CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Resepi Puding Karamel Noxxa

21-8-2015 04:53 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 153333| Komen: 81

Description: Kongsikan resepi Puding Karamel Noxxa atau ...
Oleh Izzah Abbasy


Periuk Tekanan Noxxa, Periuk Ajaib Noxxa atau Noxxa Pressure Cooker? Biasa dengar tak? Ha, pelbagai resepi boleh digunakan dengan Periuk Ajaib Noxxa ini. Ramai wanita yang telah menggunakan periuk ini dengan memasak dan mencuba pelbagai resepi. Dengan menggunakan periuk ini, ia sangat menjimatkan masa dan tenaga.




Kali ini, penulis kongsikan resepi Puding Karamel Noxxa atau sesetengah orang memanggilnya dengan Krim Karamel daripada modernmumthingy.com yang telah menggunakan Periuk Ajaib Noxxa.

Kredit Foto : life.viva.co.id


Bahan A (Karamel)


  • 1/2 cawan gula pasir
  • 6 sudu besar air


Bahan B

  • 1 tin susu cair
  • 1 tin air (sukat guna tin susu cair)
  • 5 sudu besar gula pasir
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 5 keping roti (Tak kisah jenama apa)-Tak nak letak pun boleh.
  • 5 biji telur (Gred A)

Cara-caranya :

1. Tekan butang stir fry, masukkan gula dan kacau hingga gula menjadi cair dan berwarna keperangan.
2. Masukkan air dan kacau.
3. Tutup suis, dan keluarkan periuk untuk sejukkan karamel.

Puding:

1. Panaskan susu cair dan air (Guna api perlahan, jangan sampai mendidih), ketepikan dan sejukkan.
2. Kisar telur, gula dan roti sehingga halus.
3. Masukkan bahan kisar tadi ke dalam adunan susu cair, kacau sebati.
4. Masukkan semua bahan ke dalam Periuk Ajaib Noxxa
5. Stim8 minit (Tanpa roti, stim 12 minit)
6. Bila beep berbunyi, tutup suis dan keluarkan periuk. Rendam di dalam bekas berisi air. Keluarkan Krim Karamel selepas 10 minit.

Kredit Foto : racikanku.com

Mudah dan cepat penyediaan resepi menggunakan periuk ini. Bertambah sedap Krim Karamel Noxxa ini dan siap untuk disajikan. - CARI Infonet
34

Bagus
20

Marah
25

Terkejut
28

Sedih
22

Lawak
30

Bosan

Friends Rank (159 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote auntie_girl 2-11-2009 01:08 PM
baru beli pressure cooker ke?
Quote mama2b 8-11-2009 10:32 PM
2# auntie_girl

  a'aa.. baru beli..so nk try camne ok ke x..hehe
Quote sunshinelady 2-6-2010 07:51 AM
Ada sapa2 tau cam mana nak masak rendang guna pressure cooker?
Quote maisya 3-6-2010 01:05 PM
Macam-macam gak boleh masak dengan pressure cooker ni. Selalunya guna untuk rebus daging/kacang hijau etc bagi cepat empuk. Buat sup tulang ker...Nak masak nasi dlm ni pun boleh( ni ada dlm manual my pressure cooker...dah pernah try byk kali), lagi cepat masaknya tapi nasik jadi agak berkanji, melekat-lekat sikit macam nasi Jepun.

Ni salah satu resepi yg pernah buat dulu ( dah pernah post resepi ni kat thread ikan...ulang tayang sekali lagi)


HOME MADE SARDINE
http://tiffinbiru.blogspot.com/2009/03/home-made-sardine.html

BAHAN-BAHANNYA :-)
700 g ikan tuna/sardin
1/2 cawan tomato puree
1/2 cawan minyak masak
25 g bawang putih*
80 g bawang merah*
20 g halia*(dikisar halus)
Garam dan gula secukup rasa
2 1/2 cawan air

CARA MEMBUATNYA :-)

Ikan tuna dibersihkan, potong sederhana besar, buang kepalanya. Perap dengan sedikit garam dan jus limau nipis selama 10 minit. Cuci bersih dan toskan.
Dalam periuk tekanan, panaskan minyak masak, masukkan bahan kisar halus dan tumis hingga harum, masukkan tomato puree dan masak hingga terbit minyak. Tuang air dan masukkan sedikit garam dan gula secukup rasa.
Bila mendidih, masukkan ikan tadi, kacau rata dan tutup periuk tekanan. Pasangkan injapnya dan bila periuk mengeluarkan wap dan bunyi "berdesir", kecilkan api dan biar masak perlahan selama 1 jam (ikut cara guna pada periuk tekanan masing2)...
Cukup waktu, bawa periuk tadi dalam sinki dan alirkan air paip atasnya sehingga wap dalam periuk habis, buka tudungnya dan periksa keadaan ikan, selalunya pada masa ini ikan masih kekal dalam bentuk asal, tapi tulang2nya menjadi lembut seperti sardine dalam tin.
Boleh lah dimasak mengikut kreativiti masing2. Nak buat sandwich pun boleh, nak cicah dengan roti pun boleh..atau goreng macam kita masak sardine biasa.


~~Pindang Ikan Mak Yang~~
Nie resepi dari mak dan gambar tu mak yg masak. Maisya tak pernah masak lagi.

1/2 kg Ikan Loma atau talapia hitam,
6 btg Serai,
3 inci Lengkuas,
50 sen Cili Api (dlm segenggam kot),
Asam Gelugor@Asam Belimbing (potong kecik2),
Santan (sebiji kelapa)
.
.
Memule kelar ikan dan gaul ngan garam+kunyit. Tumbuk serai, lengkuas dan cili api. Gaul ikan ngan bahan tumbuk pastu bungkus ngan daun seniye(xtau ejaannye camne). Dah siap bungkus, rebus ngan air dlm pressure cooker selama 1 jam. Tambah santan dan masak selama 20 minit.
Quote rileks 14-8-2013 01:15 PM
camne nak agak brp minit untuk guna pressure cooker..
kita xboleh kejap kejap bukak tengok kan?
Quote mist 14-8-2013 10:58 PM
rileks posted on 14-8-2013 01:15 PM
camne nak agak brp minit untuk guna pressure cooker..
kita xboleh kejap kejap bukak tengok kan?

Pressure cooker is one of thing that I must have in my kitchen.  Macam-macam gunanya.  Masak kacang hijau, dhall untuk buat dalca, daging, ayam pencen, n pernah juga kak mist masak nasi guna pressure cooker.  Kak Mist tak tahu nak agak berapa lama nak masak sebab selalunya kita pilih saja dari selection kat periuk tu.  So, tak pernah guna timer.
Quote mist 14-8-2013 11:00 PM
maisya posted on 3-6-2010 01:05 PM
Macam-macam gak boleh masak dengan pressure cooker ni. Selalunya guna untuk rebus daging/kacang hija ...

Kak mist pernah masak sardine dalam pressure cooker.  Memang sedap sangat-sangat.  Anak-anak makan bertambah-tambah.
Quote krisp 15-8-2013 12:09 PM
masa raya hari tu, masak nasi impit pakai pressure cooker aje, cepat dah masak. nanti ingat nak masak rendang ayam pulak.
Quote rileks 15-8-2013 12:23 PM
oo kmist guna yg letrik eh.. timer dah siap..

kalau yg manual ade yg guna tak?
Quote lepapilon 15-8-2013 02:17 PM
la bru tahu boleh masak nasik impit segala. selalu guna untuk merebus je. tapi hari tu rebus kacang kuda.. mmg cepat empuk tapi x brapa sedap mcm sekadar lembut tapi x gebu mcm rebus biasa..
Quote m_ardiana 15-8-2013 04:52 PM
raya aritu masak kormak daging guna pressure cooker.
nak cepat punyer pasal.... hahahaaa...
lepas setgh jam tu angkat la.
bila buka... tadaaaaa... daging lembut giler n tk leh kacau kuat2 n hampir hancur.
adoiiii... org takde gigi pun leh mkn aku punyer kormak daging nie.
Quote mist 15-8-2013 08:38 PM
krisp posted on 15-8-2013 12:09 PM
masa raya hari tu, masak nasi impit pakai pressure cooker aje, cepat dah masak. nanti ingat nak masa ...

Memang kalau masak nasi impit senang and cepat.  Buat bubur nasi pernah try
Quote yanaghazali 19-8-2013 12:06 AM
dah ada pressure cooker nk masak daging pun dah x menjadi masalah lg...hubby siap tanya rebus tulang brapa hari ni sampai daging dah terlerai dr tulangnya...ahhaha
Quote kodoklawa 22-8-2013 11:27 AM
mari laa tepek gambar pressure cooker uols kat sini..ai nak beli juga sbb teruja dgn penjimatan masa bila guna gadget ni.
Quote kristal 24-8-2013 01:04 PM
sy pn ada dpt hadiah dari adik,tapi x pernah guna lg..
Quote BurungBiru 10-9-2013 01:36 PM
saya guna pressure cooker noxxa ..mmg berbaloi
Quote kerepek_pisang 12-9-2013 04:43 PM
BurungBiru posted on 10-9-2013 01:36 PM
saya guna pressure cooker noxxa ..mmg berbaloi

Sy pun baru beli Noxxa... baru nk try resepi..
Quote kerepek_pisang 12-9-2013 04:51 PM

Noxxa

Noxxa
Quote adnil 13-9-2013 10:23 AM
ari tu aku masak bahmia kaki kambing yg perlu direnihkan utk beberapa jam sbb nak empukkan otot tu kan - rupanya laki aku ada gitau kengkawan dia - kot ms tunggu aku masak tu bosan ler kotnyer.. dah lah kawan dia nih dok ler promot baekkknya noxxa nih.. kalau sayang bini anda belikan lah noxxa !!  ahahah.... betul ke berbaloi baloi beli?  mahal gak kan regenye? takut jadik tukun cam airfryer aku tu jer.. ekekek....

Lihat semua komen(81)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:31 AM GMT+8 , Processed in 0.342675 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top