CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Infozon Lihat artikel

Sertai Kem Ramadan Yeo’S Dan Beramal Bersama Bintang

30-6-2015 03:09 PM| Diterbitkan: wendyKERJA| Dilihat: 2837| Komen: 0

Description: Pemenang “Menang Duit Raya” juga bakal diumumkan pada hari tersebut di mana hadiah utama wang tunai sebanyak RM30,000, hadiah kedua wang tunai sebanyak RM15,000 dan hadiah ketiga wang tunai sebanyak ...
Pelopor makanan dan minuman Yeo Hiap Seng (Malaysia) Berhad (“Yeo’s”) akan mengakhiri kempen “Sinari Kemuliaan Ramadhan Bersama Yeo’s : Beramal Bersama Bintang & Menang Duit Raya” dengan acara “Kem Ramadan Yeo’s 2015” untuk Ramadan tahun ini. Bertujuan dalam menjadikan satu platform dan galakan kepada rakan-rakan Muslim untuk meneruskan amalan berbuat baik ketika Ramadan, ianya juga berhasrat mengeratkan silaturahim dalam komuniti apabila pelbagai bangsa, agama juga latar belakang dijemput menyertai Kem ini di Shah Alam Convention Centre (SACC) pada 11 Julai nanti.

Bermula dari kempen “Sinari Kemuliaan Ramadhan Bersama Yeo’s : Beramal Bersama Bintang & Menang Duit Raya” yang telah dilancarkan di bulan Mei, Yeo’s bersama enam bintang terkenal tanahair seperti Akim Ahmad, Atikah Suhaime, Ajak Shiro, Nad Zainal, AG dan Heliza Helmi mengalakkan rakyat Malaysia mengumpul nilai derma untuk enam buah rumah kebajikan terpilih. Antara enam buah rumah kebajikan yang terlibat adalah Pusat Jagaan Rumah Kesayangan (RUKESA), PJ; Teratak Nur Barakah, Shah Alam; Pertubuhan Nur Kasih, Klang; Rumah Kebajikan Anak Yatim Al-Khairiah, Klang; Rumah Aman, Sungai Buloh dan Rumah Opah Hasnah, Klang. 


Berkonsepkan satu belian bersamaan dengan satu nilai derma dan disertai melalui Akaun Rasmi Wechat Yeo’s Malaysia akan melabuhkan programnya pada 5 Julai. Nilai derma yang terkumpul bakal disalurkan kepada rumah-rumah kebajikan terpilih melalui Kem Ramadan Yeo’s 2015.

Melalui Kem ini, peserta-peserta diajak turut serta bersama bintang berpuasa selama satu hari dan melakukan kerja amal bergotong royong dan pembersihan di rumah kebajikan yang diwakili mereka masing-masing. Selain kerja amal di rumah kebajikan, kem sehari ini juga bakal dimeriahkan dengan aktiviti menarik seperti senamrobik, cabutan bertuah, persembahan dari bintang-bintang juga peluang berbuka puasa bersama-sama

Untuk menyertai Kem Ramadan Yeo’s 2015 layarilah laman sesawang Yeo’s di www.yeos.com.my/beramalbersamabintang dan menghubungi talian di 1300-80-2828 atau email ke beramalbersamabintang@yeos.com. Juga layari Instagram #yeosramadhan untuk aktiviti Kem Ramadan tahun 2014.
23

Bagus
28

Marah
30

Terkejut
13

Sedih
22

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (133 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:37 AM GMT+8 , Processed in 0.036086 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top