CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

5 Kebaikan Minum Jus Sayur

17-8-2015 06:48 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 5726| Komen: 3

Description: Sayur? Mesti buat muka bila suruh makan sayur kan? Mulalah mengelat dan mengelak untuk makan sayur bila ...
Oleh Izzah Abbasy

Sayur? Mesti buat muka bila suruh makan sayur kan? Mulalah mengelat dan mengelak untuk makan sayur bila ada makanan lain di depan mata. Jika anda rasa susah sangat nak telan sayur ini, apa kata kita bertukar kepada jus pula. Jadikan jus sayur sebagai rutin harian. Sekurang-kurangnya badan anda dapat menyerap nutrien walaupun dalam bentuk jus.

Kredit Foto : www.jussehat.com


Anda hanya memerlukan 10 minit sahaja untuk menyediakan jus sayuran ini. Sayur apa yang menjadi pilihan? Anda boleh memilih tomato, lobak, daun saderi, timun, daun pegaga, brokoli, peria, daun sireh dan lain-lain. Jika ia agak pahit, anda boleh campurkan dengan limau atau madu.

Jangan lupa untuk menikmati jus sayur ini dengan anak kecil anda supaya mereka juga turut memperoleh nutrien yang mencukupi. Lama kelamaan, anak anda pasti akan suka untuk makan sayur segar pula.

Kebaikan minum jus sayur :

1. Cara baik untuk detox
Jika anda banyak mengambil makanan yang kurang berkhasiat, beralih kepada jus sayuran untuk seketika akan menjadi satu penyelesaian yang bagus untuk menghilangkan semua toksin. Kandungan air dan anti-oksidan dalam sayuran membantu untuk mencuci segala toksin dari badan anda dan juga membuatkan anda lebih bertenaga dan cergas.

2. Membantu mempunyai sistem pencernaan yang baik
Jus sayuran mempunyai banyak serat yang membantu anda mencerna dan juga memproses semua makanan dengan cepat. Ia membuatkan anda berasa lebih ringan dan membersihkan perut anda. Serat ini juga membuatkan anda berasa kenyang untuk jangka masa yang lebih lama.

3. Meningkatkan metabolisme
Jus sayuran juga bertindak sebagai kuasa tenaga. Ia akan meningkatkan kadar metabolisme anda. Anda pasti gembira apabila berat tidak naik lagi.

4. Sumber nutrien dan karbohidrat
Apabila anda membuat jus terus daripada sayur, anda akan mendapat semua nutrien dalam sayur-sayuran tersebut. Beberapa sayur-sayuran juga merupakan sumber baik karbohidrat untuk membuatkan anda sihat dan bergerak aktif untuk masa yang lama.

5. Mengurangkan berat badan
Salah satu cara melancarkan proses pencernaan dengan baik. Ia membantu anda menurunkan berat badan dengan cepat. Walaupun anda boleh dikatakan mengambil diet cecair, ia adalah makanan yang kaya dengan segala-galanya. Badan anda tidak cenderung untuk menyimpan lemak yang berlaku apabila anda makan makanan pepejal. Jus adalah pilihan yang baik untuk mengurangkan berat badan tanpa mengetepikan aspek zat penting di dalam makanan.


Apa kata, kali ini tukarkan minuman jus buah-buahan anda dengan jus sayuran pula. Selain mendapat nutrien yang mencukupi, ia menjadikan kulit anda sihat dan lembap. - CARI Infonet

14

Bagus
17

Marah
13

Terkejut
29

Sedih
20

Lawak
24

Bosan

Friends Rank (117 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shania 28-4-2015 11:06 AM
Edited by shania at 28-4-2015 11:07 AM

kalau boleh tampal combination sayur and buah pun ok jugak...boleh kita kongsi info
Quote chesal 4-5-2015 12:35 AM
Cuba try detox
Quote kejoraria 8-5-2015 10:05 AM
hanya mampu menelan jus sayur bernama carrot jer

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:58 PM GMT+8 , Processed in 0.066839 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top