CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Hapuskan Perjudian 100 Peratus!" - TPM, Zahid Hamidi

30-7-2015 11:32 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 9649| Komen: 41

Description: Semua ketua polis negeri diarahkan menghapuskan premis judi 100 peratus berkuatkuasa semalam. Arahan itu dikeluarkan oleh Timbalan Perdana Menteri,

Oleh : Dean BZ


Semua ketua polis negeri diarahkan menghapuskan premis judi 100 peratus berkuatkuasa semalam. Arahan itu dikeluarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan ini merupakan arahan pertama semenjak Zahid dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

"Saya ingin memberitahu bukan sekadar amaran. Mana-mana pegawai dan anggota polis, individu sama ada mewakili organisasi bukan kerajaan (NGO) atau kumpulan tertentu, memberikan perlindungan kepada rumah judi ini, mereka tidak akan pernah terlepas daripada tindakan yang dilakukan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

"Saya harap kepada ketua polis negeri seluruh negara. Ini arahan menteri dalam negeri. Hapuskan. Mulai semalam saya minta hapuskan 100%,"
katanya ketika menghadiri sambutan Hari Raya Aidilfitri Warga Perumahan Polis Desa Tasik, Sungai Besi, di Kuala Lumpur malam tadi.

Sementara itu, Zahid yang juga merupakan Menteri Dalam Negeri turut menegaskan bahawa tiada satu bangsa dan agama pun yang membenarkan aktiviti perjudian dari berleluasa. - CARI Infonet.


16

Bagus
18

Marah
17

Terkejut
19

Sedih
25

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (111 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dondangdendang 30-7-2015 08:39 AM
Habis lah genting pasni.....
Quote lurve82 30-7-2015 08:41 AM
genting tu lain kot..high class sket...yg pegi pun mmg org berduit..agaknye la..klu setakat judi kat warung jah mmg mendpt la...nk mkn pun terkial2 ada hati nk berjudi...
Quote otomen_taro 30-7-2015 08:43 AM
sembang jer ni.. mcm kedai mesin.. 6 bln jer tutup.. skrg ni bsepah bukak balik.. sembang sangat
Quote TuntungReturn 30-7-2015 08:51 AM
tempat aku sorg budak melayu mng  rm3,000 main judi x da lesen. modal die 50sen je. tutup kedai beger dkt 2 minggu.
Quote dcruins 30-7-2015 08:55 AM
Genting dah tak seperti dulu lagi, terpaksa mereka spread ke bidang lain macam hartanah dan oil & gas, sama macam syarikat beer filipina anak tun mahathir San Miguel, dah tak boleh hidup dengan bisnes arak jerrr, terlalu banyak saingan lah kata kannnn, sama jer macam Genting dan bisnes judi nya yang dah tak macam dulu, mungkin satu hari kena lari ke negara lain macam Robert Kuok. Bercakap tentang orang terkaya malaysia Robert Kuok, cuba kaji salah satu syarikat nya yang berpengkalan di temasek tu(Kuok Singapore Ltd),yang export minyak masak,developer hartanah etc ke Myanmar tuuuu....

apa barang lah nak JV dengan salah satu syarikat milik keluarga Lo Hsing Han raja dadah myanmar(Asia World) "Godfather of Heroin", mungkin kerana Huaren dan Huaren kena tolong satu sama lain tak kira background dari bisnes apa pun, machiavellian business mentality, anything goes ....
Quote DARSITA 30-7-2015 08:59 AM
Genting mana dia boleh kacau .. Soltan Pahang punya gold mine tu wehhh. Without the Soltan Najis miss soru taw.
Quote DARSITA 30-7-2015 09:00 AM
Jadi TPM bukan nak settle masalah 1MDB (kejadah apa namanya tu) .. judi?? loll macai tak boleh buat kerja ka?
Quote sayang_mulut 30-7-2015 09:02 AM
dah jadi KDN lebih 2 tahun... bende ni pun nak cakap ke? bende ni bukan issue pun..ni mmg part of the JD kau..
Quote otai_g 30-7-2015 10:05 AM
mmg sembang ja lebih. yg best ada jah premis judi ni 1 blok dgn balai polis.

hahaha mmg lawak btl la.
Quote scorpionkiki 30-7-2015 10:11 AM
Tentu berdesing telinga mahadir khalid bila zahid nak perangi judi ni
Quote dcruins 30-7-2015 10:14 AM
Genting akan lari sendiri atau bertukar arah business utama nya bila dah tak boleh buat duit seperti dulu kerana dah terlalu banyak saingan di Asia, sama macam Robert Kuok....

tentang judi black market, tak hairan kalau tauke judi legal tu sebenarnya big boss judi illegal tu gak, tauke2 Toto etc legal pun terjejas bisnes nya sebab tax yang dikenakan untuk kaki2 ekor, kaki2 ekor lebih memilih Toto black market sebab tak der tax, operasi dari kedai kopi sampai lah kedai buah-buahan dan sayur-sayuran.. , cara nak sembunyi hasil keuntungan Toto black market, simpan jer duit di offshore bank negara jiran atau guna strategi beli Condo mewah untuk tax relief etc dan macam2 lagi teknik money laundering dimana-mana negara tax haven....
Quote gaara_X 30-7-2015 10:21 AM
tutup je kedai nombor ramalan nie...settle.....
Quote munchkin 30-7-2015 10:21 AM
hmmmm..baru sekrang nak cakap ke? selama ni....
Quote MengkuduMasam 30-7-2015 10:32 AM
itu hal judi...

pelacuran selang sebaris dari balai polis.. slamber je depa operate...

tau laa balai polis jln bandar tu utk trafik.. tp still polis kot...
Quote harmerz01 30-7-2015 10:42 AM
Perangi judi kat bawah supaya ramai pegi main kat genting.
Quote hanakikan 30-7-2015 10:49 AM
Tengok gaya dia berucap tadi.fuhhhh. bersemangat
Quote c===8 30-7-2015 10:55 AM
otomen_taro replied at 30-7-2015 08:43 AM
sembang jer ni.. mcm kedai mesin.. 6 bln jer tutup.. skrg ni bsepah bukak balik.. sembang sangat

cam rindu kedai mesin je bang kikiki
Quote kenarikelabu 30-7-2015 10:56 AM
Undang2 cenggini hanya tertakluk utk rakyat marhaen je. Nak mampos pegi serbu big Boss punya tempat?
Quote Tlalu 30-7-2015 11:10 AM
perlu ke nak inform............heheh kat malaysia ni kalau buat yang patut patut..takyah lah inform jer..implement and  maintain apa jer nak buat tu..dah ok baru lah inform...

ni inform  satu negara nak buat benda tu pastu maintenance dan implementation ke laut ..hehehe

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 02:15 AM GMT+8 , Processed in 0.320355 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top