kacau tepung jagung dalam air, sebelum masukkn kedalam stew tadi, kepekatan stew mengikut citarasa anda).
  • Akhir sekali, masukkan bawang besar yang dipotong 4.
  • Apabila sudah masak, tutup api dan boleh dihidangkan bersama nasi ataupun roti.
Selamat mencuba!


14

Bagus
17

Marah
23

Terkejut
11

Sedih
11

Lawak
25

Bosan

Friends Rank (101 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote abduldel 30-6-2015 03:04 PM
boleh juga guna resepi ini
bawang merah (ni mau banyak dlm 3-5 biji) lg banyak lg harum.
tepung gandum (sikit ja dlm satu @ setengah sudu @ ikut rasa klu mau banyak kuah up kan la)
sayur (lobak, bunga kobis, brokoli, anak jagung, apa-apa lagi lah)
ayam
garam
minyak
lada sulah

ada dua cara.
1
goreng bawang hingga kuning > masuk tepung , goreng hingga perang (agak la jgn hangus pula bawang tu) > letak air so dia akan jd kuah yg pekat > campakkan la ayam > sayuran > garam, perasa. nak tambah lada sulah lg sedap.

2
ada org goreng ayam dgn tepung gandum dulu > pastu masukkan bawang hingga kuning dan wangi > air so kuah jd pekat > sayuran > garam.

*kalau banyak tepung kuah terlalu pekat
*klu tepung x cukup goreng (perang) nanti terasa tepung mentah.
*klu mau warna gelab sikit letak la kicap setitik dua.
*bawang tu akan larut juga bila tambah tepung & air.

simple ja kan. (basic dia hanya bawang digoreng dengan tepung tambah air) pandai2 adjust la. pastu campaklah apa nak di mkn ayam kah, daging lembu, kambing, burung puyu. klu daging pun sedap bg gelab sikit kuah dia pergh...

mkn dgn roti perancis sedap.

Lihat semua komen(1)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:50 PM GMT+8 , Processed in 0.330239 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top