CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Edisi Pulang Raya: Yana Samsudin Cuci Tandas R&R!

22-7-2015 11:15 AM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 16487| Komen: 64

Description: Dek kerana tidak tahan dengan kekotoran melampau di sebuah stesen minyak di R&R Sungai Perak, aktress popular Yana Samsudin dan suaminya nekad membersihkan tandas di situ.
Oleh Adib Za

Dek kerana tidak tahan dengan kekotoran melampau di sebuah stesen minyak di R&R Sungai Perak, aktress popular Yana Samsudin dan suaminya nekad membersihkan tandas di situ.


Kejadian ini berlaku ketika kedua pasangan ini dalam perjalanan dari utara untuk kembali ke ibu kota Kuala Lumpur.

Namun, tidak disangka perbuatan Yana dan suaminya ini menjadi viral di laman sosial dan mendapat respon positif para netizen.

(Sumber foto: Sensasi Malaysia)


Ramai yang berpendapat tindakan artis tersebut perlu dicontohi dan menjadi ikutan masyarakat dalam menangani masalah tandas awam kotor yang tidak berpenghujung.

Yana sebelumnya, memuat naik status yang meluahkan rasa tidak puas hati dengan tahap kebersihan dan pengurusan stesen minyak di R&R berkenaan. 


“Saya sebenarnya sedang beratur hendak menggunakan tandas, namun hidung saya terbau sesuatu yang sangat busuk. Malah, saya menutup hidung menggunakan tudung saya kerana tidak tahan dengan bau itu.

“Saya difahamkan air tiada dan ia menyukarkan lagi pengguna untuk menggunakan tandas. Saya meminta suami membelikan air mineral beberapa botol dan ada antaranya saya gunakan untuk menjirus di lantai tandas itu.

“Selepas selesai menggunakan tandas, saya dan suami mencari hos dari luar untuk membersihkan najis di dalam tandas itu. Namun, kecoh seketika apabila pekerja stesen minyak itu menghalang kami menarik hos itu,”
jelas Yana menerusi portal Bharian Online.

Apa pun, tahniah Yana dan suami atas keprihatinan pihak anda. Buat netizen, nah silakan viralkan isu ini semaksimum mungkin. Perkara baik dan positif seperti inilah yang perlu diviralkan. - CARI Infonet

5

Bagus
20

Marah
5

Terkejut
3

Sedih
15

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (58 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kelapaparut 21-7-2015 06:17 PM
Ketiak c hubby basah, terpercik air jamban ke
Quote ice_sky92 21-7-2015 06:28 PM
Ketiak menangis. lol.
Quote imransulaiman 21-7-2015 06:32 PM
Eh, artis!
Quote lavaposa6 21-7-2015 06:33 PM

lu gelak sorang je la dgn lawak bodoh tahap toilet busuk giler ni...





Quote ice_sky92 21-7-2015 06:38 PM
lavaposa6 replied at 21-7-2015 06:33 PM
lu gelak sorang je la dgn lawak bodoh tahap toilet busuk giler ni...

Boooooooooooooooooooooooooooooooooo
Quote ajinomotonosuga 21-7-2015 06:39 PM
ikhlas ikhlas gak.. tapi otak jangan kat lutut

pili bomba tu tokleh di ganggu, atas sebab apa pun..tu satu kesalahan

buat nya ada kebakaran jam tgh bersihkan tu dan bomba mai nak pakai..air tadak..kendian ada mangsa matii terbakar..ko nak tanggung?

makin korang impot bangla tu makin ramai..makin payah ler nak ajo rakyat mesia kebersihan

sedangkan ngaku islam

patutnya orang islam PALING PEMBERSIH, kalah jepun tu haaa

jadi contoh manusia lain dan berbondong depa masuk islam bila dah tau and sedar

tapi pasai pa terbalik kong?


seolah kebersihan ni value import dari barat, dari roman, dari kristian , dari buddha

kenapa tidak dari islam? kalo dah namanya oang islam terpancar kat kepala otak sesapa pun

ahaa itu orang sangat bersih, bersih tauhid, tiada tuhan melainkan Allah, bersih agama, tiada agama melainkan islam, bersih pakaian, bersih perbuatan, bersih rezki dan segalanya bersih..wonggiiii jek..tu ler orang islam

but realiti???  anjing kurap pun tutup idung..busuk bebenoooo
Quote sgbuloh 21-7-2015 06:41 PM
menten terus ler lepas ni, cuci hari2.
Quote PongKang 21-7-2015 07:20 PM
Bangla kat negara dorg pun kotoq lagi la nk kje jd tukang bersih kt msia. Mmg depa buat cincai jela.
Quote BalasKomenBodoh 21-7-2015 07:38 PM
Edited by BalasKomenBodoh at 21-7-2015 07:39 PM

aku kalo memberak di tandas awam selalu 'lupa' nak pam aku pon akan cakap "oops, sori lupa nak pam, bye tahi".

pastu ada satu tabiat pelik aku kalau nak kencing mesti 'tersalah tembak'.. yg paling peliknya semua peluru sampai habis pun xder satu yg masuk lubang tandas semuanya MESTI salah tembak... habis basah dinding2, lantai2 serta pintu tandas berkenaan akibat tersalah tembak...


tapi anehnya kalau tandas rumah sendiri xpernah lupa... bersih berkilat sehingga secalit kuman pun xder.. agaknya aku kena check kot2 ade peynakit pelupa..

Quote miabebe 21-7-2015 08:12 PM
Ok mia speechless

Kalo mia...mmg tak lah....
Quote merahjambubatu 21-7-2015 09:02 PM
kelapaparut replied at 21-7-2015 06:17 PM
Ketiak c hubby basah, terpercik air jamban ke

Sama lah macam abang nya.ketiak basah
Quote ipes2 21-7-2015 09:39 PM
PongKang replied at 21-7-2015 07:20 PM
Bangla kat negara dorg pun kotoq lagi la nk kje jd tukang bersih kt msia. Mmg depa buat cincai jela. ...

Saya rasa ada betul apa yang you kata ni.
Depa berbeza style kehidupan nya.
Harap depa improve.
Quote September14 21-7-2015 09:42 PM
hensem jgk suami dia.. ketiak basah tu biasalah laki...
Quote timahterung 21-7-2015 09:59 PM
Tapi memang tak paham, kekadang ada tahi selonggok  atas simen lantai toilet tu bukanna dalam lubang tapi atas simen, orang yg berak tu tak tahan sangat ke sampai tak nampak lubang tandas kat mana?? Ke berak dalam gelap?? Yang jadik mangsa orang yg masuk kemudian..
Quote mommymonster82 21-7-2015 10:07 PM
Tahniah atas keptihatinan.kesian saper yg tengah berak air trtiba xde
Quote tomet05 21-7-2015 10:09 PM
ini semua salah amran la nih kan
ke salah bang nuar gak nih >?
Quote Lolalala 21-7-2015 10:14 PM
Syabas.....masa aku sarat ngandung aku penah jugak jumpa orang berhati mulia masa nak pakai tandas kat petron. Dia beratur depan aku. Agak lama dia dok dalam bilik air tu. Bila dia keluar dia mintak maaf sbb lama. Dia jirus air bg toilet tu bersih sikit sbb dia cakap kotor sgt. Kesian kat iolss. Tq sgt la sebab baik hati ye kakak.
Quote maxim 21-7-2015 10:16 PM
timahterung replied at 21-7-2015 09:59 PM
Tapi memang tak paham, kekadang ada tahi selonggok  atas simen lantai toilet tu bukanna dalam luban ...

lubang jubo senget barangkali
Quote CrowneGlory 22-7-2015 01:15 AM
Kudos yana & hubby...

Lihat semua komen(64)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 04:17 PM GMT+8 , Processed in 1.486281 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top